Bas jatuh gaung di Genting, 33 dikhuatiri terbunuh
Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan 32 penumpang dikhuatiri terkorban manakala 17 lagi cedera.
Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan 32 penumpang dikhuatiri terkorban manakala 17 lagi cedera.
Update: Sehingga jam 7.30 malam tadi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengesahkanseramai 25 mangsa terbunuh dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. (Terkini Tragedi Genting: Sah 37 maut)
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata 32 mangsa yang terkorban itu masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.
Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.
Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.
Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.
Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.
Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.
- Malaysia Kini - Abdul Rahim Sabri - 4:29PM Ogos 21 2013
Foto-foto dan video, di bawah (Ikhsan Jab. Bomba & Penyelamat dan lain-lain):
0 comments:
Post a Comment