Wednesday, 5 June 2013

Lelaki Ini Tangkap Ikan Toman Bersaiz Gergasi


NEWTON menunjukkan ikan toman yang berjaya ditangkapnya di Aquia Creek, Virginia pada Sabtu lalu. - Agensi

FREDERICKSBURG, Virginia – Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) berjaya menangkap seekor ikan toman sepanjang satu meter di Aquia Creek, Stafford, Virginia pada Sabtu lalu.

Akhbar Free Lance-Star melaporkan lelaki tersebut, Caleb Newton berjaya menangkap ikan tersebut yang seberat 7.88 kilogram (kg).

Menurut Persatuan Sukan Memancing Antarabangsa (IGF), rekod dunia bagi ikan tersebut adalah seberat 7.82kg yang ditangkap di Jepun pada tahun 2004. 

Newton, 27, perlu menghantar permohonan kepada IGF termasuk butiran tentang ikan tersebut dan alat yang digunakan untuk menimbangnya bagi mendapatkan pengesahan rekod dunia.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More