Thursday, 6 June 2013

10 BANDAR PALING BAHAYA UNTUK DI LAWATI



Jika anda merancang untuk melancong bersendirian untuk menenangkan diri 

atau mengelakkan diri daripada masalah kerja dan sebagainya,pastikan anda 
tidak memilih destinasi-destinasi seperti dibawah ini kerana apabila anda 
sampai disana sahaja, anda bersedialah dengan bahaya yang bakal menimpa 
diri anda. Ini kerana bandar-bandar yang akan disebutkan ini merupakan 
sebuah tempat penuh bahaya kerana kadar jenayahnya adalah sangat tinggi 
dan cukup mengejutkan. Nak tahu bandar mana..

bandar_paling_bahaya (2)















10. Bangkok, ThailandThailaand merupakan pengeluar candu serta heroin utama di dunia dan sebahagian besar perdagangan haram ini berlakuu di ibukota Bangkok. Statistik pada tahun 2009 sahaja menunjukkan sebanyak 20,000 serangan, 13,500 kes kecurian dan 5,000 kes pembunuhan telah berlaku disini. Dan mungkin disebabkan itu ia berada pada tangga teratas jenayah paling tinggi di Asia Tenggara sehingga membuatkan ia termasuk dalam senarai top10 ini.
bandar_paling_bahaya (8) 














9. Guatemala City, GuatemalaKerajaan disana tersangatlah keji kerana mereka 
juga mendapat bayaran atau sogokan daripada pengusaha/penjual dadah disana. 
Bandar Guatemala merupakan zon panas yang paling top di Amerika Selatan ini 
kerana ia merupakan sebuah tempat penuh dengan penyeludup dadah dan geng 
perusuh luar. Dengan kadar jenayah yang tinggi di ibukota ini membuatkan ramai pengujung/pelancong menjadi mangsa kepada rompakan, rogol serta pembunuhan. 
Jika anda berjalan-jalan disana pada waktu malam, janganlah cuba-cuba untuk 
membawa dompet ataupun barang kemas ..confirm anda akan balik dengan tangan 
kosong~
bandar_paling_bahaya (1) 













8. Baghdad, IraqTidak kisahlah anda siapa, sudah pasti anda tidak akan berasa selamat 
di Iraq. Ia adalah negara yang hancur sama sekali disebabkan kadar keganasan serta 
jenayah yang agak tinggi disana. Sejak perang pada 2003 meletus, AS telah menyebabkan perang saudara yang amat dasyat dikalangan mereka. Lebih daripada 650,000 telah terkorban dalam sengketa ini. Al-Qaeda serta puak Kurdish merupakan dalang pada 
segala kemusnahan serta keganasan yang berlaku disini. Bagi penduduk disini, bahan 
letupan serta periuk api daripada pengebom berani mati ini mungkin berada dimana
-mana sahaja kerana beritanya pasti kendengaran hampir setiap hari disini. Penculikan serta pembunuhan rambang seringkali berlaku disni. Sejak AS menakluk negara ini, 
berjuta-juta penduduk Iraq menjadi pelarian dan berjuta-juta lagi telah kehilangan 
tempat tinggal. Kesemua ini membuatkan Baghdad sebagai sebuah tempat untuk 
menempah maut.
bandar_paling_bahaya (7)
















7. Grozny, Chechnya, RussiaDisini dikatakan tempat dimana Mafia lebih 
banyak daripada Polis. Ini kerana bandar ini bukanlah sepenuhnya dikawal 
oleh kerajaan, kebanyakannya dikawal oleh gangster-gangster serta mafia-
mafia. Dianggarkan hampir 85 pembunuhan akan berlaku disini setiap hari. 
Pelacuran serta perdagangan dadah merupakan suatu perkara yang biasa di
sini dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka. Sekiranya anda datang 
ke sini, ancaman-ancaman seperti rogol serta penculikan sudah tentu bakal 
mengundang anda. So, fikirlah 2 atau 3 kali sebelum datang ke sini.bandar_paling_bahaya (10)















6. Rio de Janeiro, BrazilJika anda merancang untuk ke Brazil, berfikirlah sebetul
-betulnya kerana pelbagai bahaya bakal mengundang anda terutamanya di Rio. 
Sekiranya anda tiba sahaja disini, sudah pasti anda akan mendapat pelbagai 
risalah tentang amaran waspada ketika berjalan-jalan disini. Dengan kadar 
jenayah yang tinggi sejak 2 tahun yang lepas membuatkan tempat ini sebagai 
tempat paling bahaya sekali di dunia. Disini juga dimana kartel dadah yang 
dipanggil Piranhas tinggal dan mereka adalah antara yang bertanggungjawab 
dalam kes pembunuhan serta penculikan yang agak kerap disini. Mengikut 
statistik 2009, hampir 8000 kematian telah dicatatkan akibat daripada 
pembunuhan. Ini bermakna anggaran 20 pembunuhan berlaku setiap hari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes ini kerap berlaku di daerah-daerah 
paling miskin di Rio.
bandar_paling_bahaya (3)















