Penyanyi Adira mengakui dia seringkali digelar Michael Jackson atau pun mayat hidup hanya disebabkan oleh warna kulitnya yang boleh disifatkan sebagai putih melepak itu. Namun, Adira atau lebih mesra disapa sebagai Yayank berkata, dia sudah pun lali dengan panggilan yang sebegitu daripada segelintir pihak yang mungkin tidak menggemari kewujudannya sebagai penyanyi.
Dia yang kini semakin hits dengan single terbaru Lara Lagi turut memberitahu bahawa kadangkala panggilan-panggilan seperti itu membuatkannya berada sedikit terguris hati serta terkilan.
“Apatah lagi bila ada yang beranggapan saya melakukan ‘sesuatu’ untuk mencerahkan kulit saya ini padahal apa yang saya perolehi ini sememangnya asli. Kalau benar ada produk yang boleh mencerahkan kulit, saya kira semua orang di dunia ini akan menjadi putih.“Apapun, terpulanglah apa yang mereka hendak kata. Saya tiada kuasa untuk menghentikannya. Yang penting, saya punya pihak pengurusan, keluarga serta peminat yang sentiasa menyokong dan percaya dengan diri saya,” katanya.
Dia juga menafikan menggunakan sebuah produk daripada Indonesia yang cukup terkenal di negara ini untuk mencantikkan kulit serta wajahnya.
“Perkara itu tidak benar. Saya tidak pernah gunakan pun produk tersebut. Entahlah, saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana lagi. Macam-macam yang orang cakap pasal saya. Konon saya suntik itulah, saya suntik inilah. Saya ambil vitamin c lah. Semua tu tak benar. Tapi, saya akui saya ada menggunakan produk kecantikan dari Filipina,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment