Wednesday, 29 May 2013

Isteri Bunuh Dan Makan Daging Suami



Di Los Angeles, Amerika Syarikat, seorang bekas model berasal dari Mesir, Omaima Nelson yang berhijrah ke Amerika Syarikat dijatuhi hukuman 27 tahun penjara. Nelson didapati bersalah kerana telah membunuh suaminya William Nelson (56) pada tahun 1991.

Setelah menjalani hukumannya beberapa tahun, Rabu (5/10/2011) waktu tempatan, Omaima akan bebas bersyarat. Namun pembebasan ditolak keras kerana menganggap Omaima masih cukup berbahaya dengan sederetan kes kekerasan yang dia lakukan.

Seorang jaksa senior, J. Randolph Pawloski mengatakan, bukan hanya kes kerana membunuh suaminya, Nelson juga beberapa kali terlibat pertikaian di dalam penjara. Menurutnya, Nelson pernah menggigit payudara seorang petugas yang berjaga. jangka masa yang lebih lama," kata Mr Pawloski seperti dimuat dalam Los Angeles Times yang dikutip news.com.au.

Entah persoalan apa yang terjadi antara keduanya sehingga Nelson tak hanya tergamak membunuh suaminya tapi juga memakan daging-daging si suami. William yang dibunuh di kediaman mereka di kawasan Costa Mesa, California, setelah tak sedarkan diri, lantas tubuhnya dipotong-potong kemudian bahagian tubuh tersebut dimasak untuk menjadi hidangan bagi Omaima.

Dalam suatu penyiasatan, Nelson juga mengaku telah mencelupkan bahagian tubuh suaminya ke dalam campuran masakan saus barbeque, dan memakan daging suaminya.

Selama proses pengahakiman pembunuhan itu berlangsung, Nelson selalu mengaku tindakanya itu kerana sering mendapat perlakuan kasar dalam rumah tangga.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More