Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Monday, 17 June 2013

KISAH BENAR SIAPA JEMAAH KENIT DI MASJIDIL HARAM ITU?




KISAH MISTERI JEMAAH KENIT DI MASJIDIL HARAM | Setiap apa yang berlaku di Tanah Suci, semuanya terkandung seribu hikmah sama ada ada sebagai pengajaran mahupun peringatan. Oleh kerana itulah kita diingatkan supaya memperbetulkan niat apabila mahu ke sana. Bukan bertujuan membeli belah semata-mata, tetapi mahu beribadah kepada Allah SWT. Kisah di bawah ini tentang kisah seorang ustaz yang dipilih Allah untuk bertemu dengan seorang jemaah kenit ketika berada di Masjidil Haram. Persoalannya, siapakah lelaki kenit itu?

Sejak dahulu, saya sudah biasa dengar pelbagai cerita tentang perkara aneh yang menimpa para jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila. Ada jemaah yang sesat sampai berhari-hari bermulut celupar dan bongkak.

Ada juga jemaah yang semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun-tahun. Tapi apabila sampai di Tanah Suci, jemaah ini terus sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan stabil boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada tahun 2008. Ketika itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali saya membawa rombongan jemaah ke Tanah Suci. Kali itu, saya membawa rombongan seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita. Setibanya di sana segala proses dan urusan menempatkan jemaah berjalan lancar. Semua jemaah berpuas hail dengan tugas saya lakukan. Saya gembira.

Suatu hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidilharam untuk melakukan ibadah. Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa mengikut kemampuan masing-masing. Entah kenapa hari itu tiba-tiba saja, saya seperti bersifat kebudak-budakan. Saya kata begini di dalam hati. “Eh, bagilah tengok benda ajaib. Selama datang Mekah tak pernah tengok benda-benda ajaib lagi!” detik di hati saya. Saya kata begitu sebab saya biasa dengar cerita-cerita aneh dari mutawif-mutawif lain sebelum ini. Mudah-mudahan dapatlah saya bertemu benda-benda aneh yang tidak penah terfikir melihatnya. Waktu itu saya lihat semua jemaah melakukan ibadah masing-masing.

Ada yang bersolat sunat dan ada yang membaca al-Quran. Saya dan pembantu saya bernarna Iskandar pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidilharam dan kami terus bersolat sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk memberi salam pada tahiyat akhir, saya terkejut. Betul-betul di hadapan saya sedang berdiri seorang lelaki berjubah putih. Apa yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya sebesar botol air mineral 500 mililiter. Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakon Bollywood. Wajahnya kacak, kulitnya putih, hidung mancung dan matanya bersinar. Sebaik melihatnya, saya terpaku tanpa dapat berkata apa-apa. Hanya mata saya yang bergerak memandang jemaah kenit itu. Wajah jemaah kenit itu berseri-seri. Mukanya seperti bercahaya. Cantik sungguh.

Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak ke arah saya. Manusia kenit itu lalu berdiri betul-betul di hadapan saya yang masih duduk di antara dua sujud. Jemaah kenit itu tiba-tiba mengangkat tangannya ke arah muka saya lalu berdoa. Entah apa yang didoakannya saya tidak tahu sebab tidak mendengar sebarang kata-katanya. Saya hanya nampak mulutnya terkumat-kumit. Waktu itu juga secara spontan saya tidak berhenti-henti memuji kebesaran Allah. Ya Allah siapa bawa jemaah kenit ini. Ya Allah terlalu kecil makhluk ciptaanMu ini. Ya Allah, ya Tuhanku, siapa manusia ini? Ya Allah Engkau Maha Besar. Aku bersyukur. Engkau telah tunjuk kepada aku perkara ajaib begini di Tanah SuciMu!

