Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

Kehidupan sosial dan keburukan Rozita Che Wan didedahkan.



Ketika Zain Saidin sedang berkira-kira tentang hari pernikahannya dengan Rozita Che Wan, aktor kacak itu berhadapan dengan ujian getir apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan kekasihnya dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, pihak berkenaan menghasutnya agar membenci Rozita, 40, dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.

“Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas,” katanya kepada mStar Online.

Zain diminta komen dugaan yang diterimanya selepas dia dan Rozita membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Sehubungan itu kata Zain, dia sudah berjumpa dengan Rozita bagi membincangkan tuduhan itu dan berpuas hati selepas wanita berkenaan memberikan penjelasan.

Ujar Zain, pada mulanya fikiran dia benar-benar terganggu tetapi mempercayai bakal isterinya itu selepas Rozita menjelaskan tohmahan berkenaan adalah fitnah sama sekali.

“Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri,” ujar Zain.

Ditanya bagaimanakah persiapan perkahwinan mereka itu Zain berkata, ia diserahkan kepada Rozita untuk menguruskannya selepas melantik seorang perunding perkahwinan bagi hal berkenaan.

Dalam pada itu Zain berkata, hasrat untuk berumah tangga seolah-olahlah dipermudahkan Allah selepas dia memohon doa ketika menyertai misi ke Gaza, Palestin pada Disember tahun lalu.

Katanya, semasa di negara itu dia banyak berdoa, melakukan zikir selain banyak menghiburkan hati kanak-kanak yang berhadapan dengan peperangan.

“Saya berdoa agar jodoh saya dipermudahkan kerana hati saya benar-benar terbuka untuk berkahwin. Selepas balik dari Palestin itu, saya bersyukur kerana rezeki saya tidak putus-putus mungkin kerana niat baik saya itu,” katanya.

Zain berkata, dia merancang untuk menunaikan umrah di Mekah bersama Rozita selepas kedua-dua mereka bergelar suami-isteri nanti.

Thursday, 18 July 2013

Zain Saidin sambut raya dengan keluarga Rozita

Zain Saidin sambut raya dengan keluarga Rozita


Buah hati kepada pelakon jelita Rozita Che Wan, Zain Saidin memberitahu bahawa dia merancang untuk menyambut Aidilfitri tahun ini bersama keluarga Rozita di Alor Setar, Kedah.
"Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana, namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu pertama hari raya nanti," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Rozita yang mesra disapa Che Ta akan mengambil cuti selama empat hari sempena raya memilih baju raya warna Tiffany Blue tidak merancang untuk berpakaian warna sedondon dengan kekasihnya. Kata Che Ta, dia akan menunggu sehingga mereka berkahwin dahulu untuk pakaian rona sama.
Ketika ditanya Zain mengenai perancangan warna tema dan konsep kahwin untuk majlis yang akan berlangsung hujung tahun ini, pelakon kacak ini memberitahu dia mahukan perkahwinan berkonsepkan taman ala Inggeris (outdoor) serta biru dan putih menjadi pilihan untuk warna tema. Dia begitu menyukai tema perkahwinan dalam taman kerana unik dan sempoi namun tetap menunggu dan mengikut keputusan daripada pihak perempuan kerana mereka yang akan menguruskan segala persiapan nanti.
Berhubung dengan tarikh perkahwinan, Zain mengatakan masih belum tiba masa untuk memberitahu peminat dan masih lagi mencari tarikh sesuai kerana banyak perancangan yang belum terlaksana.
"Sebenarnya, kami masih lagi mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini, tetapi masih belum boleh diperjelaskan dan dipersetujui lagi kerana banyak perkara yang belum diselesaikan lagi dengan persiapan perkahwinan dan sebagainya. Insyaallah saya akan berkahwin pada tahun ini dan jangan risau saya akan memberitahu tarikh itu kemudian."

