Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Neelofa Bakal Ke Amerika Tahun Hadapan




Neelofa


PETALING JAYA: Pelakon Neelofa akan meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya apabila membuat keputusan untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat pada tahun depan.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia akan menjalani kursus tersebut selama dua bulan yang bertujuan menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.
"Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA.
"Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal," katanya kepada mStar Online.
Tambah Neelofa, dia tidak keseorangan ketika berada di sana kerana rakannya turut mengambil kursus berkenaan.
Sementara itu, Neelofa yang kini sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkongsi pengalamannya bahawa bukan mudah untuk menjadi pelajar dan pada masa sama sibuk di lokasi penggambaran.
Malah pelakon filem Lemak Kampung Santan ini tidak terkecuali melalui saat sukar sehingga pernah berputus asa dalam kedua-dua bidang disebabkan gagal menangani tugas berkenaan.
"Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali).
"Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja.
"Bagaimanapun Alhamdulillah, saya berjaya atasinya dengan membahagi masa antara kerja dan pelajaran sebaik mungkin," tuturnya.

Tuesday, 13 August 2013

Neelofa Tumbangkan 2 Jejaka Malaya?! [video]



Smart video ini

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Monday, 24 June 2013

Skandal Neelofa Dengan Shah Jaszle Pula Kantoi!

Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.
Murai Batu pun tak pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.
Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.
Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.
Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.
Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.
Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung?

Wednesday, 19 June 2013

5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2


5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2 | Acara anugerah Blockbuster 2 telahpun melabuhkan tirainya pada malam Jumaat lepas dan disebabkan acara dilangsungkan pada waktu malam, filem "Hantu Kapcai" telah mengganas dan 

merangkul anugerah filem terhebat.


Seperti biasa, acara "Red Carpet" turut berlangsung pada malam tersebut dan antara selebriti yang menjadi tumpuan ialah artis cantik manis Neelofa yang hadir bersama 
Hans Isaac. jom layan gambar beliau dibawah...

5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2

5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2

5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2

5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2

5 Gambar Cantik Manis Neelofa Ketika Blockbuster 2

Monday, 17 June 2013

Akhirnya Neelofa Menang Juga, Heroin Baru Terhebat!



Selepas menerima gelaran Dewi Remaja pada tahun 2010 yang lalu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor terus tidak membuang masa lagi, malah bijak mengatur langkahnya di dalam dunia glamor ini dengan menceburkan diri dalam dunia lakonan dan kini dilihat menyinar dalam dunia pengacaraan.

Sepanjang melibatkan diri dalam dunia lakonan melalui penampilannya yang pertama di dalam filem Azura, Neelofa yang sudah beberapa kali tercalon dalam anugerah-anugerah besar belum lagi pernah memenangi sebarang pencalonannya itu.

Akhirnya, berkat usaha dan kesabaran gadis kelahiran Kelantan itu membuahkan hasil apabila dia telah meraih gelaran Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2 melalui lakonannya di dalam filem yang turut bergelar Filem Terbaik iaitu Hantu Kapcai.

"Jujurnya saya memang tidak meletakkan harapan langsung kepada pencalonan saya kali ini. Sebab dah selalu kalah, jadi tak mahu berharap sangat. Syukur Alhamdulillah ini adalah rezeki saya pada malam ini. Terima kasih kepada mereka yang mengundi saya untuk kategori ini.

"Sepanjang penglibatan saya dalam dunia lakonan,ini merupakan anugerah terbesar yang pernah saya terima. Mungkin juga ia rezeki Hantu Kapcai yang mendapat sambutan hangat.

"Anugerah malam ini telah melakar sejarah yang tersendiri dalam hidup saya dan saya akan lebih seronok untuk berlakon selepas ini bila ada penghargaan seperti ini,"ujarnya yang ditemui selepas berakhirnya Anugerah Blokbuster 2 yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Sabtu lepas.

Selain daripada itu Neelofa turut menyifatkan kemenangannya di Anugerah Blokbuster 2 adalah rezeki Hantu Kapcai yang menerima banyak anugerah pada malam itu. Watak sebagai seorang gadis bertudung dan satu-satu watak wanita utama di dalam filem tersebut membantu Neelofa meraih gelaran tersebut.

"Saya rasa kemunculan saya didalam Hantu Kapcai lebih banyak mendapat perhatian kerana ketika itu saya seorang sahaja yang membawakan watak wanita utama dan yang lain-lainnya adalah lelaki seperti Zizan, Remy Ishak dan Izzue Islam.

"Jadi secara tak langsung ia melekat di kepala penonton dan peranan saya pula adalah wanita kampung bertudung, sudah tentu ramai yang suka watak begini.

"Dengan kemenangan ini saya akan cuba untuk mempertingkatkan mutu lakonan dan walaupun sering dilihat mengacara berbanding berlakon. Setidak-tidaknya tawaran filem akan cuba saya penuhi untuk terus mengekalkan nama Neelofa di dalam dunia lakonan,"tambahnya lagi ketika bercerita mengenai kemenangannya malam itu.

Pada malam itu Neelofa telah mengenepikan ramai calon hebat lain seperti Anzalna Nasir, Mon Ryanti dan ramai lagi untuk membawa pulang gelaran Heroin Baru Terhebat itu. Kemunculannya bersama Hans Isaac turut mendapat perhatian ramai namun pengacara MeleTOP itu mengatakan kehadiran mereke bersama hanyalah untuk mempromosikan filem Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada 8 Ogos ini.sumber

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More