Selepas lelaki kenit itu habis berdoa, saya terus mendepakan tangan sebab hajat saya mahu memeluknya. Anehnya, sebaik saya mendepakan tangan, jemaah kenit itu terus ghaib dari pandangan. Saya terpinga-pinga. Pelik sungguh apa yang saya lihat tadi. Mustahil manusia kenit itu boleh ghaib begitu saja. Cepat-cepat saya tanya pembantu saya, Iskandar adakah dia nampak jemaah kenit tadi.

Pelik. Iskandar yang berada di sebelah saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Bagaimana pula Iskandar tidak nampak. Jemaah-jemaah lain di sebelah saya juga begitu, mereka tidak melihat makhluk kenit tersebut. Selepas diperlihatkan jemaah kenit yang kacak itu, saya tidak habis-habis memuji kebesaran Allah. Saya tidak menyangka walaupun impian saya itu hanya terdetik di dalam hati, Allah terus tunjukkan kepada saya apa yang saya hajati. Itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sampai hari ini saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada jemaah khuatir menakutkan mereka pula. Saya juga tertanya-tanya siapakah jemaah kenit kacak itu, manusia atau jin? Perkara ini saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Bagi saya inilah tanda-tanda kebesaran Allah.

Selain kisah jermaah kenit tadi, ada satu lagi kisah melibatkan seorang jemaah lain yang mengikut rombongan saya mengerjakan umrah. Hari itu, saya dan rombongan mendarat di Karachi, Pakistan sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah. Dalam rombongan itu, saya bawa 12 orang keluarga mamak. Ada antaranya yang saya kenal. Semasa menunggu di Lapangan Tcrbang Karachi itu, datang seorang lelaki dari kalangan keluarga mamak ini. Cukuplah saya namakannya sebagai Zul, berusia 40-an dan bekerja sebagai kontraktor. Zul juga sudah berkahwin clan isterinya juga turut sena dalam rombongan itu.

“Ustaz, saya nak batal pergi Mekah. Saya tak nak pergi. Saya nak balik,” beritahu Zul pada saya. Wajah Zul kelihatan muram dan resah. Gaya Zul seperti berada di dalam keadaan ketakutan. Mendengar kata-katanya saya terus geleng kepala. Saya beritahunya tidak lama lagi kami akan benolak ke Jeddah. Mana boleh Zul batalkan pemergiannya pada saat-saat akhir.

Saya bertanya kepada Zul kenapa tiba-tiba saja dia membatalkan hasrat hendak ke Mekah? Apa masalahnya? Lalu Zul membawa saya ke satu sudut yang tidak rarnai orang dan membuka cerita. Cerita Zul pada saya, selama dia hidup ini sudah jenuh dia berzina dengan pelbagai perempuan. Ada antara perempuan itu sudah berzina dengannya sampai berpuluh-puluh kali.

“Salah seorang dah jadi isteri kedua saya. Kami nikah di Siam. Tapi sebelum itu kami selalu berzina, ustaz…” cerita Zul pada saya dengan penuh kesal. Akibat takut banyak dosa, selepas mendaftar untuk ke Mekah, Zul memberitahu dia tidak dapat tidur selama sebulan. Zul mengaku depan saya dia merasa amat takut apabila tiba di Mekah nanti, dia akan terima balasan dari Allah. Apabila mendengar ceritanya saya hanya tersenyum dan terus memberi semangat kepadanya.

“Alhamdulillah. Kalau sebulan tak tidur kerana takut akan dosa-dosa lalu itulah taubat namanya. Awak dah bersih. Kalau awak tak tidur sebab takut dosa-dosa lalu, awak orang yang balk. Kalau orang jahat tak akan rasa takut,” kata saya memberi semangat pada Zul. Bagi saya, Zul hanya jahat berkaitan perempuan saja. Selama saya mengenalinya, Zul seorang yang pemurah. Setiap kali tiba bulan Ramadan, Zul banyak bersedekah di masjid. Malah Zul juga banyak membantu orang-orang susah. Pendek kata duitnya banyak digunakan untuk berseclekah.

