Thursday, 13 June 2013

Malunya Anwar Kena Balun Dengan Orang Perempuan! @NajibRazak @Rosnah_ARS




Apa perasaan kita kalau kena perli atau balun dengan orang perempuan, mesti malu 
gilakan. Sebagai lelaki perwatakan tegas mesti ada dalam diri kita tapi sebaliknya 
dan tidak disangkal lagi kaum hawa sekarang sudah maju ke depan dan seiring 
dengan kaum adam.

Tapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim apa yang dikisahkannya, kebanyakkan 
rakyat Malaysia MENOLAK dia pun tak amik kisah. Dijaja sana sini katanya seluruh 
rakyat Malaysia menyokong beliau 100%. Keh keh keh...lawak dalam raja lawak 
di Astro Warna pun tak lawak gila macam nie kan.

Apa pun GR setuju dengan kenyataan dan pandangan Timb Menteri Kerja Raya Datuk 
Rosnah Shirlin pasal Anwar nie dan pandangan GR secara peribadi Anwar memang tak 
layak dari pemimpin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberikan peluang untuk mengetuai pembangkang di negara ini kerana telah menunjukkan sikap biadap terhadap Parlimen apabila “memulaukan” Majlis Taklimat ahli Dewan Rakyat, semalam.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.

“Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai ketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau yang tidak hadir pada hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian Online.

Teck Hwa semalam satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya.

Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya kerana hadir ke majlis berkenaan kerana tidak meneliti mesej mahupun arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukan majlis berkenaan.

Tindakan Teck Hwa hadir ke majlis tersebut menerima pujian banyak pihak.

Dalam pada itu, Anwar turut dilaporkan mahu ahli Parlimen pembangkang memboikot upacara angkat sumpah yang akan diadakan pada 24 Jun ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia sebagai simbolik terhadap bantahan keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan penyelewengan, sekali gus menyumbang kepada kemenangan mudah BN.

“Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Tindakan Anwar tidak menghantar sebarang soalan untuk jawapan menteri juga dilihat sebagai tanda-tanda awal boikot itu.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik Pas dan DAP yang memutuskan tidak akan memboikot upacara angkat sumpah itu.

PKR bagaimanapun masih berbincang mengenai perkara itu.

Sementara itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin pembangkang sanggup mempermainkan dan merendah rendahkan kemuliaan Parlimen yang berperanan membentuk Perlembagaan negara.

“Mereka perlu melihat perundangan yang menjurus kepada ketidakhadiran atau sikap mereka untuk mengambil pendekatan boikot majlis mengangkat sumpah bukan sahaja satu penghinaan institusi Parlimen tetapi juga satu perbuatan yang melanggar perlembagaan.
“…ini adalah satu signal kepada rakyat Malaysia betapa mereka ini tidak harus diberikan kepercayaan untuk menjadi barisan pembangkang yang efektif
 kerana semua perkara perlu harus mereka politikkan sehinggalah tugas dan tanggung
jawab mereka sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat yang diwakili tidak 
dapat dilunaskan dengan baik,” tegasnya. – Sinar Harian

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More