Showing posts with label Betul Ke Ni.... Show all posts
Showing posts with label Betul Ke Ni.... Show all posts

Sunday, 22 September 2013

Lintah Gergasi Di Perak Rupanya Ialah Ular Karung Guni ( 5 GAMBAR)


Sebelum ini anda pernah telihat gambar lintah gergasi besar yang di post pada Facebook. Dimana yang di sangka Lintah Gergasi di perak tersebut adalah seekor Ular Karung Guni. Kita semua tak pernah tau ade ular macam ini.

Sekali pandang dan korang tengok nie seperti seekor lintah yang sangat besarkan....

Lihat lagi gambar-gambar di bawah ini....

Menurut sumber, spesis ular ini hidup di air tawar, makan ikan, tidak berbisa tapi boleh menggigit.




Kalau la dikatakan lintas sebesar macam nieh, alamat habis kering la darah seseorang manusia

Monday, 9 September 2013

Laporan dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3



Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Global Halal Centre” semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.

Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan “4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.


Jemputan ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas aspirasinya untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Halal Global (Global Halal Centre).

Sebelum ini, Halal Penang telah diberi penghormatan yang sama di persidangan Halal Antarabangsa di Kuwait, Pakistan, Thailand, Riyadh dan London.

Malah, pada 26 – 28 September 2013 nanti, sekali lagi Halal Penang diberi penghormatan di Persidangan Halal Antarabangsa Morocco diikuti pada Disember di Persidangan Halal Antarabangsa Belgium.

Usaha penjenamaan ( branding approach) selama 3 tahun sejak penubuhan Halal Penang pada Ogos 2008 sedang menuai hasilnya.

Sehingga akhir tahun 2012, Halal Penang telah berjaya menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM484 juta.

“4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” anjuran CNR Expo telah berlangsung dari 5 hingga 8 September 2013.

Sebanyak 300 pemamer tempatan dan antarabangsa daripada 80 buah negara terutamanya dari Timur Tengah dan Eropah telah mengambil bahagian.
Perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri Turki, Yang Berbahagia Bulent Arinc

Sebagai pengiktirafan kepada Halal Penang, saya turut dijemput sebagai tetamu kehormat menyertai delegasi Timbalan Perdana Menteri Turki, melawat tapak pameran.

Dalam ucapan, saya menjelaskan tentang pencapaian Halal Penang dan usaha berterusan kerajaan negeri membangunkan industri halal di Pulau Pinang yang berkonsepkan ‘Halal Ecosystem’ sejak penubuhannya 5 tahun lalu.

Juga dijelaskan beberapa inisiatif oleh kerajaan negeri yang dinikmati para pelabur industri halal di Pulau Pinang.

Selain mengalu-alukan pemain industri halal, khususnya dari Turki, saya turut menzahirkan hasrat Pulau Pinang mewujudkan jalinan kerjasama dua-hala bersama Turki dalam membangunkan industri halal. 

Pada kesempatan itu, saya telah menjemput CNR Expo untuk menyertai Pameran dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2014 yang akan berlangsung pada 17 sehingga19 Januari 2014.

Saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan rasmi dengan beberapa syarikat dan agensi kerajaan Turki antaranya dengan Pengerusi Caprice Gold Groupe Encik Fadil Akgunduz.

Caprice Gold Groupe adalah syarikat industri perhotelan dan resort terkemuka di Turki.

Perbincangan awal berkisar usahasama dalam membangunkan industri perhotelan dan hospitaliti berkonsepkan Syariah di Pulau Pinang.

*Kenyataan media oleh Dato’ Haji Abdul Malik Kassim,EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang**

Tuesday, 3 September 2013

Najib jadi pelakon drama?





KUALA LUMPUR - Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 (BR24) milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk ‘Ikrar Perwira’ hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi.

Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.

“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu.

“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini.

“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.

Dalam tempoh setahun ini, BR24 telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memperkukuh penjenamaannya sebagai stesen yang membawakan ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.

“Program ‘Dalam Radar’ semakin menyerlah dengan penampilan tetamu kategori ‘A’ yang terdiri daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan dan industri,” kata Azlan.

Katanya antara yang pernah muncul adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, datuk Seri Mohd Syafie Apdal.

