Monday, 3 June 2013

Semut api jadi asas penciptaan robot



Kepakaran semut dalam menggunakan sesungut mereka untuk menyelamatkan diri ketika jatuh memberi idea kepada saintis untuk mencipta robot.
Kepakaran semut dalam menggunakan sesungut mereka untuk
menyelamatkan diri ketika jatuh memberi idea kepada saintis
untuk mencipta robot. 

Kajian ke atas pergerakan barisan semut melalui ruang yang tertutup, kini dijadikan 
asas untuk membantu mencipta robot yang boleh melakukan tugas mencari dan 
menyelamat, kata sekumpulan saintis Amerika Syarikat. 

Sepasukan saintis dari Institut Teknologi Georgia mendapati semut api boleh menggunakan 
sesungut mereka sebagai ‘anggota tambahan’ untuk menyambut diri sendiri jika mereka 
terjatuh dan boleh membina terowong stabil dalam pasir yang longgar. 

Kamera berkelajuan tinggi 

Penyelidik menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk merakamkan secara terperinci 
tingkah laku semut terbabit. 

Dr Nick Gravish yang mengetuai kajian mereka bentuk ‘ladang semut gred saintifik’ 
membolehkan semut mengorek melalui pasir yang terperangkap antara dua plat 
kaca, jadi setiap terowong dan setiap pergerakan boleh dilihat dan difilemkan. 

“Semut ini didapati bergerak dengan kelajuan tinggi. Jika anda perlahankan pergerakan 
(anda akan lihat) ia bukanlah pergerakan kerana ia banyak terjatuh dan tergelincir.” 

Serangga terbabit mampu bangkit dengan cepat setiap kali terjatuh. 

Untuk melihat bagaimana mereka dapat melakukannya, pasukan berkenaan membina 
eksperimen kedua untuk menggerakkan mereka dari sarang ke sumber makanan, 
di mana semut terbabit perlu melintasi laluan berselirat terowong berkaca licin. 

“Kita boleh lihat melalui terowong kaca semua bahagian badan yang bergerak 
apabila semut memanjat dan terjatuh atau tergelincir,” kata Dr. Gravish. 

Spesies berjaya 

Semut api mampu melalui sebarang jenis tanah, satu sebab utama kenapa mereka 
adalah spesies yang berjaya. 

Penyelidik terkejut melihat semut terbabit tidak hanya menggunakan kaki mereka 
untuk menyambut diri mereka daripada terjatuh tetapi juga menggunakan sesungut, 
yang biasanya digunakan untuk mengesan bau, sebagai anggota tambahan untuk 
menyokong berat badan mereka. 

Akhir sekali penyelidik melihat laluan tersembunyi yang dibina semut di bawah 
tanah, jadi mereka meletakkan semut di dalam bekas penuh pasir atau tanah 
dan membiarkan mereka mengorek. 

Mereka kemudian membina ‘pengimbas CT X-Ray buatan’ sama seperti 
pengimbas perubatan, untuk merakamkan imej 3D terowong yang digali 
semut dalam tanah yang berbeza.


 [Sumber

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More