Gambar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak - Isu kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel mula menampakkan implikasi tidak baik apabila beberapa kejadian rusuhan berlaku di beberapa stesen minyak di seluruh Malaysia.
Kejadian itu berlaku kira-kira menjelang tengah malam tadi apabila beberapa stesen minyak kehabisan bekalan gas. Disebabkan orang ramai menyangka pengusaha minyak sengaja menyembunyikan bekalan gas untuk dijual pada keesokan harinya, mereka mula merusuh dan merosakkan banyak pam minyak.
Untuk pengetahuan, harga minyak petrol RON95 dan Diesel naik pada kadar 20 sen seliter,menjadikan harga terbaru ialah masing-masing RM2.10 dan RM2.00.
Berikut ialah beberapa keping gambar menari sekitar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak seluruh Malaysia yang dikongsikan di laman-laman sosial.
0 comments:
Post a Comment