WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.
SIKAP warga Afrika yang suka berkumpul dan membuat bising menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.
Bagai suasana pekan Pattaya Thailand.
Petaling Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.
Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan. Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.
Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.
Tinjauan Metro Ahad mendapati, kawasan berkenaan sentiasa dipenuhi pendatang dengan rata-ratanya warga Afrika, China dan Indonesia yang berkeliaran di kawasan terbabit. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di PJ yang tidak seluas mana itu, disifatkan sebagai suasana di pekan Pattaya di negara Thai, kerana kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah. Mengapa disalahkan kepada kepada pendatang dari luar negara sahaja?
Kan negara ini negara kita, kita yang menentukan semua paeraturan dan perlaksanaan? Kenapa tidak salahkan diri kita sendiri yang menentukan undang-undangnya? Kita ada polis kita sendiri pelaksana undang-undang? Kenapa baling batu sembunyi tangan?
Jawapan sebenarnya ialah kerana perundangan negara ini tidak Islamik. Undang-undang yang tidak mampu membongkar dan melumatkan seluruh maksiat hingga ke akar umbinya! Sila kaji balik.
0 comments:
Post a Comment