Wednesday, 28 August 2013

Dakwa #AirAsia hidang babi, bekas menteri mohon maaf enam bulan


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.

Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.

“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.

“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua PengarangMalay Mail, Datuk Ahirudin Attan.

Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata.

Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.

Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.

“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya. ~the malaysian insider

Monday, 26 August 2013

Nur Amalina Che Bakri Yang Menjadi Kontroversi




Nur Amalina Che Bakri,  Kontroversi, berita, pelajar cemerlang,

Kat laman blog,twitter,facebook dan banyak lagi media elektronik internet kecoh pasal gambar Nur Amalina Che Bakri,pelajar genius yang memperolehi keputusan SPM 2004 dengan 17A1.

Pelajar ini telah menjadi idola anak-anak muda sekarang dalam mengejar kejayaan dalam akademik sehinggakan beliau telah di anugerahkan Maulidurrasul suatu ketika dahulu.Dek kerana banyak sangat cerita pasal dia jadi kamipun terpanggil untuk mencari apa yang menjadi isu terhangat itu.

Nur Amalina Che Bakri,  Kontroversi, berita, pelajar cemerlang,

Rupa-rupanya kerana gambar-gambar beliau yang agak keterlaluan ketika berada di UK.Khabarnya semua gambar yang diperolehi diambil dari laman sosial facebook beliau tetapi kini laman facebook beliau telah dipadamkan untuk tatapan semua.

Dibawah ini beberapa gambar yang sempat kami perolehi yang dikatakan milik pelajar genius tersebut.

Nur Amalina Che Bakri,  Kontroversi, berita, pelajar cemerlang,

Nur Amalina Che Bakri,  Kontroversi, berita, pelajar cemerlang,

Nur Amalina Che Bakri,  Kontroversi, berita, pelajar cemerlang,

Nur Amalina Che Bakri,  Kontroversi, berita, pelajar cemerlang,

Saturday, 24 August 2013

Sifatkan pasukan bola sepak Sarawak cap ayam, deejay Era FM diarah mohon maaf




MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama

Sunday, 18 August 2013

Mengapa Suasana Sunway Mentari Seperti Pekan Pattaya?


Foto  
WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.
Foto 
SIKAP warga Afrika yang suka berkumpul dan membuat bising menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.

Bagai suasana pekan Pattaya Thailand.

Petaling Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.

Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan. Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, kawasan berkenaan sentiasa dipenuhi pendatang dengan rata-ratanya warga Afrika, China dan Indonesia yang berkeliaran di kawasan terbabit. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di PJ yang tidak seluas mana itu, disifatkan sebagai suasana di pekan Pattaya di negara Thai, kerana kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah. Mengapa disalahkan kepada kepada pendatang dari luar negara sahaja?

Kan negara ini negara kita, kita yang menentukan semua paeraturan dan perlaksanaan? Kenapa tidak salahkan diri kita sendiri yang menentukan undang-undangnya? Kita ada polis kita sendiri pelaksana undang-undang? Kenapa baling batu sembunyi tangan?

Jawapan sebenarnya ialah kerana perundangan negara ini tidak Islamik. Undang-undang yang tidak mampu membongkar dan melumatkan seluruh maksiat hingga ke akar umbinya! Sila kaji balik.

Saturday, 17 August 2013

Biar Betul! Gadis Ini Lebih Genius Daripada Einstein?


