Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts
Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Tiket Tanda Putera SOLD OUT hari ini di Mid Valley!



Ramai yang menghukum Tanda Putera sebagai agenda propaganda UMNO untuk membakar api perkauman sebelum menontonnya. Ini satu sikap melulu dan tidak adil. Yang menyedihkan, bukan sedikit Melayu yang turut serta dalam kempen memboikot filem ini yang didalangi DAP. Tanpa sedar mereka meletakkan diri mereka setaraf dengan LEMBU belaan kafir harbi yang takut dosa-dosa mereka ke atas orang Melayu dan Negara ini daripada diketahui umum.

Ramai yang tidak tahu Tanda Putera mengisahkan tentang kekentalan semangat dua pemimpin ulung UMNO yang bertarung dengan penyakit maut demi untuk memastikan Negara aman dan makmur. Ramai yang tidak sedar betapa susahnya hidup rakyat ketika darurat 13 Mei dahulu. Dan ramai juga yang tidak tahu situasi yang membawa kepada peristiwa 13 Mei itu sama seperti apa yang berlaku sekarang.

Sebab itulah DAP seperti cacing kepanasan apabila Tanda Putera ditayangkan kepada umum. Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu rakyat melihat gelagat Lim Kit Siang dan chauvinis-chauvinis Cina kencing di tiang bendera Malaysia di hadapan rumah MB Selangor ketika itu, Arwah Datuk Haron Idris, sebagai penghinaan yang Selangor sudah jatuh ke tangan cina DAP. 

Ramai juga yang tidak tahu pun, satu pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh chauvinis DAP dalam satu pawagam di Kuala Lumpur ketika peristiwa 13 Mei dahulu. Sehingga kini, DAP tidak pernah menyesal atau menyatakan permohonan maaf di atas apa yang berlaku kepada orang Melayu.

Atas dasar tanggungjawab inilah, Restoran Sekinchan Ikan Bakar, telah menaja satu tayangan khas filem Tanda Putera kepada 150 penduduk kampung dari Sg. Besar, Selangor. Tayangan khas yang akan diadakan hari ini pada jam 6 petang di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur adalah sebagai satu usaha untuk menanam sifat patriotik dan bersyukur, terutamanya kepada generasi muda hari ini. Pada kami, ini adalah satu usaha murini yang patut mendapat pujian kerana ia bukan sahaja dapat membentuk minda anak-anak muda hari ini, malah membantu industri perfileman negara.

Usaha yang dilakukan oleh pihak Sekinchan Ikan Bakar ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua dan jauh lebih mulia dan berbaloi daripada memberi geran membuat filem kepada cina bangsat yang menghina Negara!

Monday, 2 September 2013

Tanda Putera Propaganda Kerajaan Umno BN, Biar Rakyat Menilai




Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari membidas filem kontroversi Tanda Putera sebagai sebuah filem propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN), menyifatkannya sebagai sejarah versi berat sebelah yang dibuat oleh pemerintah.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu berkata peranan kerajaan dalam mewujudkan propaganda sememangnya sudah diketahui, serta menyeru agar pemimpin dalam DAP agar tidak cepat melatah mengkritik filem tersebut.

"Tanda Putera sememangnya ditaja oleh kerajaan, jadi ini dilihat sebagai satu propaganda kerajaan yang sudah memang selama ini berterusan melalui BTN (Biro Tata Negara )dan media.

"Ini adalah satu lagi cara mereka wujudkan propaganda, versi sejarah mereka sendiri," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Zairil berkata filem tersebut adalah sebuah produk budaya dan sekiranya wujud kesilapan ataupun ketidakpuashatian ianya mestilah didebat secara sihat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Saya rasa apa-apa pun, filem ini adalah satu produk budaya... jadi janganlah haramkannya, jangan kita larang, kita boleh balasnya dengan naratif kita sendiri.

Maksudnya, kalau kita nak lawan kita kenalah guna hujah.

"Ini mungkin versi mereka, kita boleh terangkan ini pula versi kita. Kemudiaan, masyarakat boleh berdebat, berhujah dan membuat keputusan sendiri," ujarnya lagi.

Zairil juga menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Pulau Pinang yang menasihati pawagam-pawagam di negeri yang ditadbir DAP baru-baru sehingga menimbulkan kritikan terutamanya di kalangan pemimpin BN.

"Bagi saya, saya secara peribadi tidak menyokong apa-apa usaha untuk menyekat ataupun mengharamkan apa-apa output budaya.

"Biarlah, biar rakyat sendiri yang menghakimi dan menilai produk itu... jangan kita sebagai kerajaan mengongkong output ekspresi budaya," tegasnya lagi.

Minggu lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang menyeru pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan Tanda Putera atas penyebaran maklumat yang tidak tepat berhubung tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Namun, pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang tersebut.

