Showing posts with label Gambar Pelik Dan Aneh. Show all posts
Showing posts with label Gambar Pelik Dan Aneh. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Makhluk Aneh Ditemui Di Atlantik?



Makhluk Aneh Ditemui Di Atlantik? Makhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South CarolinaMakhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South Carolina. Sebagian besar orang yang melihat makhluk yang berbentuk pelik ini merasakan ia adalah spesies baru.
Biarpun ramai yang gerun dan takut melihat makhluk aneh yang ditemui, tapi dikalangan ilmiah menyarankan supaya tidak takut pada haiwan pelik ini kerana ia tidak merbahaya
Seorang doktor haiwan dari akuarium South Carolina mengidentifikasikan makhluk ini sebagai sturgeon, iaitu ikan yang termasuk dalam kalangan ikan bertulang tertua yang masih hidup.
Hidupan haiwan ini biasanya ada di sungai, tasik, dan pantai subtropis, dengan iklim sederhana. Kebanyakannya ditemui di Eurasia dan Amerika Utara. Ukuran sturgeon biasanya sangat besar sekitar antara dua hingga tiga setengah meter panjang.
Sturgeon yang terdampar di South Carolina inidikatakan berasal dari Samudra Atlantik yang boleh berukuran hingga 4,5 meter dengan berat 400 kilogram. – Sumber
Fuh!! Macam-maca. Aneh! Wallahualam.

Monday, 29 July 2013

Lelaki Berkulit Seperti Getah


 Namanya Gary Turner dan kini berusia 41 tahun. Dia menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dimana kulitnya tidak menegang seperti manusia normal. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menghidap sindrom ini akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Oh! Dan untuk info, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.

Saturday, 20 July 2013

Jambatan Naga Boleh Menyemburkan Api Dan Air


The Dragon Bridge dirasmikan pada tarikh 29 Mac untuk memperingati ulang tahun ke-38 dari penangkapan Da Nang oleh pasukan Vietnam Utara semasa hari-hari terakhir Perang Vietnam.

Pada waktu malam lebih daripada lampu 2,500 LED di nyalakan pada bahagian tubuh naga dan diwaktu waktu tertentu kepala naganya boleh menyemburkan api dan boleh juga menyemburkan air.



Monday, 15 July 2013

Biar Betul! Anjing Ini Memiliki Raut Wajah Seakan Manusia (5 GAMBAR) |

Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah gambar edit,kebetulan atau memang ada spesies anjing macam ni.Jika anda perhatikan dari depan mesti anda akan perasan bahawa wajahnya adalah sangat mirip dengan manusia.Dunia ini memang menyimpan sejuta satu kisah misteri.

Lagi 4 gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.






Saturday, 13 July 2013

Cendawan Berbentuk Tangan Zombie


Cendawan Berbentuk Tangan Zombie-Kekayaan flora dan fauna dunia sangatlah luas dan bermacam rupa bentuk  dari yang biasa sampailah yang pelik bahkan yang belum pernah kita lihat sebelumnya, seperti gamba rini,telah ditemui spesies cendawan baru yang mempunyai nama latin Clathrus Columnatus atau juga disebut Octopus Stinkhorn dan boleh juga disebut sebagai “Deadman’s Finger” berbentuk Tangan Mayat atau Tangan Zombie,
bentuk strukturnya yang menyerupai tangan, tumbuhan aneh ini  tergolong sebahagian dari cendawan, bentuk dari cendawan ini sangat mirip tangan mayat, yang seakan akan keluar dari tanah kubur, inilah alasannya kenapa cendawan ini dinamakan sebagai cendawan Tangan Zombie, ada alasan lain mengapa dinamakan seperti itu, kerana asalnya dari tanaman(cendawan) ini adalah benih yang tersimpan selama bertahun tahun di dalam baja kompos.
cendawan aneh ini  menjadi perhatian orang-orang sekitar kerana bau nya yang sangat busuk seperti bau ikan mati atau tikus mati.
DTRJamur4 Cendawan Berbentuk Tangan Zombie

Friday, 12 July 2013

Pelik! Benarkah Ini Batu Burung Ababil? (3 Foto)


Masih ingat lagikah kita tentang kisah  tentera bergajah yang menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill.  Namun pada kali ini kisahbest.my tidak bercerita mengenai sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababiluntuk menghancurkan tentera bergajah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.
Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram,sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Thursday, 11 July 2013

Bunga Bangkai Sumatra Mekar di Belgium


BRUSSELS - Para pelancong di Belgium berbaris panjang untuk merebut peluang melihat sebatang pokok bunga bangkai atau nama santifiknya, Titan Arum di Taman Botani Negara dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunga bangkai itu dilaporkan mula mekar pada 7 Julai lalu. Tumbuhan itu hanya mekar selama beberapa hari sebelum kuncup semula.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi botani tersebut sehingga lewat petang kelmarin untuk melihat sendiri rupa sebenar bunga bangkai.

