Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

Ngeri! Besi terpacak di kepala




Foto: thesun.co.uk

Beijing: Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan.

Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.


Rakannya Zhang berkata, kejadian berlaku cukup pantas. “Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Liu sudah pun berlumuran darah,” katanya ketika ditemui.

Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.


Hentakan yang kuat menyebabkan ia tertusuk sedalam 20 sentimeter ke dalam kepala Liu.


Doktor menjalankan pembedahan kecemasan di daerah Shanghe, Shandong. Pihak hospital berkata Liu kini sudah terlepas daripada bahaya.
- Agensi

MyMetro

Friday, 12 July 2013

Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Guiness



Ngeri! Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Guiness (Video) | Entah di mana silapnya. Memang berisiko tinggi dalam melakukan aksi berbahaya terutama dalam mengejar rekod dunia. Ini kerana aksi berbahaya sememangnya boleh mengundang kepada kemalangan sehingga membawa maut. Namun kejadian yang berlaku ini adalah melibatkan seorang lelaki yang juga pemegang rekod dunia Guiness. Ia bukanlah disebabkan jatuh atau sebagainya, tetapi ketika melakukan aksi, dirinya secara tiba-tiba telah diserang sakit jantung. Boleh tonton video di atas.
mati
INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.
Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.
Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.
Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.
mati2
Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.
Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.
Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.
Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.
Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More