Showing posts with label Cerita Bayi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Bayi. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Bayi Gergasi Terbesar Di Jerman Seberat 6,1 KG



Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.



Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain. Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.


“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. -Mymetro

Tuesday, 18 June 2013

Luar Biasa, Pasangan Ini Melahirkan Bayi Kembar Empat Dalam Dua Minit



Ketika pertama kali berkencan, Kenny Carr dan Lindsay Lowrie mengatakan mereka ingin memiliki empat anak. Mereka tak tahu bahwa keinginan itu langsung menjadi nyata ketika Lindsay dinyatakan hamil untuk pertama kalinya.
Kenny Carr (21) dan Lindsay Lowrie (20) telah Bertunangan satu tahun yang lalu
Kenny Carr (21) dan Lindsay Lowrie (20) telah Bertunangan satu tahun yang lalu
Melalui pemeriksaan ultrasound, dokter memberikan kabar bahwa Lindsay tersebut tengah mengandung empat anak, atau dua pasang anak kembar. Hal ini tentunya mengagetkan pasangan muda tersebut.
Kenny Carr dan Lindsay Lowrie bersama salah satu anak kembarnya
Kenny Carr dan Lindsay Lowrie bersama salah satu anak kembarnya
"Aku sangat terkejut. Aku tak tahu bagaimana aku akan melakukannya, jika aku benar-benar bisa mengandung empat anak. Aku tak tahu bagaimana mengandung dan melahirkan mereka," ungkap Lindsay, seperti dilansir oleh Dailymail  (08/06).

Namun kenyataannya, pada bulan April lalu, Lindsay berhasil melakukannya. Wanita berusia 20 tahun ini melahirkan dua anaknya terlebih dahulu, kemudian menyusul sepasang kembar lainnya. Ajaibnya, semua itu hanya dilakukannya dalam waktu dua menit saja. Kemungkinan hal ini terjadi adalah satu di antara 70 juta. Luar biasa.
Empat anak kembar dari Kenny Carr dan Lindsay Lowrie
Empat anak kembar dari Kenny Carr dan Lindsay Lowrie
Yang lebih mengejutkan, pasangan ini tidak menggunakan obat kesuburan. Kehamilan yang terjadi mengejutkan mereka dan lebih dari apa yang mereka harapkan. Meski hal ini sangat mengejutkan, namun Lindsay mengaku sangat bersyukur. Apa yang telah mereka dapatkan adalah anugerah, dan dia tak menginginkan yang lainnya.
Kenny Carr dan Lindsay Lowrie dan keempat anak kembarnya
Bayi mereka lahir lebih awal dengan masa kandungan hanya 28 minggu. Saat ini bayi-bayi tersebut dalam keadaan baik, namun masih harus menambah berat badan. Jika keadaan semakin membaik, mereka bisa pulang pada akhir Julai mendatang.


Monday, 10 June 2013

Anjing selamatkan bayi dibuang



 Anjing selamatkan bayi dibuang
Bayi malang itu dilahirkan pra matang kerana beratnya hanya empat paun tetapi berada dalam keadaan sihat. - Foto Ihsan: Bangkok Post


BANGKOK - Seekor anjing menyelamatkan seorang bayi daripada mati yang dibuang di tapak pembuangan sampah. Anjing itu dinobatkan sebagai wira kerana menyelamatkan bayi perempuan yang diletakkan dalam beg plastik. 

Anjing itu telah membawa bungkusan beg plastik pulang ke rumahnya dan diserahkan kepada pemiliknya, Gumnerd Thongmak dan menyalak kuat untuk menarik perhatian.
 Anak saudara Gumnerd, Sudarat, 12, kemudian membuka beg plastik itu dan mendapati di dalamnya ialah seorang bayi perempuan.

Anjing selamatkan bayi dibuang  
Anjing itu telah membawa bungkusan beg plastik pulang ke rumahnya dan diserahkan kepada pemiliknya, Gumnerd Thongmak dan menyalak kuat untuk menarik perhatian. - Foto Ihsan: Ba

 
Pemilik anjing tersebut kemudiannya terus menghantar bayi tersebut ke hospital. Menurut Gumnerd, anjingnya tidak pernah membawa sebarang bungkusan pulang ke rumah sebelum ini tetapi hanya akan menyalak dengan garang jika bertemu dengan orang luar. 

Menurut doktor, bayi malang itu dilahirkan pra matang kerana beratnya hanya empat paun tetapi berada dalam keadaan sihat.
 Pihak berkuasa masih lagi berusaha menjejaki ibu bapa bayi berkenaan.

