Wednesday, 28 August 2013

Ke$ha bakal mengegarkan KL 26 Oktober ini!

Ke$ha bakal mengegarkan KL 26 Oktober ini!

Penyanyi yang popular dengan lagu hitsnya "Tik Tok", Ke$ha bakal mengadakan konsert solo pertamanya "Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur" pada 26 Oktober depan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Judul konsert tersebut diambil daripada album kedua penyanyi tersebut "Warrior" yang diriliskan pada Disember 2012.
Selain popular dengan lagu "Tik Tok", Ke$ha turut juga popular dengan banyak lagi lagunya seperti "We R Who We R", "Blah, Blah, Blah", "Your Love Is My Drug" dan yang terbaru "Die Young".
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, mereka sememangnya berhasrat mahu membawa Ke$ha ke Malaysia sejak dua tahun lalu lagi ketika penyanyi berusia 26 tahun itu sedang berada di puncak kariernya.
"Sejak dua tahun lepas kami memang dah rancang nak bawa Ke$ha ke sini. Namanya memang ada dalam senarai pendek kami. Kenapa Ke$ha? Dia sentiasa memberi persembahan bertenaga di pentas. Ciri-ciri personaliti dimiliki oleh Ke$ha ini sangat kena dengan idealogi jenama Tune Talk yang mana kami adalah syarikat telco yang aktif dan agresif dari segi perkhidmatan untuk pelanggan kami."
Konsert "Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur" yang dianjurkan oleh Tune Talk dan Livescape dijangka akan dihadiri lebih lapan ribu peminat.
Tiket konsert akan mula dijual pada 1 September ini dengan harga RM108, RM208 dan RM258 di cawangan Rock Corner atau di www.redtix.airasia.com.

Madonna selebriti berpendapatan tertinggi 2013

Madonna selebriti berpendapatan tertinggi 2013


Baru-baru ini majalah Forbes melaporkan penyanyi popular, Modonna merupakan selebriti berpendapatan tertinggi untuk tahun 2013 iaitu sebanyak AS$125 juta (RM417 juta).
Ini bukan kali pertama pelantun "Give Me All Your Luvin" menjadi selebriti yang berpendapatan tertinggi. Pada tahun 2009, Madonna menduduki tangga teratas dengan pendapatan sebanyak AS$110 juta (RM366 juta).
Kejayaan Madonna ini diraih daripada konsert jelajahnya "MDNA" berjalan dengan lancar dan mendapat penghargaan Touring Award dari Billboard. Selain itu, penjualan 'merchandise', pakaian, wangian serta beberapa pelaburan yang dibuat Modonna.
Sementara itu, di kedudukan kedua diduduki oleh Steven Spielberg selepas kejayaan filem "Licoln" arahannya tahun lalu dengan berpendapatan sebanyak AS$100 juta (RM333 juta).
Manakala produser dan bekas juri "American Idol", Simon Cowell pula berada di kedudukan ketiga dengan pendapatan sebanyak AS$95 juta (RM316 juta).
Berikut adalah senarai selebriti yang Berpendapatan Tertinggi Tahun 2013:
1. Madonna: AS$ 125 juta (RM417 juta)
2. Steven Spielberg: AS$ 100 juta (RM333 juta)
3. Simon Cowell: AS$ 95 juta (RM316 juta)
4. E L James: AS$ 95 juta (RM316 juta)
5. Howard Stern: AS$ 95 juta (RM316 juta)
6. James Patterson: AS$ 91 juta (RM303 juta)
7. Glenn Beck: AS$ 90 juta (RM300 juta)
8. Michael Bay: AS$ 82 juta (RM273 juta)
9. Jerry Bruckheimer: AS$ 80 juta (RM266 juta)
10. Lady GaGa: AS$ 80 juta (RM266 juta)

Tuesday, 27 August 2013

(5 Gambar) Gigi Artis Hollywood Madonna



Artis Hollywood Madonna baru-baru ini menyambut ulang tahun dan terkejut penonton dengan perhiasan di giginya. Ini kalau dah terlalu kaya….macam inilah jadinya….





v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sama tak dengan Madonna??

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More