DAP telah mengkritik filem berkenaan yang kemudiannya disambut oleh MCA menyuaraksn kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem berkenaan yang boleh mencetus ketegangan kaum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun meskipun filem itu telah dittangguhkan oleh kerajaan BN bagi mengelak musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggelar tindakan Lim sebagai satu perbuatan bodoh kerana Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri sahaja yang berhak membatalkan tayangan sesebuah filem dan bukannya kerajaan negeri.

Ahmad Shabery berkata beliau mahu penjelasan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas usaha mereka untuk menahan penyangan filem Tanda Putera di negeri itu.

Beliau menambah usaha kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu hanyalah satu gerakan yang mahu menghancurkan seni filem tempatan.

Katanya, agensi di bawah kementeriannya akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi menghalang tayangan sesebuah filem di tempat mereka.

Friday, 30 August 2013

TANDAS PUTERA KAH! KAH! KAH!








Wak tak heran kalau benar bagai di katekan yang nonton filem Tanda Putera di hari Tayangan Pembukaan tu hanye 12 orang. Sebenarnye filem ni hanye untuk tayangan kepade orang2 UMNO sahaje, sebab nye ianye dibikin oleh orang UMNO.

Wak yakin bahawe orang dari Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan menjejak kan kaki nye kepanggung untuk nonton filem yang di bikin oleh UMNO ni. Kalau ade pun mungkin ade seorang due yang nonton untuk mencari bahan kritikan di dalam blog atau akhbar2 pro Pakatan Rakyat.

Sebenar nye kalu mengikut penyokong parti, PR menguasai 51% jumlah rakyat yang menyokong nye, sedangkan UBN pule menguasai 49%. Dalam seramai 49% penyokong UBN ni agak2 nye berape ramaikah yang datang nonton filem tu? Kalau bagi penyokong PR yang berjumlah 51% tu sudah pasti tidak sudi nontok filem buatan UMNO ni.

Sebenar nye rakyat hari ni tidak same macam orang2 di tahun2 lime puluhan atau enam puluhan dulu. Orang di zaman tu memang boleh di terpengaruhi oleh cerite dari filem2. Kalau filem tu cerite sedih2 make berlinangan lah air mate dan berlelehan lah hingus menangis ter esak2. Dan kalau ade adingan hero pukul lawan nye, make riuh rendah penonton nye bertepuk tangan dan bersorak2, itu hanye berlaku pade penonton2 filem di zaman bahari kale.

Tapi Wak tak heran kalu dengar kunun nye ramai juge orang UMNO termasuk pemimpin nye yang nangis nonton filem Tanda Putera tu, sebab nye yang bikin filem tu orang UMNO make adelah lebih baik orang UMNO juge yang nangis kalu tidak siape lagi yang nak nangis.



Tanda Putera: Tidak Perlu Ditakuti, Tayanglah

Saya baru balik dari menonton filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures & Finas di sebuah pawagam di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya bukan pun berhajat untuk menonton filem itu kerana saya memang tidak 'berahi' kepada filem.

Shuhaimi, lupa kejayaan besar Razak.
Sejujurnya saya seorang yang jenis tidak suka mengongsikan sesuatu dengan orang lain dan suka menikmati bersendirian. Bukan saja filem, bola sepak juga bukan saya gemar sangat. Sepanjang hidup hanya sekali saya menonton bola sepak di stadium itu pun semasa menjadi wartawan. Dan menonton filem di teater tidak lebih tiga kali. Jahil wayang...

Saya tidak boleh berada dalam keadaan hiruk pikut. Tetapi anihnya boleh pula hadir pada acara tunjuk-tunjuk perasaan atau majlis-majlis politik. Itu pun kalau majlis itu relevan dengan pemikiran saya. Tidak semua majlis politik atau demonstrasi yang saya ikut sama hadir.

Selepas makan tengah hari berlaukkan ikan kari di Sentul tengah hari tadi dengan seorang kawan, kami tidak ada arah hendak ke mana. Kebetulan kawan bercakap soal filem itu dan mengajak untuk menontonnya. Kebetulan saya baru melepaskan komentar mengenai filem itu di dalam blog berhubung kritikan Ahmad Shaberi Chik terhadap Lim Guan Eng berkenaan filem itu. Saya membuat komen tanpa menontonnya. Jadi kebetulan itulah yang membawa saya menonton filem berkenaan.

Peluang itu saya tidak tolak dan terus ke pewagam. Rupa-rupa filem yang kontroversi ini baru masuk panggung mulai hari ini menerusi slot wajib tayang. Saya tidak tahu pun. Kerana lewat setengah jam kami memilih untuk tenguk show pukul 4:00 petang. Saya tidak pasti untuk show sebelum itu berapa ramai yang menontonya?