Bunuh Bayi Dengan Gunting Di Belakang Lehernya



Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh

Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.

Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi
Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia.Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu - dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.


Polis menjumpai badan bayi dalam beg plastik 
Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati.Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.“Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh,” katanya kepada NBC.

tempat wanita melahirkan anak mereka
Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya.

wanita ini menjadi salah satu mangsa kekejaman mereka
“Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan,” katanya.Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini.Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell. Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.

anggota pekerja mereka

“Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran,” katanya.Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran.-mymetro

Bunuh Bayi Dan Makan Otak Bayi



Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.


Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.


Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal 
Ini bukan dia…hehe
Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital.-mymetro

Thursday, 6 June 2013

Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan


Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan. Bayangkan kanak-kanak perempuan di usia 
9 Tahun menjadi seorang ibu. Kisah yang menggemparkan ini berlaku di Mexico. Seorang 
kanak-kanak berusia 9 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 
27 Jan 2013 di Hospital Zoquipan di Jalisco, Mexico. Kesian, kecik-kecik dah jadi ibu. 
Mungkin ibu tunggal.
Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan
Young girl 9-Year-Old Gives Birth. Pada masa kehamilan, dia masih berusia 8 Tahun 
dan seorang budak lelaki berusia 17 tahun iaitu bapa kepada bayi perempuan telah 
hilang jejaknya hingga hari ini. Ahli keluarga dan saudara terdekat berusaha mencari bapa 
kepada bayi perempuan tersebut, namun masih gagal. Pihak berkuasa menganggap kejadian 
ini Kes Mengandung yang Pelik dan mungkin dibicarakan untuk Kes Rogol atau Penderaan 
Seksual Kanak-kanak.

Pihak Hospital terpaksa melakukan Teknik C-Section kerana teknik tersebut merupakan 
pilihan terbaik memandangkan usia Si Ibu yang hanya 9 Tahun yang masih belum 
bersedia untuk melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, bayi tersebut dilahirkan sihat. 
Ibu berusia 9 Tahun dan bayi perempuan tersebut dibenarkan pulang, namun pihak 
Hospital akan sentiasa memantau proses pembesaran bayi tersebut memandangkan 
usia ibunya terlalu muda. Kanak-kanak di Malaysia pada umur 9 Tahun masih main 
anak patung tapi di Mexico Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan.


Sumber

Wednesday, 5 June 2013

Bayi lahir dalam ketuban



Foto
BAYI itu dilahirkan bersama dengan pundi ketuban yang masih belum pecah.
Foto
JESSICA Alba bersama anaknya, Haven.
Athens: Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.

Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.


Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.


Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.


Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.



Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.


Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.

Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.


Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.


Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.


“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica.


Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven. - Daily Mail

Thursday, 30 May 2013

Letak Bayi Dalam Peti Sejuk



Dalam satu kes penderaan yang mengejutkan, seorang lelaki dihadapkan 
ke mahkamah semalam atas tuduhan meletakkan anaknya di dalam penyejuk 
beku dengan tujuan untuk menghentikan tangisannya.



Tyler James Deutsch, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera 
kanak-kanak, salah laku jenayah dan menghalang laporan mengenai 
keganasan rumah tangga. Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak 
AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya.

Pendakwa raya Pierce County, Mark Lindquist memberitahu mahkamah, 

Deutsch tertidur selepas meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku itu 
Sabtu lalu. Dia terjaga sejam kemudian dan mengeluarkan bayi itu apabila 
ibu kanak-kanak berkenaan pulang.


Dia merampas telefon si ibu yang berusia 22 tahun itu ketika wanita 
berkenaan cuba menelefon untuk meminta bantuan dari kediaman di Roy, Washington.
Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak itu dan meminta bantuan jiran 
untuk menelefon polis.Suhu badan kanak-kanak itu jatuh 84 darjah Fahrenheit 
di dalam pembeku ais itu. Deutsch akan berdepan dengan hukuman penjara 
seumur hidup jika didapati bersalah.

-mymetro

Tuesday, 28 May 2013

Bayi Baru Lahir Diselamatkan Dari Paip Kumbahan

BEIJING - Seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan 
dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas, 
kata beberapa media tempatan.



“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor 
portal berita hangzhou.com.cn.

Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi bomba 
selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat bangunan 
tersebut.

Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan 
bayi dari paip kumbahan yang dipotong. - AFP



 


Daily Mail

Bayi baharu lahir diselamatkan dari paip kumbahan



BEIJING - Seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya 
diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas 
dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.

“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali 
lapor portal berita hangzhou.com.cn.

Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi 
bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat 
empat bangunan tersebut.

Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk 
menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. - AFP

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More