Bagi meyakinkan Zul, saya berdoa di hadapannya memohon doa agar Allah mempermudahkannya melakukan ibadah di Mekah nanti. “Ya Allah, biarlah dosa Zul berzina itu aku yang tanggung. Kalau bala tu tiba, biar aku yang terima,” kata saya penuh redha clan berharap Zul akan terus ke Mekah. Bila mendengar doa saya begitu, Zul terus bersetuju membatalkan hasratnya balik ke tanah air. Suatu malam, semasa berada di Masjidilharam semua jemaah tidak dibenarkan bersembahyang berdekatan Kaabah.

Sebabnya waktu itu kawasan lantai sekeliling Kaabah sedang dicuci dan dibersihkan. Sekitar kawasan itu dikawal oleh anggota polis yang garang dengan rotan. Sesiapa yang ingkar akan ditangkap, dirotan sebelum dihalau keluar. Saya dan Zul tanpa sedar, termasuk ke dalam kawasan yang dilarang masuk kerana lantainya belum kering sebab ia baru dicuci. Baru hendak sembahyang tiba-tiba saya ditarik oleh seorang anggota polis yang mengawal sebelum dihalau dari kawasan itu. Tapi apa yang peliknya waktu itu saya lihat hampir empat lima orang anggota polis berdiri mengelilingi Zul yang sedang bersembahyang.

“Mereka jaga Zul supaya tak ada jemaah lain yang mengganggu Zul ketika bersolat. Malah orang yang membersihkan lantai juga ada di sebelah Zul. Setiap kali air mengalir masuk ke kawasan tempat Zul bersolat, pekerja itu cepat-cepat mengeringkannya dengan mop. Selepas habis bersolat, Zul berdoa. Dia juga tidak diganggu oleh anggota keselamatan yang bertugas. Itulah kebesaran Allah. Zul yang sebelum itu dihantui dosa-dosa silam mendapat kemuliaan semasa bersolat di Masjidilharam berbanding jemaah lain. Mungkin disebabkan Zul benar-benar telah bertaubat di atas kesilapan lampau, Allah merahmati-nya semasa berada di Tanah Suci. Jemaah-jemaah lain yang cuba masuk dan sembahyang berdekatan Zul ketika itu semuanya dihalau tennasuk saya sendiri. Allah benar-benar memuliakan Zul sebagai tetamuNya. Malah segala urusannya di Mekah, Allah permudahkan tanpa sebarang masalah. Syukurlah Zul dapat beribadah dengan tenang meskipun orang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya.

Saya mendapat tahu, selepas balik ke Malaysia, Zul sudah banyak berubah. Sikap pemurahnya dahulu diteruskan dan tabiat berzina ditinggalkan. Malah sejak balik dari Mekah, rezeki Zul sebagai kontraktor juga semakin mencurah-curah. Akhir kalam, ingatlah renungan ini. Kecemerlangan yang mesti kita cari, bukan saja sewaktu kita bernafas di atas muka bumi, malah setelah sekujur menjadi mayat. Kehidupan sebenar adalah di akhirat sana.

Monday, 3 June 2013

Kisah Benar - Isteri Derhaka Yang Menderita Sakit Pelik Lagi Busuk


Pak Lang paparkan juga satu kisah benar mengenai seorang isteri derhaka.... 
Semoga menjadi iktibar..... Kisah ini Pak Lang dapatkan dari laman http://www.fuh.my. 
SILA KLIK DI SINI


 
Gambar Hiasan 

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun 
sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila 
dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok. 

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk. 

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. 
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal 
tulang,” balas Arifin. 

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil 
menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang 
di pakai. 

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang 
hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang 
hendak di sampaikan. 

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin. 

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. 
Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian 
meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya 
dalam-dalam. 

“Entahlah.” katanya perlahan, 

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. 
penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin. 

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan 
klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya. 

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya. 

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya. 

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang 
bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya 
tak juga sembuh,”jelas Arifin. 

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh 
isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, 
kusut 

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa 
lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” 
tambah Arifin. 

