Sungai Skagit di negeri Washington kelmarin.- Agensi
OLYMPIA - Sebahagian jambatan empat lorong merentasi sebatang sungai di pedalaman
utara bandar raya Seattle, Amerika Syarikat (AS) runtuh kelmarin, menyebabkan
sejumlah kenderaan dan orang ramai terhumban ke dalam air, kata pihak berkuasa.
Jurucakap polis negeri Washington, Mark Francis berkata, jambatan di lebuh raya
Interstate 5 yang merentasi Sungai Skagit di antara bandar Mount Vernon dan
Burlington yang terletak 90 kilometer ke utara Seattle itu runtuh sekitar
pukul 7 petang (waktu AS).
"
Saya diberitahu terdapat kenderaan dan orang ramai yang terjatuh ke dalam sungai.
Setakat ini saya belum pasti jika ada kecederaan berlaku," katanya.
Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa tiga orang telah diselamatkan dari dalam
sungai tersebut.
Kata Francis, punca kejadian masih disiasat tetapi menurutnya, jambatan tersebut
runtuh semasa hujan lebat.
Menurut Pangkalan Data Jambatan Kebangsaan AS, jambatan berkenaan dibina pada
1955 dan menjadi laluan utama kenderaan yang berulang-alik antara Seattle dan
Vancouver di Kanada.
Nahas itu berlaku hampir enam tahun selepas sebuah lagi jambatan runtuh di Minnesota,
sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan infrastruktur di AS.
Pada Ogos 2007, kira-kira 305 meter bahagian jambatan I-35W di Minneapolis runtuh ke
dalam sungai Mississippi ketika orang ramai pulang dari tempat kerja.
Sejumlah kenderaan terhumban ke dalam sungai dengan menyebabkan 13 orang terbunuh,
manakala 145 yang lain cedera.
0 comments:
Post a Comment