Thursday, 25 July 2013

Pemburu parah tertembak kemaluan sendiri


Simunjan: Seorang lelaki yang sedang berburu cedera parah selepas tertembak alat sulitnya dengan senapang patah di Kampung Kepayang, di sini, kelmarin.

Lelaki terbabit kini kritikal dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) berikutan kejadian jam 3.30 petang itu.

Sumber berkata mangsa yang berusia 32 tahun secara tidak sengaja tertarik picu senapang patah dibawanya dan meletup lalu terkena alat sulitnya.


Mangsa dikatakan sering memburu di kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.

“Ketika kejadian, isterinya memaklumkan suaminya secara tidak sengaja tertarik picu senapang miliknya menyebabkan peluru penabur mengena kemaluannya serta bahagian pinggang.

Tertarik picu senapang

“Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana dikejarkan ke pusat kesihatan di situ oleh rakannya yang turut berburu bersamanya selepas melihat dia terbaring sambil mengerang kesakitan dan berlumuran darah,” katanya.

Katanya, mangsa dipindahkan ke HUS jam 12.30 tengah hari semalam untuk menjalani pembedahan mengeluarkan cebisan peluru penabur dan keadaannya dilaporkan serius.

Sehingga jam 6 petang semalam, difahamkan mangsa masih menjalani pembedahan susulan bagi membuang peluru dari kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan diteruskan. 

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More