Showing posts with label Filipina. Show all posts
Showing posts with label Filipina. Show all posts

Monday, 5 August 2013

Skandal Artis Filipina yang meningkat naik punyai video s3ks



Manila: Skandal seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi. 

Terbaru, khabar angin bertiup kencang di internet mengenai rakaman itu membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig. 


Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik. 

Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer. 

Minta maaf 

Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr - meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu. 

Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig. 
Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda. 

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain. 

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27. 

Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari. 

Tuesday, 4 June 2013

Penjara Paling Unik di Filipina:-

Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center ialah penjara yang unik di Filipina. Ianya penjara yang menggunakan koreografi tarian sebagai salah satu cara untuk memulihkan banduan yang ditahan di dalamnya. Kami pasti anda pernah melihat video banduan berbaju oren menari lagu Thriller beberapa tahun yang lalu. Banduan-banduan ini kesemuanya meringkuk di dalam penjara CPDRC. Video tarian mereka menjadi viral dan lama-kelamaan pihak penjara mengenakan bayaran kepada orang awam yang ingin melihat persembahan banduan-banduan di dalam penjara ini. Walaubagaimanapun pada tahun 2010 persembahan tarian banduan ini dihentikan kerana wang yang dikutip dikatakan disonglap oleh pihak pengurusan penjara. Selain daripada itu pihak Amnesty International mendakwa ada banduan yang dipukul apabila enggan menyertai tarian beramai-ramai ini. Mereka juga berkata keadaan di dalam penjara ini masih lagi belum sempurna dan mengikut piawaian hak asasi manusia. 

Jadi inilah cerita disebalik video viral. Selepas menjadi terkenal digunakan oleh pihak penjara untuk mengaut keuntungan!



My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More