Monday, 2 September 2013

Anak Taib Mahmud Ada RM2 Billion Dalam Pelbagai Akaun, Kata Bekas Isteri




Bekas isterinya, Shahnaz A. Majid memberitahu mahkamah, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir.

Shahnaz sebelum ini memaklumkan jumlah itu hanya RM700 juta.

“RM100 juta jumlah kecil baginya. Dia pasti mampu membayarnya,” katanya.

Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian itu.

Shahnaz, 50, turut mendakwa 50 peratus aset mereka kepunyaan bekas suaminya. Ini termasuk kereta mewah, rumah, tanah dan pegangan saham.

Kes perbicaraan itu mendedahkan kemewahan keluarga ketua menteri Sarawak.

Dalam penghakiman itu, Shahnaz meminta aset bekas suaminya itu seperti tujuh buah kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan pegangan saham dalam 15 syarikat.

“Dia memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.

“Dia memperoleh secara bersih RM2 juta setahun untuk peruntukan hiburan, pelancongan dan kereta yang ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.

Sewaktu ditanya oleh peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie, Shahnaz berkata beliau bekerja dengan Sarawak Securities pada 1993 sebagai pengurus besar dan Abu Bekir sebagai pengarah.

“Syarikat mencatatkan keuntungan RM60 juta setahun dengan pulangan lebih dari RM200 juta,” katanya semasa perbicaraan itu.

Suri rumah 50 tahun itu menafikan beliau memeterai perjanjian bersama Abu Bekir bagi membayar sejumlah wang bagi penyelesaian di luar mahkamah.

Semasa ditanya oleh peguam lain, Akbardin Abdul Kader, Shahnaz berkata beliau tidak akan menerima perbuatan Abu Bekir kepada dirinya.

Shahnaz sebelum ini mendedahkan Abu Bekir mempunyai seorang anak dengan perempuan warga Australia dan kemudian berkahwin dengan wanita Rusia.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More