Biar Betul! Gadis Ini Lebih Genius Daripada Einstein? Lauren Marbe, 16, memeranjatkan gurunya apabila mencatatkan markah 161 pada ujian IQ Mensa
 ar Betul! Gadis Ini Lebih Genius Daripada Einstein?  | Kita akui Albert  Einstein antara manusia yang dianggap pintar kerana berjaya menyelesaikan masalah sukar. Namun pada hari ini, seorang guru membuat kenyataan bahawa terdapat seorang pelajarnya yang didapati berjaya menjawab soalan IQ dengan baik dan diiktiraf paling pandai di dunia. KisahBest.My difahamkan gadis pintar ini juga baru sahaja berusia 16 tahun. Itulah keistimewaan yang dimiliki olehnya.
Lauren Marbe, 16, memeranjatkan gurunya apabila mencatatkan markah 161 pada ujian IQ Mensa selepas menduduki ujian itu secara suka-suka.
Markah ujian IQ dicatatkan anak pemandu teksi itu bermakna dia kini lebih pintar daripada Professor Stephen Hawking, Bill Gates, malah Albert Einstein yang semuanya mempunyai IQ 160.
Lauren kini tersenarai dalam persatuan Mensa yang bermakna dia secara rasmi berada dalam kelumpuk satu peratus orang paling pandai di dunia.
Pelajar Sekolah Menengah Roding Valley itu yang diramal mencatatkan semua A dalam peperiksaan GCSE berkata, dia teruja dengan pencapaiannya.
Lauren menduduki ujian IQ itu awal bulan ini.
Ibunya, Sue Marbe, pengetua sebuah sekolah rendah di Essex berkata: “Meskipun Lauren berambut blonde seperti gadis Essex lain, dia berjaya mengikis tanggapan semua pelajar perempuan Essex bodoh.”
Einstien tidak pernah menduduki ujian IQ kerana peperiksaan itu tidak wujud pada zamannya. Bagaimanapun, pakar percaya dia memiliki IQ 160.
Ujian IQ bertujuan menguji keupayaan kecerdikan pelajar. Di Britain, purata markahnya ialah 100.
Dr Fuh – Sebijak mana pun kita, tapi kalau digunakan dengan cara yang salah tak guna jugak. Bersyukur kepada Nya kerana semua itu adalah kurniaan Allah S.W.T
- See more at: http://fuh.my/biar-betul-gadis-ini-lebih-pintar-daripada-einstein/#sthash.WlUmMzrg.dpuf

German fisherman catches world-record 515-pound Atlantic halibut



Marco Liebenow thought he hooked a submarine while fishing Norwegian waters; fish was so big it wouldn’t fit into the 19-foot boat


A fisherman from Germany caught the fish of a lifetime, a world-record Atlantic halibut that was so big it wouldn’t fit into the boat.
Marco Liebenow was fishing with three friends in a 19-foot boat in Norwegian waters when he hooked what he thought was “a submarine,” according to a Friday report in the UK Daily Mail.
By halibut fishing standards, it was a submarine. The Atlantic halibut weighed 515 pounds, smashing the existing IGFA world record of 419 pounds caught in Norwegian waters in July 2004.
After a 90-minute battle, Liebenow managed to reel the fish to the surface. But once the fishermen saw how big it was, they realized the fish was too big to haul into the small boat. So they tied a rope around its tail.
“The flounder could be towed only with the greatest effort and with great sensitivity to the port,” fishing tour company Angelreisen Hamburg explained (via translation) on its Facebook page.
At the dock, the fish was hoisted out of the water by crane and weighed. After photos, Liebenow donated the fish to a local fish dealer, and then celebrated his catch with a few beers.
“[Marco] does not speak any English but has said it was a wonderful feeling to catch it and has called it a fish of a lifetime,” David Bottcher, Angelreisen Hamburg fishing tours spokesman who arranged the trip, told the Daily Mail. “Before he left for the trip, he called us first to ask for a few hints about how and where to fish—I guess our advice paid off.”
It did, in a big way.
The 9-foot fish, caught in waters off Kjollefjord last month, is awaiting IGFA world-record approval.
Photos courtesy of Angelreisen Hamburg Facebook page.
group around catch 222

Wednesday, 14 August 2013

2 Wanita Cuba Diet Ekstrem Jahit Lidah dengan Koyo Plastik, Ini Hasilnya



 Menjahit lidah dengan koyo plastik menjadi metode penurunan berat badan yang marak dibicarakan saat ini. Koyo yang telah dijahitkan di lidah, dipercaya bisa membantu mempercepat pelangsingan tubuh kerana membuat orang tidak boleh makan dengan normal. Hanya mampu  makanan dalam bentuk cair.


Untuk membuktikan efektivitinya, dua wanita pun mencoba 'koyo ajaib' ciptaan ahli bedah plastik dr Nikolas Chugay itu. Mereka adalah Marlene Beltran dan Lysander Lanuza yang mengaku tidak boleh mengawall hasrat makan mereka.


