Tuesday, 3 September 2013

Kawan Syamsul Yusof disyaki dalang sabotaj KL Gangster 2??




Selepas menyedari filem terbarunya, KL Gangster 2 telah tersebar di internet meskipun belum ditayangkan kepada umum, pengarah Syamsul Yusof telah memberi amaran keras terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya yang memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.

Sementara itu, memetik laporan media, Syamsul dikatakan telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More