Alexandra Kinova
PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak
kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.
Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan
untuk melahirkan anak kembar lima itu.
Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa
menjalani rawatan kesuburan.
Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.
Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.
Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.
Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.
Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.
Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.
Dia juga merancang untuk menyusukan semua anak-anaknya itu.
- Agensi
- Agensi