Panggung agak besar juga. Dalam perkiraan saya dapat memuat sekitar 120 hingga 180 atau lebih. Mulanya saya tidak fikir ada panggung seindah itu di pusat membeli belah tersebut. Saya mengira orang sudah memenuhi setiap bangku yang ada sewaktu saya melangkah ke pintu untuk masuk. Apabila menjenguk ia mengejutkan saya. Penonton yang ada hanya 27 orang sahaja, 13 lelaki 14 perempuan. Saya bilang sampai dua kali untuk mengelakkan tersalah hitung. Tepat.

Film itu berduration (tempoh) kira-kira selama dua jam. Bagus juga panggung tidak penuh kerana saya dapat menonton dan menghayati filem itu dengan tenang. Keadaan begitu menjadi kesukaan saya. Apa yang hendak saya perhatikan dimanakah 'butir buahnya' menjadikan filem itu kontroversi dan tidak disenangi oleh pemimpin DAP. Saya cuba menilainya apakah ia wajar atau tidak, apa dipertikaikan itu.

Babak yang kurang disenangi DAP ialah mengenai aksi kencing di tiang bendera di hadapan rumah Allahyarham Harun Idris di Kampung Baru oleh orang Cina semasa rusuhan 13 Mei. Kalau tidak salah pandangan saya ada dua orang lelaki yang memacut (pacar) kencing di tiang bendera itu. Airnya laju macam air dalam kendi sahaja. Yang kencing itu sudah tentu tidak berpenyakit dedas atau batu karang kerana laju sahaja airnya.

Tidak ada Cina perempuan yang ikut kencing. Kalau ada pun mungkin tidak difilemkan kerana boleh menjatuh martabat wanita. Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menjaga maruah wanita. Mungkin dalam peristiwa sebenarnya ada juga wanita yang ikut sama kencing? Bagaimana keadaanya tidak terfikir oleh saya. Kalau ada wanita kencing dan ia tidak dimasukkan dalam episod ini sesuatu kelemahan Suhaimi saya kira. Dia telah memadamkan sejarah?

Satu lagi babak yang mungkin tidak disenangi DAP ialah kejadian orang Cina melondeh seluar dan menungging punggung kepada orang Melayu (mahasiswa) perempuan kalau tidak salah saya. Perbuatan ini menggambarkan buruknya laku orang Cina. Selain itu juga mungkin mengenai dialog orang Cina yang berarak menunjukkan perasaan yang melaung;Melayu balik kampunglah. Semua aksi ini tidak mendomankan secara langsung kepada DAP, jadi kenapa DAP terasa?

Lain-lain aksi saya tidak nampak ia boleh menimbulkan rasa malu dan marah orang Cina khasnya DAP. Aksi-aksi kesadisan komunis misalnya yang menembak bekas Ketua Polis Negara (Abdul Rahman Salleh) dan Ketua Polis Kuala Lumpur (Khoo) rasanya tidak menimbulkan rasa marah atau perlu dimarahi. Kesadisan itu adalah apa yang sebenar berlaku semasa itu dan satu sejarah.

Begitu juga dengan pemaparan poster DAP dan PPP sebagai backdrop di dalam filem itu yang memberi gambaran parti itu berseronok dengan kemenangan pada pilihan raya umum 1969 menyebabkan meletusnya tragedi itu, bukan hal yang patut dipedulikan oleh DAP. Mungkin gambar Roket itulah yang dirasakan DAP filem itu membuat provokasi agar orang membenci DAP. Tetapi harus diingat juga dalam pemaparan itu ditunjuk juga simbol Bulan dan Bintang yang menjadi simbol Pas ketika itu.

Dalam hemat saya DAP atau mana-mana pihak di sebelah oposisi tidak perlu melayan filem berkenaan. Tidak perlu sekat atau protes. Biarlah ia ditayang dan ditonton. Kalau pun ia provokasi tetapi dari sudut seni dan filem saya rasa ianya tidak meninggal impak psikologi besar kepada penontonnya. Penonton akan marah hanya semasa berada di dalam panggung sewaktu melihat aksi tunjuk perasaan dan pertempuran di antara orang Cina dan Melayu, tetapi selepas itu mereka akan lupa. Sebaik kaki melangkah ke luar panggung mereka akan alpa segalanya kerana tidak ada apa yang impak psikologis untuk dibawa balik.

Kelemahan filem arahan Suhaimi Baba ini ialah untuk terus membawa perasaan orang marah dan murih kepada Cina selepas melihat tragedi itu 13 Mei itu. Ini kerana kemarahan itu akan disapu oleh episod atau detik-detik kematian Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Razak Hussein yang agak panjang dan mendominasi babak filem ini. Berlebih-lebih menggambarkan penderitaan mereka berdua menyebabkan penonton terlupa kemarahan mereka kepada peristiwa 13 Mei dan komunis.

