Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

BERANI MATI,JURUGAMBAR AMBIL GAMBAR ANACONDA SECARA DEKAT (6 GAMBAR)

Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.


Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,
Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....
Ia berada hanya beberapa inci di bawah permukaan air dan bersedia untuk menyerang - dan korang takkan sedar ia berada di bawah permukaan air.


Imej-imej yang luar biasa menunjukkan ular yang besar 26 kaki (lapan meter) anacondas Mato Grosso di Brazil mencari mangsa.


Dirakamkan oleh penyelam berani dan peminat ular iaitu Franco Banfi, 53, yang menyertai binatang ini dalam habitat semulajadinya dengan hanya bersenjatakan kamera.






Bersedia untuk menyerang : penyelam Berani dan ular peminat Franco Banfi menangkap imej ular Anaconda yang sangat besar mengintai di bawah permukaan sungai di Mato Grosso do Sul, Brazil





Memburu: Anaconda Ini mengimbas permukaan air mencari mangsanya seperti tikus, ikan atau burung





Besar: Ini Anaconda dengan kira-kira lapan meter panjang. Franco Banfi penyelam Swiss menangkap gambar pada lawatan sepuluh hari untuk Grosso Mato Sul di Brazil.


Tuesday, 2 July 2013

Tempat Pelancongan Paling Menyeramkan



Biasanya, muzium dijadikan lokasi untuk melihat mumia. Di sana,pelawat akan didedahkan dengan  mumia yang dilindungi dengan dinding kaca. Tetapi anda hanya boleh sekadar melihatnya saja.
Meskipun begitu, rasa ngeri dan seram tetap menyelimuti perasaan setiap pengunjung yang datang. Untuk yang ingin pelancongan lebih mencabar, cubalah datang ke sekitaran puncak Gunung Dakhla, Gebel Edmonstone, Mesir.

Di sini ada sebuah perkuburan purba bernama Muzawaka. Dipetik dari laman web rasmi pelancongan Mesir, pengebumian ini sudah ada sejak peradaban Romawi.

Sejak ditemui pada tahun 1972, Perkuburan Muzawaka jadi tarikan pelancongan yang terkenal di Mesir.Muzawaka juga menjadi tempat pelancongan yang paling mengerikan di sana.Berada di pergunungan, Muzawaka dihuni oleh banyak makam dan mumia. Ada banyak mumia dan tulang berselerakkan di sana.
 
Entah kerana memang sengaja diletakkan begitu saja atau kerana digali haiwan buas. Yang pasti pelancong boleh melihat dengan jelas.

Bukan cuma itu, jika berani pelancong yang datang boleh menyentuhnya, tapi jangan sampai merosakkan mumia. Tidak hairan jika objek pelancongan ini jadi salah satu yang paling seram di Mesir.

Melihat ke sekitar pengebumian, ada lukisan yang terukir cantik di dinding. Menurut ahli arkeologi, lukisan tersebut menggambarkan adegan orang yang menyembah Dewa Petorisis dan Sadosiris.

Untuk pergi ke makam Muzawaka, ada banyak agen tempatan yang menyediakan pakej pelancongan ini. Anda juga boleh menyewa kereta dengan pemandu tempatan yang akan membimbing pelancong menuju Muzawaka.

Monday, 24 June 2013

GEMPAR PENUNGGU KM 20.6 TAGIH DARAH?


Stayin-alive-1KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?..
PENUNGGU_HEAD
Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.


Kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian.
Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.


Motosikal salah seorang mangsa hancur setelah dirempuh suspek.
Anggap kawasan puaka
KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.
Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.
Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.


Kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.
“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.


Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Kulim.
"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.
Makhluk halus merangkak
 photo Stayin-alive-1.gif
Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.
Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.
“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.
Masih jadi tanda tanya
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.


Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.


Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.
Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.
Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.   
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.


Sumber

Tuesday, 18 June 2013

Kisah Bunuh Diri Beramai-Ramai Mengerikan


Didirikan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepemimpinan Jim Jones, aliran pemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan.  Pada tahun 1978, anggota kongres Amerika, Leo Ryan, mengunjungi wilayah Jonestown dalam misi pencari fakta. Ketika Ryan hendak meninggalkan Jonestown,lapan belas anggota aliran pemujaan yang ingin meninggalkan aliran pemujaan itu mencuba ikut menyertainya, yang membuatkan menjadi awal kerusuhan . Anggota aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang mencuba meninggalkan aliran pemujaan itu.
2013-01-24_163511
Anggota kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota aliran pemujaan yang mencuba untuk lari, terbunuh. Sebelas orang terlcedera. Beberapa jam setelah kejadian, pemimpin aliran pemujaan memerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri massal dengan meminum potasium sianida. Kanak-kanak meninggal lebih dulu, bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan sedotan. Setelah itu, lebih dari sembilan ratus orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.

