Program pertandingan menyanyi realiti Akademi Fantasia kesepuluh (AF10) bakal membuka tirainya tidak lama lagi. Dalam debaran menantikan kemunculan semula program itu, peminat dihebahkan dengan khabar angin yang mengatakan pelawak popular, Zizan Razak bakal menjadi pengacara untuk rancangan berkenaan.
Ternyata, berita itu mengundang pelbagai reaksi dari peminat. Ada orang yang menyokong. Tapi ramai juga yang membantah jika Zizan jadi pengacara AF10. Memetik laporan Malaysia Digest, ada yang kata lebih baik kekalkan pengacara asal iaitu Datuk Aznil Nawawi daripada lantik Zizan. Mungkin bagi segelintir pihak yang tidak bersetuju itu merasakan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu belum layak mengendalikan program yang melahirkan ramai pelapis penyanyi sebelum ini.
Apa juga yang merisaukan andai program itu akan jadi carca marba dan lari daripada tujuan asal untuk melahirkan penyanyi profesional. Silap hari bulan lebih ramai pelawak berbanding penyanyi. Macam mana tu? Risau juga kalau Zizan sudah kehabisan idea untuk menceriakan program tersebut. Sebab dia juga bertindak sebagai pengacara di sebuah program hiburan. Jadi ‘wajahnya’ itu sudah tidak lagi eksklusif. Cukup-cukuplah di stesen TV tersebut. Itu hujah-hujah yang diberikan oleh mereka yang kurang setuju jika Zizan dipilih menjadi pengacara AF musim baru.
0 comments:
Post a Comment