Sunday, 18 August 2013

TERKINI! SHAMSUL ISKANDAR, KETUA AMK TERMAKAN UMPAN ISU ANAK NAZRI AZIZ !!



Kepimpinan pembangkang akhirnya tidak dapat menahan keghairahan mereka untuk turut serta mencuit isu anak Nazri Aziz. 

Tanpa mereka sedari, salah satu daripada sebab bloggers pro-UMNO menimbulkan isu ini adalah untuk mengumpan pihak pembangkang supaya bersuara dan seterusnya mengesahkan sikap hipokrit mereka tentang nepotisme.

And true enough, tidak ada pemimpin pembangkang yang berani bersuara tentang isu ini kecuali baru-baru ini.

Yang termakan umpan ialah Shamsul Iskandar, Ketua AMK dan kenyataan beliau telah disiarkan di dalam Keadilan Daily. Lihat printscreen di bawah :



Seronoknya Shamsul Iskandar mengkritik dan membidas tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang bukan sahaja hipokrit tetapi 'buta mata dan hati' bak kata kuman di seberang laut nampak, gajah di depan tak nampak.

Dasar nepotisme dan kronisme sangat jelas dipraktikkan di dalam harikiki decision makerkepimpinan pakatan pembangkang. 


Malah, kenyataan Ketua AMK yang mendakwa Nazri Aziz melantik anaknya sebagai 'pegawai khas dalam kementerian' merupakan satu tuduhan yang sangat memalukan. Realitinya, anak Nazri Aziz hanya pembantu khas Menteri itu di kawasan parlimen beliau sahaja iaitu di Padang Rengas.

Dan sekurang-kurangnya konflik yang timbul dek nama dan jawatan anak Nazri Aziz dalam direktori Kementerian sudah diselesaikan. BACA SINI

Tapi beranikah Shamsul Iskandar bersuara membersihkan nepotisme dalam pakatan pembangkang atau beliau hanya sekadar Ketua AMK yang takut menegur dan jadi tukang angguk membiarkan nepotisme dan kronisme bermaharajalela dalam parti beliau sendiri?

Jika tidak berani, lebih baik Shamsul Iskandar tutup mulut sahaja. Bukan apa, MiM yakin rakyat akan gelakkan beliau bercakap tak serupa bikin. 

Dan Shamsul tak mahu komen tentang pendedahan yang memalukan pakatan pembangkang ini? BACA SINI

Mengapa Suasana Sunway Mentari Seperti Pekan Pattaya?


Foto  
WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.
Foto 
SIKAP warga Afrika yang suka berkumpul dan membuat bising menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.

Bagai suasana pekan Pattaya Thailand.

Petaling Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.

Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan. Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, kawasan berkenaan sentiasa dipenuhi pendatang dengan rata-ratanya warga Afrika, China dan Indonesia yang berkeliaran di kawasan terbabit. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di PJ yang tidak seluas mana itu, disifatkan sebagai suasana di pekan Pattaya di negara Thai, kerana kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah. Mengapa disalahkan kepada kepada pendatang dari luar negara sahaja?

Kan negara ini negara kita, kita yang menentukan semua paeraturan dan perlaksanaan? Kenapa tidak salahkan diri kita sendiri yang menentukan undang-undangnya? Kita ada polis kita sendiri pelaksana undang-undang? Kenapa baling batu sembunyi tangan?

Jawapan sebenarnya ialah kerana perundangan negara ini tidak Islamik. Undang-undang yang tidak mampu membongkar dan melumatkan seluruh maksiat hingga ke akar umbinya! Sila kaji balik.

"Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla"






Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan

[SH] MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More