Friday, 31 May 2013

Top 5 Makanan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia.


Kali ini mari kita lihat 5 pencuci mulut paling mahal di dunia..


Strawberries Arnaud


Strawberries Arnaud iaitu aiskrim strawberi dengan campuran buah 
lemon dan anggur merah. Namun di Restoran Arnaud di New Orleans, 
Amerika Syarikat, hidangan tersebut bukan sekadar potongan buah 
biasa. Apa yang menyelerakan dan seperti tidak masuk akal adalah 
di atas pencuci mulut tersebut telah dihiasi dengan sebentuk cincin 
berlian 5 karat yang pernah menjadi milik Sir Ernest Cassel dimana 
cincin tersebut hanya ada satu sahaja di dunia dimana nilai pencuci 
mulut ini dianggarkan berharga RM5 juta. Selain cincin esklusif tadi, 
minuman Charles X Crysttal turut dihidangkan yang beharga 
RM 87,000 sebotol.

Kek Platinum

Kek yang beharga RM450 ribu ini tentunya nampak begitu 
menyelerakan dengan warna yang berkilau indahnya. Kek ini 
dibuat oleh Nobue Ikara iaitu seorang chef pastry terkenal dari 
Jepun. Mahu memberi penghargaan kepada kaum wanita, Ikara 
telah menghasilkan kek yang didedikasikan kepada wanita yang 
terkenal di Jepun seperti Rinko Kikunchi dan Chie Kumazawa.

Frozen Haute Chocolate

Sehingga sekarang, sundae buatan Serendipity 3 ini sentiasa terpilih 
sebagai sundae (aiskrim campuran) termahal di dunia, dengan harga 
boleh mencapai sehingga RM3,500 per skop. Mahu menjadikan aiskrim 
mereka adalah yang termahal di dunia, mereka telah menghasilkan 
aiskrim Frozen Haute Chocolate hasil kerjasama bersama pembuat 
perhiasan, Euphoria New York dimana harga aiskrim ini berharga 
RM87,000. Frozen Haute Chocolate dihasilkan daripada 28 jenis 
coklat dimana 14 jenis coklat daripada 28 jenis coklat itu merupakan 
coklat paling mahal dan eksotik di dunia. Untuk menjadikannya lebih 
ekslusif adalah aiskrim sundae ini terdapat emas seberat 5 gram 
dimana emas tersebut boleh dimakan dan juga ada gelang emas 
dengan berlian di dasar gelas. Bahkan, untuk memakan aiskrim 
ini dikhususkan menggunakan sudu emas, dan beberapa butir 
berlian coklat dan putih yang dapat anda simpan.

The Fortress Stilt Fisherman Indulgence

Pernah menjadi makanan kedua paling mahal di dunia, The Fortress 
Stills Fisherman Indulgence yang dibuat di Hotel Sri Langka ini 
berharga RM50,000. Isi kandungan pencuci mulut ini dibuat daripada 
Cassata daun emas serta buah mangga dan delima eksotik. Makanan 
ini kelihatan biasa jika tidak dihias dengan ukiran coklat seorang 
pemancing dengan batu akuarium 80 karat.

Macaroons Haute Couture

Macaroon Haute Couture. Pierre Hermé merupakan seorang artis luar 
biasa dalam menghasilkan macaroons. Dia mempunyai dua cawangan 
besar di Paris dan Tokyo yang merupakan pusat pembuatan macaroons. Macaroons paling terkenal yang dihasilkan adalah Meringgue Puff 
dimana ia akan dihasilkan mengikut bahan pilihan pembeli itu 
sendiri. Berdasarkan bahan yang dipilih oleh pembeli, macaroon 
buatan Pierre boleh mencapai harga mencecah RM25,000 per 
kilogram.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More