Monday, 17 June 2013

Korang berani guna jambatan ni ?


Not in Malaysia. Silap langkah basah la korang 





Wednesday, 12 June 2013

Seram! Inilah Ikan Kecil Yang Paling Di Takuti Di Brazil





Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.  Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang 
lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih 
memilih untuk makan dari ikan yang sudah matiIkan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: 
Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal 
dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus 
menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang 
ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang 
berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu 
masuk ke lubang zakar – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru 
sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing 
sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.



Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari 
dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang 
terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan 
memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering 
kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian  sebelum Candiru dapat 
dibuang.

Tuesday, 28 May 2013

Kisah Seram :DENDAM MAYAT HANGUS



 
Bekerja sebagai seorang pemandu teksi memang banyak risikonya. Terutama jika terpaksa mengambil penumpang pada waktu malam. Akhir-akhir ini, banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi. Samada sebagai mangsa atau pemangsa. Begitulah yang terjadi kepada seorang kawan aku bernama Sadiq. Dia baru sebulan jadi pemandu teksi. Tapi pengalaman yang dilaluinya bukan saja tragis, malah diselubungi misteri. Manakan tidak, teksi yang dipandunya tiba-tiba terbakar sebelum terjunam beberapa belas meter ke dalam gaung di kawasan Bukit Langat.

Hari ini Sadiq terlantar di Hospital Ampang Puteri dengan kecederaan parah di seluruh badan. Sebahagian tubuhnya melecur teruk akibat terbakar. Kecut perut aku melihat keadaan fizikal Sadiq yang sebegitu rupa. Sadiq sudah sedar sewaktu aku menziarahinya di wad. Matanya terkelip-kelip memandang aku seakan ingin mengatakan sesuatu. Namun alat bantuan pernafasan yang menyerkup mulutnya menghalang komunikasi antara kami. Bahasa tubuhnya tak dapat aku fahami. Di satu sudut, ibu Sadiq sedang teresak-esak menangis sambil cuba ditenteramkan oleh ayahnya. Manakala Khalil, adik lelaki Sadiq yang berumur 19 tahun kelihatan murung merenung jauh ke luar tingkap. Aku difahamkan, adiknya ada bersama sewaktu kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka tu. Hairannya, dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Aku mendekati Khalil untuk mendapatkan maklumat lebih jelas berkenaan kejadian yang berlaku. Khalilpun mula bercerita;

Malam tu abang Sadiq jemput saya pulang dari kolej macam biasa. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Lembah Jaya Selatan, ada seorang perempuan muda menahan teksi abang Sadiq di sekitar Ampang City. Kulitnya agak gelap kehitaman. Pakaiannya nampak kotor. Wajahnya terselindung di sebalik tudung lusuh. Dia minta dihantar ke atas Bukit Langat sebab keretanya kehabisan minyak di sana. Tanpa berfikir panjang, abang Sadiq pun tumpangkan dia. Masa dia masuk dalam teksi, saya dah terasa macam ada yang tak kena dengan perempuan tu. Bau badan dia meloyakan tekak. Macam bau benda hangus pun ada. Tapi saya diamkan aje.

Hujan lebat yang turun sejak petang menjadikan pergerakan kenderaan kurang lancar disamping jalan yang licin dan bengkang-bengkok. Mujur kenderaan tak berapa banyak waktu itu. Satu ketika, saya mula tercium bau minyak petrol. Saya memandang abang Sadiq. Kemudian menoleh ke arah perempuan itu melalui cermin pandang belakang. Hanya sorot matanya sahaja yang kelihatan. Hati saya dah mula rasa tak sedap.

“Petrol ni untuk isi dalam kereta… habis minyak kat atas bukit nu.” Kata perempuan tu tanpa ditanya.


“Masuk ni dah dua kali dah kereta Ina kehabisan minyak. Tempat yang sama pulak tu. Kali pertama tu Ina tahan teksi jugak untuk beli petrol. Masa hantar Ina balik ke kereta, pemandu teksi tu cuba buat benda tak elok pada Ina. Bila Ina melawan, dia mula berkasar. Dia lempang Ina dua kali. Rasa macam nak pengsan. Tak pernah Ina kena lempang sampai macam tu seumur hidup Ina. Lepas tu…” Kata-kata perempuan yang bahasakan dirinya Ina tu terhenti. Dia mula menangis teresak-esak.