Bukan itu saja penonton yang celik dan tahu sejarah akan melihat mesej yang hendak disampaikan Shuhaimi bagi menimbulkan kebencian kepada Cina (DAP?) tertinggal begitu saja. Shuhaimi gagal meninggalkan bekas dendam dan benci kepada penonton. Ini kerana mereka yang menontoh adalah generasi muda yang sudah pun menilai kisah-kisah di sebalik tragedi 13 Mei itu yang sebelum ini dipolemikkan dan timbul pro dan kontra.

Lagipun kepada saya kisah 13 Mei untuk meninggalan kesan negatif kepada DAP itu hanya sampingan sahaja. Ia menjadi pembuka kepada kisah persahabatan Tun Razak dan Dr Ismail yang bersahabat baik dan kedua-duanya sakit. Tampak matlamat Shuhaimi ialah ingin mengongsikan ketabahan Tun Razak dan Dr Ismail serta setiakawan mereka dalam membina negara bagi dijadikan teladan.

Insiden kematian kedua mereka, khasnya Tun Razak diangkat sebegitu rupa. Tun Razak digambarkan bergelepar di atas katil kerana menahan kesakitan (lukimia) manakala Dr Ismail jatuh kerana heart attack. Bagi saya Suhaimi tidak perlu melukisan kesakitan Tun Razak begitu rupa walaupun ia bertujuan untuk menarik simpati. Simpati cukup dengan menampilkan sikap keperihatinan Tun Razak dan kerahamannya dengan rakyat seperti lawatan mengejut ke sekolah ataupun ketika berjumpa dengan rakyat (pelajar) Malaysia semasa di London seperti mana yang ditonjolkan itu.

Jika filem ini bertujuan menarik perhatian orang Melayu agar mengukuhkan kedudukan kuasa mereka, Shuhaimi telah meninggal peristiwa penting bagi saya yang tak sepatut dilupai iaitu usaha Tun Razak mengajak Pas untuk bergabung dalam Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei. Kejayaan Tun Razak mempelawa Pas (memujuk Asri Muda) ini penting. Bukankah semasa Pas dalam BN telah mewujudkan keadaan harmoni kepada politik orang Melayu. Periode itulah politik orang Melayu berada dipuncak damai.

Sepatutnya Shuhaimi menampilkan episod ini memberi mesej bahawa jika ada usaha dan teknik yang baik orang Melayu Pas dan Umno boleh bersatu dan jadikan peristiwa itu sebagai bukti dan iktibarnya. Sayang peristiwa yang cukup memberi signifiken dan juga kejayaan besar Tun Razak dalam membawa orang Melayu di satu saf ini kemudian dikhianati oleh Mahathir Mohamed menerusi Hussein Onn tidak dinukilkan.

Kesimpulan bagi saya filem ini merupakan sebuah dokumentari mengenai kegigihan Tun Razak dan penderitaanya menahan kesakitan. Filem ini jauh sekali mempunyai unsur dramatik kerana peristiwa sehingga meletus 13 Mei itu adalah kisah yang sedia ada dan bukan percaturan idea drmatik bagi seorang pengarah filem. Filem adalah kombinasi dua elemen penting fakta dan daya kreatifviti penggarap plot, mencipta konflit, dramatik selain teknik-teknik atau impak audio-visual lain.

Selepas menonton filem ini saya tidak merasa apa-apa kecuali memperlihatkan ketidak-seriusan pengusaha industeri filem kita dalam membikin filem. [wm.kl.9:17 pm 29/08/13]

Filem Tanda Putera Tidak Berkualiti, Perabih Duit Rakyat Je.. Gambar Sebagai Bukti



Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesional dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4.8 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.

Wednesday, 28 August 2013

#Filem Tanda Putera Tidak Dibenarkan Penayangannya Di Pulau Pinang



GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata filem tersebut dijadual ditayangkan pada Khamis (29 Ogos) mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum.

Beliau berkata kerajaan negeri kecewa apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.

Lim berkata dalam filem berkenaan, beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.

"Pengarah filem sendiri berkata beberapa insiden tersebut tidak berlaku namun beliau dengan sengaja menambahkan babak berkenaan bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.

"Beliau dengan sengaja menggunakan perkataan 'lesen kreatif' namun ia tidak memberikan ada lesen untuk menimpu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Rabu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua panggung wayang namun mereka tidak mempunyai kuasa ke atas kandungan filem bekernaan.

Bagaimanapun, dalam soal menjaga sensitiviti dalam filem berkenaan beliau berkata, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai akan mengeluarkan surat meminta semua panggung wayang tidak menayangkan filem berkenaan.[mStar]

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More