Thursday, 6 June 2013

10 IBU PALING UNIK DAN ANEH DI DUNIA


Berikut ini adalah ibu-ibu yang pernah ada di dunia dan merupakan 
ibu-ibu yang paling unik dan aneh yang pernah ada.

1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat


Dikenal sebagai “Octomom”, Nadya Denise 
Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian 
antarabangsa setelah melahirkan kembar 
lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. 
Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir 
dan hidup di AS dan juga menjadi satu set 
lengkap kembar lapan hidup paling lama 
dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat 
untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya 
positif sehingga berita mulai bocor bahawa 
Nadya tidak berkahwin, menganggur dan 
sudah memiliki enam anak-anak lain di 
bawah usia lapan tahun.

Photobucket



2. Ibu Paling Muda [5 Tahun]

Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5 tahun 
7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana 
perutnya semakin membesar. Dia awalnya dianggap memiliki tumor, tetapi para doktor 
mengesahkan dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, 
untuk rawatan lanjut. Satu bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan 
seorang anak lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil. Pembedahan 
dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh Dr Colareta. Kesnya dilaporkan 
secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale.

3. Ibu Paling Tua Ketika Melahirkan
Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan 
melahirkan pada bulan November 2008, pada usia 70.

4. Ibu Dengan Kelahiran Terbanyak [69 Anak]
Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah adalah seorang 
petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan 
tidak kurang dari 69 anak-anak, dari 27 kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada 
gambarnya yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.

5. Lelaki Menjadi Ibu Yang Pertama Di Dunia
Thomas Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu. Sebenarnya dia dilahirkan 
sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia menjalani pembedahan dan perawatan 
selama sepuluh tahun dan sekarang hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana 
histerektomi (pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri, melalui 
persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri.

6. Ibu Kembar Tertua
Benar-benar bertekad untuk memiliki seorang anak lelaki pada usia 70 tahun, Omkari Panwar 
menjadi ibu kembar tertua. Sama dengan suaminya Charan Singh Panwar, mereka membayar 
kos rawatan yang mahal demi mempunyai pewaris lelaki. Mereka menjual kerbau, menggadaikan 
tanah, menghabiskan tabungan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit. Panwar sudah 
memiliki dua anak perempuan dewasa, dan lima cucu, tapi mereka hanya ingin seorang anak lelaki 
tetapi bernasib baik dikurniakan kembar.

7. Ibu Tumpang Tersubur Di Dunia
Carole Horlock ialah ibu tumpang, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun – termasuk kembar tiga. 
Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling produktif. “Ketika saya pertama kali menjadi ibu 
tumpang, saya berharap melakukannya hanya sekali” katanya. “Tapi saya sangat menyukainya.. 
setelah saya melahirkan bayi saya ingin melakukannya lagi.” Dia dibayar rata-rata $25,000 hingga 
$30,000 untuk tujuan tersebut.

8. Ibu Terkecil Di Dunia
Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia diingatkan akan mem
bahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan 
mampu membunuhnya. Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald, yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang 
memiliki tinggi 6 kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia mengaku ketika 
sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di tempat tidur selama berminggu-minggu.

9. Ibu Dengan Bayi Terkecil Di Dunia
Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada tanggal 19 September 2004 di Loyola 
University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan panjang 10 inci merupakan 
bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. 
Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orang tua di Hanover Park, Illinois, A.S beratnya hanya 
244 gram ketika lahir, tapi membesar seperti manusia normal.

10. Ibu Dengan Senggang Terlama Antara Anak
Elizabeth Ann Buttle memiliki dua anak, Belinda dan Joseph, ada yang menarik tentangnya. 
Belinda Buttle lahir pada 19 Mei 1956. Bahagian luar biasa adalah jarak antara kelahiran 
Belinda dan Joseph Buttle yang lahir pada 20 Nopember 1997 ketika Elizabeth Ann Buttle 
berusia 60 tahun. Bererti kelahiran pertama dengan kedua memiliki selang waktu 41 tahun 
185 hari.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More