Showing posts with label Maya Karin. Show all posts
Showing posts with label Maya Karin. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Siapa...?? Artis Malaysia Beli Rumah Bernilai RM2 Juta Di London



Pelakon jelita berdarah kacukan, Maya Karin dikatakan sudah membeli sebuah rumah di kota London yang bernilai RM2 juta. Umumnya mengetahui aktress ini memang rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan kota London merupakan destinasi yang selalu dikunjunginya.

Difahamkan juga, dia kerap ke London kerana melawat adiknya, Irina yang bekerja sebagai seorang peguam di kota metropolitan itu.
Malah, baru-baru ini Maya Karin telah ke London dan dia sempat berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagramnya dan menulis “…just arrived at my other home. London for a week again”

Dalam pada itu, Maya Karin dikhabarkan turut mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur dan Terengganu. Semoga Maya Karin semakin maju jaya dalam kerjaya seninya.

Tuesday, 4 June 2013

Maya Karin Akui Ada Kekasih Baru

Gossip terbaru mengenai Maya Karin adalah mengenai kekasih baru beliau. Maya Karin ketika ditemui pihak media telah mengaku sedang mengenali hati budi seorang lelaki, namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal.


gambar maya karin, maya karin, maya karin dan kekasih baru, gambar maya dan kekasih baru, siapa kekasih baru maya, maya karin ada kekasih baru

Menurut laman blog Kezoom, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi lelaki baru setelah kegagalan rumah tangganya bersama  jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010.

"Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal.


gambar maya karin, maya karin, maya karin dan kekasih baru, gambar maya dan kekasih baru, siapa kekasih baru maya, maya karin ada kekasih baru

"Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘single’ terbaharunya bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses di sini pada Isnin.

Maya enggan mendedahkan identiti dan butiran lanjut mengenai kekasih barunya kerana masih belum bersedia berbuat demikian.

Walaubagaimanapun Maya akui kekasih barunya itu turut terlibat dalam industri hiburan.

Sumber 

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More