Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Friday, 13 September 2013

Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah di Bukit Besi


Hisham menunjukkan rim kereta api yang ditemui di tapak lombong Wahaba Wangin.

BUKIT BESI – Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik.

Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.

Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.

Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.

“Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.

Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.

“Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.

“Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katany

Friday, 6 September 2013

GAMBAR KUALA LUMPUR DI AWAL KEMERDEKAAN NEGARA (20 GAMBAR)


Di bawah ialah bukti empirikal bahawa Kuala Lumpur sekitar 50-70an adalah jauhhhhhhhh lagi cantik dari KL sekarang. 




Thursday, 27 June 2013

Muzium Mumia Kesan dari Wabak Taun


Guanajuato mummies sejumlah badan mumia dikebumikan semasa wabak taun di sekitar Guanajuato, Mexico pada tahun 1833. Semua mumia dijumpai di sebuah kuburan yang terletak di Guanajuato, yang telah membuat salah satu kota tempat pelancongan terbesar di Mexico. Semua mumia tersebut digali antara 1865 dan 1958, apabila undang-undang dikuatkuasakan supaya kerabat untuk membayar cukai untuk menjaga mayat di kuburan. Jika kerabat tidak boleh membayar cukai ini, mereka akan kehilangan hak untuk tempat pemakaman, dan mayat digali.

Sembilan puluh peratus daripada mayat-mayat di kuburan yang digali kerana keluarga mereka tidak membayar cukai. Namun, hanya 2% daripada mereka menjadi mumia. Mayat mumia yang disimpan di bangunan dan 1900 mumia mulai menarik pelancong. Pekerja pengebumian mengenakan beberapa peso untuk memasuki bangunan tempat tulang dan mumia disimpan. Tempat ini berubah menjadi sebuah muzium yang disebut El Museo De Las Momias, Muzium Mumia '. Sebuah undang-undang yang melarang disinterring lebih mumia disahkan pada tahun 1958, namun muzium ini masih mempameran mumia asli.

Salah satu hal yang mengejutkan tentang mumia Guanajuato adalah pelbagai usia daripada mumia - anda akan melihat "mumia terkecil di dunia" (janin), beberapa mumia kanak-kanak, dan laki-laki dan perempuan dari segala usia. Beberapa pakaian mumia 'tetap (beberapa hanya mempunyai sarung kaki mereka). Mumia dipaparkan di muzium adalah warga Guanajuato yang hidup kira-kira pada tahun 1850-1950.sumber







Lebuh raya 1,800 tahun ditemui


Lebuh raya purba era kerajaan Rom yang ditemui di Baitulmaqdis.

Baitulmaqdis: Pakar arkeologi berjaya menemui satu lebuh raya purba, dipercayai dibina pada era pemerintahan Rom di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.

Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan.

Ini adalah kali pertama kami menemui sebahagian jalan purba di Baitulmaqdis yang dijaga dengan baik, kata pengarah kerja arkeologi berkenaan David Yeger. Beliau berkata, lebuh raya yang baru ditemui itu adalah salah satu rangkaian jalan yang dibina kerajaan Rom, menuju ke Baitulmaqdis dari arah pantai.

Guna batu leper

Lebuh raya itu mempunyai keluasan lapan meter dibina menggunakan batu leper yang besar dan dilekatkan antara satu sama lain, untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berjalan kaki.

Sebahagian daripada batu itu sudah rosak teruk dan ia memberi isyarat bahawa ia digunakan dengan kerap selama bertahun-tahun dan turut mengalami beberapa kerja baik pulih, katanya.
Kerajaan Rom memerintah wilayah Mediterranean dan sebahagian daripada Eropah pada abad pertama sebelum Masehi hingga kejatuhannya pada tahun 476.

Bergerak pantas, selesa

Pentadbiran Rom di Baitulmaqdis membina banyak jalan raya bertujuan memenuhi keperluan kerajaan, tentera, ekonomi dan orang awam yang mahu pergerakan pantas dan selesa.

Pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya ini dilakukan oleh unit tentera, tetapi orang awam turut mengambil bahagian, dalam kerja yang diwajibkan kepada mereka oleh pihak pemerintah, katanya.
AGENSI 

Tuesday, 25 June 2013

Sejarah Penerbitan Majalah Play boy

Majalah!! banyak boleh kita jumpa di luar sana, namun hanya beberapa  nama yang popular atau terkenal. 