Bunga dari Sumatera, Indonesia itu telah mekar sebanyak tiga kali sejak tahun 2008.
Ia yang mempunyai ukur lilit 2.44 meter hanya mekar selama tiga hari di sebuah rumah hijau di taman botani tersebut.

Titan Arum yang berbau busuk merupakan antara bunga paling besar dan jarang ditemui di dunia.
Bunga itu mekar buat kali ketiga dalam tempoh lima tahun, sekali gus suatu fenomena yang jarang berlaku.

Pada kebiasaannya, Titan Arum mengambil masa bertahun-tahun untuk mekar.

Di habitat asalnya di Indonesia, kebiasaannya bunga tersebut dikenali sebagai bunga mayat atau bunga zakar cacat besar oleh masyarakat tempatan kerana bentuknya.
- Agensi
http://www.kosmo.com.my

Monday, 8 July 2013

(7 Gambar) Dunia Mcdonald Yang Pelik


Pelik dan kreatif.....dunia mcdonald...






Sunday, 7 July 2013

Penyakit Ganjil Yang Paling Mengerikan


Dede Berumur 35 tahun,seorang nelayan Indonesia mengidap penyakit ganjil seperti pokok yang meliputi sebahagian besar badannya. Semuanya bermula selepas dia sengaja mehiris lutut beliau. Ketuat kecil mula muncul di tangan dan kaki dan, ianya mejadi semakin besar dan banyak dan dia tidak berupaya menggunakan tangannya lagi dan tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti di rumah.

Para doktor tempatan tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu beliau dan beliau pasti dia akan mati akibat keadaan ganjil tersebut, ketuat mula tersebar di seluruh tubuhnya. Syukurlah, dermatologi AS terkenal, dari University of Maryland, belajar keadaannya dan berfikir dia boleh membantu. Dia datang ke Indonesia, diperiksa Dede, mengambil sampel darah dan mendapati bahawa keadaan ini dahsyat,benar-benar seorang lelaki berubah menjadi pokok adalah disebabkan oleh Virus Papilloma Penyakit Yang Serupa seperti ketuat kecil yang terdapatkan di tangan mereka. Malangnya bagi Dede dia mempunyai kesalahan genetik yang membuat sistem imunnya lemah terhadap virus, ia tidak dapat menahan, jadi virus ini bebas untuk berkembang di dalam tubuhnya.Kesimpulannya bahawa satu bentuk vitamin A boleh mengurangkan kuantiti ketuat dan diharapkan membantu dia mengawal tangannya.

Selepas beberapa siri halangan kewangan dan politik, Dede telah mula menerima rawatan dan kini sedang di rawat.





Saturday, 29 June 2013

Amazing skin


Body-painting-gallery-art3798Body dan kulit merupakan tempat yang paling menarik untuk diwarna
,diconteng dan dibentuk.Semua ini  menjadi daya penarik kepada lelaki atau perempuan.Lihat dan perhatikan dengan teliti.


Sumber

Monday, 24 June 2013

Video Patung Mesir Purba Bergerak Sendiri

Pelik! Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di muzium Manchester menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak sendiri dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.

Video Patung Mesir Purba Bergerak Sendiri

Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung yang setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris.

Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan.

Menurut Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain.

“Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa,” katanya. Tambah Price ;agi, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya.

Video Patung Mesir Purba Bergerak Sendiri

Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu.

Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik di luar bangunan.

Bagaimanapun, ia masih gagal menjelaskan mengapa patung itu tidak pernah bergerak sendiri sebelum ini. Tambah Price, selama beberapa dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur zaman silam. - Agensi

Video Patung Mesir (Osiris) Bergerak sendiri.


Upacara Pelik Sambil Memakai Daun Pisang



BIBICLAT - Beratus-ratus penduduk kampung ini di Filipina menutup badan mereka dengan lumpur dan daun pisang kering dalam satu perayaan yang disambut oleh penganut mazhab Katholik.

Upacara keagamaan unik itu diadakan pada setiap tahun oleh penduduk kampung di sini, sekitar 138 kilometer ke utara Manila sejak 1945 lagi.

Sebelum memakai kostum daun pisang, para peserta melumur seluruh badan dan muka mereka dengan lumpur supaya tidak dikenali oleh orang lain.

Penduduk kampung tersebut berbuat demikian untuk meniru seorang pendita Kristian, St. John yang dipercayai berpakaian seperti pengemis.

Menjelang fajar, mereka akan berkeliaran di kampung tersebut untuk meminta sedekah.

Penduduk setempat akan memberikan wang atau lilin kerana mempercayai dengan berbuat demikian, kehidupan mereka akan dirahmati Tuhan.

Selepas upacara tersebut selesai penduduk kampung itu akan berkumpul di gereja.

http://www.kosmo.com.my






Pelik Tapi Benar

Kejadian kembar melekat berkepala dua bukan sahaja berlaku pada manusia tapi juga pada haiwan.Saksikan gambar gambar haiwan yang berkepala dua atau melekat…sesungguh nya semua kejadian Allah SWT ada rahsianya kepada siapa yang ingin mengetahui nya…SUBHANALLAH ALLAHU AKBAR!

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More