Monday, 2 September 2013

Gambar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak seluruh Malaysia



Gambar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak - Isu kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel mula menampakkan implikasi tidak baik apabila beberapa kejadian rusuhan berlaku di beberapa stesen minyak di seluruh Malaysia.

Kejadian itu berlaku kira-kira menjelang tengah malam tadi apabila beberapa stesen minyak kehabisan bekalan gas. Disebabkan orang ramai menyangka pengusaha minyak sengaja menyembunyikan bekalan gas untuk dijual pada keesokan harinya, mereka mula merusuh dan merosakkan banyak pam minyak.

Untuk pengetahuan, harga minyak petrol RON95 dan Diesel naik pada kadar 20 sen seliter,menjadikan harga terbaru ialah masing-masing RM2.10 dan RM2.00.

Berikut ialah beberapa keping gambar menari sekitar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak seluruh Malaysia yang dikongsikan di laman-laman sosial.






Bayi Berusia Setahun Ditembak Di Kepala



Seorang bayi berusia setahun maut selepas ditembak di kepala di bandar raya ini.Polis berkata, Antiq Hennis ditolak ibu dan bapanya dalam kereta sorong bayi ketika mereka melintas jalan di kejiranan.

Brownsville, Brooklyn kira-kira jam 7.20 petang ketika kejadian yang menyaksikan beberapa das tembakan dilepaskan. Pihak berkuasa berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan di pipi kiri tetapi gagal diselamatkan. 

Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.Polis belum membuat sebarang tangkapan dan tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kes itu.-mymetro

“DVD” KL Gangster 2 Hanya RM5



Selepas ‘bocor’ di Internet, filem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.

Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.

Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” katanya.Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.


Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.“Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain. Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” katanya.Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.

Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.

Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.“Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,” katanya.-mymetro

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More