Apakah berhasil? Keduanya menyatakan puas dengan hasilnya. Lysander berhasil menurunkan beratnya hingga 10 kg sementara Marlene 8 kg hanya dalam waktu 30 hari. No pain, no gain tentunya. Penurunan berat badan drastis mereka harus dibayar dengan rasa sakit dan tidak nyaman.
Metode yang dikembangkan Nikolas ini mengharuskan lidah dijahit sebanyak enam jahitan untuk menempelkan koyo plastik tersebut. Alhasil, mengunyah makanan padat jadi sangat menyakitkan sehingga pemakainya harus mengonsumsi makanan dalam bentuk cairan. Kalorinya pun dibatasi, hanya 800 kalori per hari. Diet ini diciptakan sendiri oleh ahli bedah plastik  di Beverly Hills itu.


Lysander pun mengakui lidahnya terasa sakit saat makan apapun, bahkan makanan yang berukuran kecil sekalipun. "Rasanya sakit. Dan ternyata ini berhasil. Aku tidak boleh makan!" seru wanita berusia 27 tahun ini, seperti dikutip dari Daily Mail.


Hal yang sama juga dialami Marlene yang sebelum memakai koyo plastik, berat badannya 76 kg. Ia berhasil menolak godaan makanan siap saji favoritnya. Tapi di sisi lain ia juga kesal setiap kali keluarganya makan malam, dia harus 'meminum' makanannya di ruangan lain.


Dr Nikolas mengklaim pasien-pasiennya bisa menurunkan berat badan rata-rata 8 kg dalam sebulan. Hasilnya bisa bertahan hingga delapan bulan setelah koyo dilepas. Pemasangan koyo memang disarankan maksimal hanya 30 hari. Ia juga menyatakan sejauh ini belum ada keluhan dan efek samping yang ditimbulkan prosedur kontroversial itu hanya sedikit. 


Namun pakar penurunan berat badan Dr Robert Huizenga mengatakan tidak yakin dengan efektivitas koyo tersebut, terutama untuk hasil jangka panjang. Menurutnya, menahan makan karena takut lidahnya terasa sakit adalah pendekatan yang primitif.


"Sama saja dengan menyewa orang untuk menodongkan pistol ke kepala Anda dan mengancam dia akan menembakkannya setiap kali Anda makan," ujar Dr Robert.


Dia menambahkan, "Memasang koyo di lidah dan setiap Anda makan makanan padat, akan terasa sangat sakit. Siapa yang tahu konsekuensi apa yang akan didapat dalam jangka panjang."Read more:

Sunday, 11 August 2013

BAJU SEMANGKA JADI TREND KANAK KANAK MUSIM PANAS !



Musim panas kali ini di China memaksa ibu bapa agar kreatif menghindarkan si buah hati dari kegerahan. Salah satunya yang sedang tren adalah kulit semangka yang disulap jadi pakaian, lucu dan unik.

Penampilan anak-anak berpakaian semangka bertebaran di laman media sosial China, Weibo, dan dalam siaran televisyen nasional. Menurut Xinhua, Sabtu 10 Ogos 2013, para ibu bapa di China kini keranjingan mendandani anak-anak mereka dengan semangka. Bahkan mereka saling berkongsi tips.

Trend ini bermula apabila bulan lalu foto seorang bocah dari bandar Wenzhou yang mengenakan kulit semangka tersebar di internet. Foto comel itu lantas mencetuskan demam sama di seantero China.

Semangka diambil daging buahnya dan disisakan kulitnya. Beri beberapa lubang untuk kaki, tangan dan tubuh, maka jadilah baju kulit semangka. Dengan sedikit kreativiti, baju kulit semangka boleh dibentuk jadi pakaian perang, bikini atau kemeja hula.

Warga China di Weibo mengatakan bahawa semangka tidak hanya menyegarkan jika dimakan, namun juga menyejukkan tubuh jika dipakai.

Namun, para ahli mengatakan hal yang berbeza. Kepada People s Daily, ahli penyakit kulit mengatakan bahawa mengenakan semangka pada anak bukanlah idea yang bagus. Selain boleh mencetuskan alergi, kulit bayi yang sensitif boleh iritasi. Selain itu, kelembapan boleh mencetuskan pertumbuhan bakteria dan jangkitan.

Sumber vivanews.com

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More