Monday, 20 May 2013

Kisah Lucu : 3 Anak Dara Yang Sengal



Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang
suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, 
ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka 
secara serentak....... 

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa 

mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.... 

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke 

tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas 
berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang 
pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan 
setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya 
menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. 
Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut........... 

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, 

si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, 
suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. 
Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa 
berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi
 "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud 
yang ingin disampaikan..... 

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari 

anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi
 " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut,
iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud 
" Besar, Teguh dan Peramah", 
maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.... 


Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari 
anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga 
mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak 
risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya 
menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, 
suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". 
Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil 
masa yang lama sangat untuk menulis perkataan 
"MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, 
mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,
" Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..." 

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More