 Playboy
Majalah Dewasa Yang Paling Terkenal Di Dunia
Mari kita kenali sejarah majalah paling popular ini...
 
majalah dewasa popular Diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1953. Diterbitkan di Chicago, Illinois pada tahun 1953, oleh Hugh Hefner dan rakan-rakannya, dan  sebagian dana $ 1.000 di pinjam  dari ibu Hefner. Perusahaannya sendiri menjadi Playboy Enterprise Inc, dimana Playboy tidak berhenti pada majalah saja, tetapi merebak ke berbagai bentuk media seperti: penerbitan, perlesenan penggunaan nama Playboy komersil, Playboy TV, dan hiburan. Selain photo-photo sensual, Playboy juga memuat artikel mode, olahraga, barang-barang komersil, dan wawancara dengan tokoh tokoh ternama seperti: Bob Dylan, Michael Jordan, Bill Gates, dan Mohammad Ali, Playboy juga pernah melakukan wawancara fenomena dengan Fidel Castro, Yasser Arafat, Moammar Khadafi dan Malcolm X. Selain itu, banyak penulis fiksi seperti: Margaret Atwood, Tom Clancy, Roald Dahl dan Arthur C. Clark mengkontrovesikan cerita pendek mereka di Playboy yang kemudian menjadi tulisan yang terkenal. 
Edisi perdananya yang terbit pada bulan Desember 1953 di Amerika, tidak mempunyai tarikh kerana Hefner tidak yakin dapat menerbitkan edisi kedua. Hefner tidak mempunyai cukup bajet untuk membayar model berpose di Playboy, jadi dia membayar hak cipta photo-photo wanita cantik dari kalender untuk ditampilkan di majalahnya. Photo kalender artis Marilyn Monroe menjadi sampul majalah edisi perdana dan dengan cepat menjadi sensasi. Majalah ini habis terjual dalam masa seminggu. edaran pertamanya mencapai 53,991 salinan, dengan harga  50 cen (dalam dollar Amerika).

Thursday, 20 June 2013

Gambar Sejarah Perkembangan Masjidil Haram Dan Ka'bah

1
Ka'bah Pada Tahun 1880

1937.
Ka'abah Pada Tahun 1937

Gambar Ka'bah pada tahun 1941....hujan lebat membanjiri kawasan Masjidil Haram....
paras air mencecah Hajar Aswad.... kelihatan jemaah haji / umrah sedang berenang 
untuk tawaf disekeliling Ka'bah.


1953
Ka'bah 1953

Ka'bah 1371 H


1

Pintu Multazam Lama
Pintu Lama Moltazam
ka'bah

islam4m15

3 (3)
Hajar Aswad tanpa penutup

877c588c05
Penutup Hajar Aswad di Era pemerintahan Uthmanniyyah Murad Khan


bdf7db26d094273f6998fd3857827883

ZAMZAM1
Telaga Zam Zam

42a7744618
Kunci Pintu Ka'bah

k
Kunci pintu Ka'bah awal kurun ke 6 H.... Dizaman pemerintahan Abasiyyah

mamalik
Kunci pintu Ka'bah kurun ke 19 H... dizaman pemerintahan Mamluk

1
Kunci pintu Ka'bah tshun 1056 H/ 1645M... dizaman pemerintahan 
Sultan Ibrahim Dinasti Uthamniyyah

tgga
Tangga Ka'bah yang diperbuat dari kayu pada tahun 1240 H

68907f0d9c
Peti besi yang menutupi Makam Nabi Ibrahim

Nota : Makam Ibrahim adalah batu yang digunakan oleh Nabi Ibrahim
berpijak pada waktu beliau membangunkan Ka'bah di batu ini ada bekas
telapak kaki Nabi Ibrahim a.s. kerana pada ketika Nabi Ibrahim menginjaknya
kedua kaki beliau masuk sedalam 9cm...

4573961490

058

46842_525451930810818_1488303922_n
Semoga pada suatu hari Allah dapat merezekikan kita menjadi tetamunya
dan menerima amal-amal soleh kita disana serta mendapat
Haji yang Mabrur.. Aminnnn...

Wednesday, 19 June 2013

Sejarah Awal No Plat Kereta Di Malaysia




Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan  kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More