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, 
seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti 
bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. 

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir 
tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk 
berhadapan dengan kawan sepejabat. 

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di 
belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. 

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya 
gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga 
menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan 
kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah 
luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam 
waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, 
ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. 

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa 
dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya 
sayu 

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”. 

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa 
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan 
namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari 
penawar keadaan penyakit berkenaan. 

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, 
meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit 
sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin. 

“InsyaAllah.” Balas saya. 

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana 
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang 
meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia 
meluahkan segala yang terbuku di hati. 

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?” 

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. 
Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah 
sakit memang macam tu,”kata Arifin. 

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah 
berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah 
Arifin pada malam esoknya. 

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung. 

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang 
dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. 

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. 

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang 
rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. 

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring 
mengiring mengadap ke dinding. 

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. 
Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat 
menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya 
terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang 
membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala 
separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum 
tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti 
keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. 

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi 
sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”. 

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin. 

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. 
Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. 

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan. 

“Keluar lendir bercampur nanah.” 

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. 
Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu. 

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala 
di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada 
melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah 
Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. 

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.” 

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya. 

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya 
meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga 
mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. 

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan 
rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara 
ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut 
kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. 

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. 
Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. 

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon 
ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa 
hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. 

“Ustaz,”katanya, 

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu” 

“Kenapa?”pantas saya bertanya… 

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-
galanya”. Arifin menyambung ceritanya; 

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana 
telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid 
dan air maninya ke dalam makanan saya. 

Saya tanya “Kenapa?” 

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. 

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang 
kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan 
ilmu hitam.” 

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah 
emasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat 
hubungan sulit dengan beberapa lelaki. 

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka 
bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak
-banyak ampun daripada saya. 

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun 
yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang 
pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah 
begitu, dia jadi perempuan....” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan 
kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. 

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. 

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya. 

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. 

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia 
mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.” 

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah 
nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. 
Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan 
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. 

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.” 

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik. 

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu 
sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang 
agak keras. 

Mungkin dia terkejut. 

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus 
memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas 
itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin m
emaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. 

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada 
gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya. 

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya 
dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir 
rahim) sebanyak tujuh kali. 

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin 
menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. 
Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia 
sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. 

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi 
kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil 
menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan 
dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia." 

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat 
kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan. 

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam 
memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

AL QURAN tidak terbakar...maha suci ALLAH...



maha suci ALLAH....sebelum ni..korang pernah tgk kan masjid yg x musnah dilanda 
tsunami...dan macam2 lagi kekuasaan ALLAH...kali ini..korang akan lihat Al Quran 
yg tidak hangus walaupon berada di dalam van yg sudah hangus dijilat api...walaupun 
hampir 100% dalam van itu terbakar,tetapi dgn kekuasaan ALLAH...Al Quran yg berada 
di ruangan tmpat duduk belakang van itu tidak terbakar dan hanya sedikit terbakar di 
bahagian kulit AL Quran itu...inilah rupa van berkenaan...kalau nk tgk macammana
 Al Quran itu..tekan read more

Friday, 31 May 2013

[Kisah Benar] Kisah Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat


Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal 
dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! 
Subhanallah! Kami ingin mengingatkan para pembaca agar sentiasa 
mendahulukan Allah dalam apa kerja yang sedang dilakukan. Semoga 
kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari 
kita susuri kisah yang hebat ini.

 Gambar hiasan:

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada 
wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan 
dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar 
azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal.

Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan 
solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk 
melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! 
Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari 
sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak 
ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha 
Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis 
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau 
tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang 
kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha 
Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, 
saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi 
dia tidak peduli.

Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan 
solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar 
bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar 
bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai 
antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang 
pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang 
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya 
pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik 
pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa 
yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau 
Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan 
hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa 
tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu 
malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati 
Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More