5. Bogota, ColombiaBogota merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata 
serta dadah yang datang dari Colombia ke Panama. Disini juga, pembunuhan 
juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Kalau anda berhajat untuk 
datang ke sini, jangalah lupa membawa pistol atau pisau rambo anda sekali 
bersama kerana mungkin anda dapat mengelakkan diri daripada penyamun/
perompak yang sudah pasti menuggu kehadiran anda. Tapi kalau ada orang 
ajak anda pergi ke Amerika Latin, cuba tanya dimana destinasinya..kalau 
setakat pergi Bogota..cakap kat dia, hentikan sahaja niat suci itu~

bandar_paling_bahaya (4)















4. Cape Town, South AfricaHampir setiap tahun, pembunuhan serta rompakan 
merupakan statistik yang paling tinggi di Cape Town. Dalam satu tahun sahaja, 
hampir 71500 kesalahan yang membabitkan seksual telah dicatatkan, 13900 
kecurian telah berlaku dan 18400 rompakan telah belaku di premis-premis 
perniagaan. Sekiranya dikira lagi, kira-kira 50 pembuhan akan berlaku setiap 
hari di Afrika Selatan dan 1/2 nya disumbangkan oleh bandar ini. Cape Town 
merupakan sebuah bandar yang pada dasarnya sangat miskin, mungkin disebab
kan itu ia menyumbang pada kadar jenayah ini.

KakiHeboh.com: Yang pelik.. buat world cup banyak pulak duit ..Mungkin kerajaan 
jer kaya ..rakyat miskin ..kan?
bandar_paling_bahaya (9)














3. Mogadishu, SomaliaKami tidak dapat informasi penuh pasal statistik 
jenayah disini, tapi walaubagaimanapun kerajaan disini tetap memberi 
amaran keras kepada sesiapa yang hendak datang kesini. Mungkin disebabkan 
tempat ini merupakan tempat paling banyak pengganas di dunia. Dengan perang 
saudara yang sedang berlangsung di ibukota Somalia ini menjadikan tempat ini 
bukanlah tempat sesuai untuk pergi kerana ia mendatangkan risiko yang sangat 
besar kepada pelancong. Ada juga pernah mengatakan, hampir setiap hari ada 
sahaja yang cedera di lorong-lorong di bandar ini. Bunyi tembakan, penculikan, 
dan sebagainya membuatkan bandar ini mendapat 3 teratas sebagai bandar 
paling bahaya sekali di dunia.
bandar_paling_bahaya (6)
















2. Ciudad Juarez, MexicoTempat ini antara tempat yang mempunyai jenayah 
paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan, kekerasan seksual 
serta jenayah dadah. Statistik mengatakan 120 daripada 100000 penduduk terbunuh 
disini. Ciudad Juarez terletak betul-betul hampir dengan sempadan Amerika Syarikat. 
Baru-baru ini, kartel dadah disana telah memulakan suatu perang sesama mereka 
sehingga menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong. Ciudad 
Juarez merupakan bandar yang paling banyak pembunuhan berlaku dan mengikut 
statistik yang kami dapat, 50% bagi kesemua pembunuhan yan berlaku di Mexico 
berasal dari Ciudad Juarez.
bandar_paling_bahaya (5)














1. Caracas, VenezuelaAmerika Latin setakat ini merupakan antara tempat yang 
paling berbahaya di dunia. Jika anda search tempat-tempat berbahaya di internet (googling), sudah pasti sekurang-kurang 20 daripadanya anda akan dapati ia berada 
disini. Dengan kartel dadah yang banyak serta kadar kemiskinan yang tinggi mem
buatkan ibukota Venezuela berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling 
banyak pembunuhan serta jenayah berlaku. Untuk pengetahuan anda semua, Venezuela merupakan kepala (ketua) kepada perdagangan dadah di dunia terutamanya kokain. 
Jadi, lupakanlah cita-cita indah anda untuk bertemu dengan pelakon amerika latin 
disini yer ^_^ kerana bahaya tengah menuggu anda disana.
SUMBER:- 

KAKIHEBOHRead more: http://republicofmonggol.blogspot.com/2011/10/10-bandar-paling-bahaya-untuk-di-lawati.html#ixzz2VQNWrSJd


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More