Penyanyi yang popular dengan lagu hitsnya "Tik Tok", Ke$ha bakal mengadakan konsert solo pertamanya "Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur" pada 26 Oktober depan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Judul konsert tersebut diambil daripada album kedua penyanyi tersebut "Warrior" yang diriliskan pada Disember 2012.
Selain popular dengan lagu "Tik Tok", Ke$ha turut juga popular dengan banyak lagi lagunya seperti "We R Who We R", "Blah, Blah, Blah", "Your Love Is My Drug" dan yang terbaru "Die Young".
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, mereka sememangnya berhasrat mahu membawa Ke$ha ke Malaysia sejak dua tahun lalu lagi ketika penyanyi berusia 26 tahun itu sedang berada di puncak kariernya.
"Sejak dua tahun lepas kami memang dah rancang nak bawa Ke$ha ke sini. Namanya memang ada dalam senarai pendek kami. Kenapa Ke$ha? Dia sentiasa memberi persembahan bertenaga di pentas. Ciri-ciri personaliti dimiliki oleh Ke$ha ini sangat kena dengan idealogi jenama Tune Talk yang mana kami adalah syarikat telco yang aktif dan agresif dari segi perkhidmatan untuk pelanggan kami."
Konsert "Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur" yang dianjurkan oleh Tune Talk dan Livescape dijangka akan dihadiri lebih lapan ribu peminat.
Tiket konsert akan mula dijual pada 1 September ini dengan harga RM108, RM208 dan RM258 di cawangan Rock Corner atau di www.redtix.airasia.com.
0 comments:
Post a Comment