Tuesday, 4 June 2013

Penjara Paling Cantik didunia


Penjara Halden di Norway ini dikatakan sebagai penjara termoden di Eropah (bermaksud mungkin yang termoden di dunia). Fasilitinya pula lebih moden dan indah berbanding sesetengah universiti di Malaysia.


Penjara ini menempatkan kira-kira 125 banduan dan menelan belanja kira-kira $230 juta. Antara mereka ada yang disabitkan kesalahan membunuh, merogol, mengedar dadah dan lain-lain jenayah. Tapi tidak seperti penjara di negara-negara lain yang menghukum penjenayah, penjara ini bertujuan untuk mengajar mereka menjadi manusia yang lebih baik. Di penjara ini bilik disediakan untuk banduan yang dilengkapi dengan bilik air, peti sejuk dan tv flat screen. Tingkapnya pula tidak dipasang dengan jeriji besi. Di persekitaran penjara yang berkeluasan 75 ekar ini pula, pokok-pokok ditanam untuk mengurangkan perasaan dikurung pada banduan dan disediakan laluan untuk berjogging. 


Banduan pula bebas untuk melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam, membela ternakan, barbecue, menyediakan makan malam sendiri (mereka dibenarkan menggunakan pisau), memotong kayu, menunggang kuda dan bermacam-macam lagi. Walaupun kawalan security adalah yang terbaik, namun ianya dijalankan dalam keadaan sembunyi untuk membentuk perasaan komuniti kepada banduan. Tidak seperti pengawal penjara yang pain in the ass seperti dalam cerita Prison Break, hubungan antara mereka dan banduan dibentuk kuat. Pengawal penjara tidak membawa pistol, memanggil banduan dengan nama pertama, dan juga bersukan dan makan bersama banduan.

Mungkin ada yang berpendapat dengan wujudnya penjara seperti ini, orang ramai tidak akan kisah jika ditangkap apabila melakukan jenayah, kerana sekurang-kurangnya penjara yang disediakan mungkin lebih baik berbanding sesetengah rumah mereka. Jadi adakah penjara di Norway ini berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah dan melindungi keselamatan orang awam?

Well, statistik tidak berbohong. Hanya 20% banduan yang dibebaskan melakukan jenayah semula dan 80% lagi keluar untuk menjalani kehidupan normal dan menjadi manusia yang lebih baik, berbanding kira-kira 50 hingga 60% banduan di UK dan US yang melakukan kesalahan jenayah semula. Dan Norway juga mencatatkan kadar jenayah antara yang terendah di seluruh dunia.


0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More