Monday, 24 June 2013

Perkahwinan Rozita Che Wan Sudah Ada Penaja

Untungnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Mana tidaknya, banyak pihak berebut-rebut untuk menaja apabila tiba hari perkahwinan. Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga turut tidak terkecuali. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, tajaan untuk perkahwinannya sudah pun ditentukan.
rozita che wan
Yang menariknya, tajaan tersebut merangkumi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya. Cuma tajaan untuk cenderamata sahaja belum ditentukan lagi. Kata Che Ta kepada Utusan Malaysia:-
Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi. Untuk lebih adil bagi semua pihak, hanya selepas sidang media, kita akan ketahui siapakah yang akan dipilih untuk penaja untuk pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya bagi perkahwinan itu nanti
che ta
Nampak gayanya, confirm meriah gila-gila punya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Tak sabar pula nak tunggu pengumuman tarikh perkahwinan mereka. Sampai sekarang masih dirahsiakan. Harap-harap akan dilangsungkan tahun ini juga. Excited pula nak tengok Che Ta nampak jelita dalam persalinan pengantin.

Friday, 21 June 2013

Che Ta: Tak semestinya bila kita di dapur, kita perlu pakai comot-comot dan lepas masak rupa macam hantu



KETIKA awal kemunculannya dalam program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, ramai yang mempertikaikan cara pemakaiannya yang dikatakan terlalu 'over'.

Malah tidak kurang yang mempersendakannya dan mengatakan bulu matanya akan jatuh ke dalam masakan dan banyak lagi.

Namun, tatkala program realiti berkenaan menghampiri titik noktahnya, ramai yang menyedari, kehadiran Rozita Che Wan dalam program tersebut bukan sekadar untuk melaram semata-matanya.

Sebaliknya anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sememangnya mempunyai bakat memasak yang seiring dengan kecantikannya.

"Macam yang saya katakan sebelum ini, nak masak tak semestinya kena pakai comot-comot. Kita berpakaian cantik pun kita boleh masak. Tak semestinya orang yang cantik itu tak pandai masak.

"Saya juga mahu ingatkan pada kaum wanita, tak semestinya bila kita di dapur, kita perlu pakai comot-comot dan lepas masak rupa macam hantu. Saya rasa kalau betul saya hanya berbekalkan rupa semata-mata, dah lama saya terkeluar daripada program ini," ujarnya kepada Zass.

Rozita berkata, semenjak menyertai program berkenaan, banyak tip-tip berguna yang diperolehnya, di samping dapat mengasah semula skil masakannya.

"Sebelum saya menjadi artis, saya memang suri rumah tangga sepenuh masa, siang malam memasak. Cuma bila bergelar artis, nak masak setahun sekali pun susah.

"Jadi bila masuk Masterchef dapatlah saya baiki skil masakan, di samping dapat juga belajar memasak masakan barat dan tidak terarah kepada masakan Melayu semata-mata.
"Malah sekarang ini saya akan cuba curi masa untuk memasak dan rasa lain kalau tidak memasak satu hari," katanya.

Di tebak mengenai ramalan juaranya yang dikatakan berpihak kepada dirinya sebelum ini, Rozita berkata, rakaman episod akhir sudah di buat dan dia berharap peminat setia program berkenaan akan setia mengikuti bagi mengetahui siapakah juara itu nanti.

"Kami ada perjanjian dengan Astro untuk merahsiakan siapa juara dan benar rakaman episod akhir sudah di buat serta siapa juaranya juga sudah diketahui. Tapi ia masih lagi rahsia dan bagi mengetahui siapakah juaranya jangan lupa menonton episod akhir 25 Jun ini.

"Saya juga sangat seronok sepanjang menyertai program ini dan jika di beri peluang, saya tidak kisah untuk menyertainya lagi pada tahun hadapan," ujarnya.

Tawaran mencurah

Dalam pada itu berkongsi mengenai perihal karier seninya, Rozita berkata, dia masih menerima tawaran berlakon, termasuklah untuk slot Ramadhan dan Syawal nanti.

"Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman Primadona Raya, ada 10 episod dan juga baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Seindah Janji untuk TV9.

"Selepas ini saya akan menjalani penggambaran Rumah Kedai untuk TV3 dan juga beberapa drama untuk bulan puasa dan hari raya nanti.

"Jadual saya memang penuh sentiasa, sebab bila orang panggil berlakon, saya terima. Pendek kata, selagi hayat di kandung badan saya akan berlakon sahaja," katanya.

Menyentuh mengenai persiapan kahwinnya, Rozita berkata, dia masih belum membuat sebarang persiapan memandangkan tarikh perkahwinan mereka masih jauh lagi.

Sinar Harian

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More