Monday, 13 May 2013

Adira: Ya, Saya Digelar Michael Jackson Atau Mayat Hidup !




Penyanyi Adira mengakui dia seringkali digelar Michael Jackson atau pun mayat hidup hanya disebabkan oleh warna kulitnya yang boleh disifatkan sebagai putih melepak itu. Namun, Adira atau lebih mesra disapa sebagai Yayank berkata, dia sudah pun lali dengan panggilan yang sebegitu daripada segelintir pihak yang mungkin tidak menggemari kewujudannya sebagai penyanyi.
Dia yang kini semakin hits dengan single terbaru Lara Lagi turut memberitahu bahawa kadangkala panggilan-panggilan seperti itu membuatkannya berada sedikit terguris hati serta terkilan.
“Apatah lagi bila ada yang beranggapan saya melakukan ‘sesuatu’ untuk mencerahkan kulit saya ini padahal apa yang saya perolehi ini sememangnya asli. Kalau benar ada produk yang boleh mencerahkan kulit, saya kira semua orang di dunia ini akan menjadi putih.“Apapun, terpulanglah apa yang mereka hendak kata. Saya tiada kuasa untuk menghentikannya. Yang penting, saya punya pihak pengurusan, keluarga serta peminat yang sentiasa menyokong dan percaya dengan diri saya,” katanya.
Dia juga menafikan menggunakan sebuah produk daripada Indonesia yang cukup terkenal di negara ini untuk mencantikkan kulit serta wajahnya.
“Perkara itu tidak benar. Saya tidak pernah gunakan pun produk tersebut. Entahlah, saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana lagi. Macam-macam yang orang cakap pasal saya. Konon saya suntik itulah, saya suntik inilah. Saya ambil vitamin c lah. Semua tu tak benar. Tapi, saya akui saya ada menggunakan produk kecantikan dari Filipina,” katanya lagi.

Aduh !! Bomoh sumbat buah tasbih dalam kem@luan seorang wanita

Seorang bomoh jahat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh. 

Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.



Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.

Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.

Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.

Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.

Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.

Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.

Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.

Dia kemudian membuat laporan polis.Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.


Sumber : malaysiatopbloggers.blogspot.com

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More