“Lepas kena lempang, Ina terlalu lemah dan lemas untuk mempertahankan diri. Ina langsung tak berdaya. Sesak nafas dan rasa macam nak mati. Lepas tu Ina diseret…” Sekali lagi Ina diam. Saya makin rasa tak selesa. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Ina. Saya cuit peha abang Sadiq. Cuba menyatakan rasa kurang selesa saya dengan cerita Ina. Abang Sadiq rapatkan jari telunjuk ke mulut menyuruh saya diam. Kemudian mulut abang Sadiq nampak kumat-kamit macam baca sesuatu. Saya pandang cermin pandang belakang sekali lagi. Ina nampak gelisah. Matanya liar memerhati keluar. Saya turut memerhati keluar. Cuaca gelap dan hujan terus mencurah lebat. Selain kami, tak ada sesiapa yang melalui jalan itu. Saya tanya Ina samada dia ada buat laporan polis atau tidak. Dia geleng. Tak sempat katanya. Tapi dia cam pemandu teksi itu. Kata Ina, orangnya kurus tinggi dan berkulit hitam manis. Bermisai dan berambut keriting macam abang Sadiq.

“Nak tau apa berlaku lepas tu?” Tanya Ina satu ketika. Saya dan abang Sadiq saling berpandangan. Ina dah berhenti menangis. Saya menoleh seimbas dan nampak sorot mata ina yang tajam sambil tersenyum sinis. Berderau darah saya masa tu.

“Tak apalah Ina, kami bersimpati dengan apa yang terjadi pada Ina. Anggaplah semua tu ujian Tuhan. Lambat laun, pasti lelaki itu akan ditangkap. Kat mana kereta Ina?” Tanya saya sekadar nak menghilangkan debar di dada.

“Kat sinilah!” Jawab Ina serta-merta. Abang Sadiq memperlahankan teksi. Namun kami tidak nampak kereta Ina di mana-mana.

“Kat sinilah! Pemandu teksi tu curah petrol pada Ina. Lepas tu dia nyalakan lighter macam ni!” Sambung Ina. Kami terkejut besar bila menyedari api marak membakar tempat duduk belakang teksi. Saya cepat-cepat melompat keluar. Tapi abang Sadiq gagal mengawal kereta sehingga terhumban ke dalam gaung. Api terus marak. Jeritan Ina bergema berselang-seli dengan kilat dan petir. Saya pengsan!

Sedar-sedar kami dah terlantar kat hospital. Peliknya, hanya kami berdua sahaja yang orang jumpa. Jasad Ina ghaib macam tu aje. Saya dah buat laporan polis semalam. Diorang dah pergi siasat kat tempat kejadian.

Dan pagi tadi kami dikejutkan dengan berita penemuan mayat rentung tak jauh dari tempat kemalangan dan dipercayai milik seorang perempuan. Hairannya, mayat tu mungkin dah seminggu ada kat situ. Mustahil Ina yang dimaksudkan. Tapi kalau bukan Ina, ke mana Ina hilang? Itulah yang saya menungkan sejak tadi. Cuba nak cari jawapan atas apa yang dah berlaku!
Dengar cerita Khalil buat aku terdiam sejenak. Memang menakutkan jika aku berada di tempat mereka pada ketika tu. Boleh jadi, ada perkaitannya kewujudan Ina dengan penemuan mayat tu. Mungkin Ina cuba menyampaikan sesuatu maklumat kepada mereka. Ataupun rohnya tak tenteram sehingga dia mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

Perhatian aku beralih kepada Sadiq apabila terdengar dia mengerang sakit. Aku menghampirinya. Sadiq merenung aku dengan mata berair. Mulutnya bergerak-gerak. Aku kira, Sadiq ingin katakan sesuatu kepada aku. Aku buka penutup plastik yang menyerkup mulut Sadiq. Kemudian aku rapatkan telinga ke mulutnya. Dia menarik nafas berat.

“Arghh… aku dah insaff… arghh.. panggil polis datang… aku nak serah diri… a aku taknak dia apa-apakan kaum keluarga akuu… arghh….” Sadiq mengerang perlahan di telinga aku. Kemudian dia terus meracau tanpa aku fahami biji butirnya. Aku beristighfar. Terkejut dan kesal. Tapi aku tak sampai hati untuk memanggil polis datang. Biarlah Sadiq pulih dahulu. Kemudian terpulanglah kepadanya samada ingin menyerah diri atau menunggu undang-undang membongkar segalanya.
 

ANIMATED GIF YANG MENAKUTKAN


Ini ialah siri gambar animated GIF yang epic dari Erdal Inci, 
seorang artis yang berasal dari Turki. 




My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More