Sunday, 2 June 2013

Saya Tak Anggap Shila Amzah Musuh - Sharnaaz Ahmad



Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun pelakon Sharnaaz 
Ahmad berkata dia tidak pernah menganggap bekas kekasihnya, Shila Amzah 
sebagai musuh. Malah, dia mengakui sudah tidak menyimpan rasa dendam 
terhadap penyanyi muda.

Sebaliknya, Sharnaaz Ahmad berkata dia kini lebih senang menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai pelakon.

"Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara 
pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi.

"Buat masa ini kami tidak berhubung, bagaimanapun saya tidak pernah angap dia 
sebagai musuh,"katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran filem Sindiket 
di Restoran Rebung, petang semalam.

Sharnaaz turut memberitahu dia bersyukur selepas kontroversi tersebut rezekinya 
sebagai pelakon kian melimpah ruah.

"Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu," jelasnya lagi.

Dalam filem sindiket arahan Bade Hj Azmi ini, Sharnaaz memainkan watak sebagai Inspektor Rudy iaitu anggota polis yang ditugaskan menyelesaikan kes memper
dagangkan manusia.

Antara barisan pelakon lain ialah Daphne Iking, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, 
Sharifah Amani dan Soo Wincci.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More