Friday, 31 May 2013

SITI dan YUNA tidak dikenali di Korea berbanding SHILA AMZAH


Tuah sememangnya milik Shila Amzah sebaik saja anak dara N D Lala ini
memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai tahun lalu.
 Kebanyakan penggemar muzik di Korea Selatan nampaknya pernah
mendengar nama Shila Amzah.
SITI dan YUNA tidak dikenali di Korea berbanding SHILA AMZAH
Malah, mereka tahu tentang mutu vokal Shila Amzah serta imej muslimah 
Shila dengan bertudung. Namun, tiada seorang pun mengetahui nama 
Dato Siti Nurhaliza Taruddin walaupun isteri kepada Datuk K ini sememangnya 
hebat di Malaysia.

SITI dan YUNA tidak dikenali di Korea berbanding SHILA AMZAH
Sedangkan Siti juga pernah mengharumkan nama negara dengan mengadakan
konsert di Royal Albert Hall. Tambah hairan lagi, nama anak tempatan yang 
sedang mencipta nama di LA iaitu Yuna turut tidak dikenali di Korea Selatan 
Walhal, nama David Foster dikenali di sana.

SITI dan YUNA tidak dikenali di Korea berbanding SHILA AMZAH
Mungkin hanya segelintir saja yang tahu tentang Yuna. Padahal, Yuna juga 
menjadi duta produk dari Korea Selatan. Tambah mengejutkan adalah 
Mizz Nina yang berduet dengan Jay Park juga tidak pernah didengari 
namanya.

Apa pun, pihak pelancongan Malaysia perlu memikirkan cara baik untuk 
mempromosi dan membantu anak tempatan ke peringkat antarabangsa. 
Yang penting, Shila Amzah, Siti Nurhaliza, Yuna dan Mizz Nina popular 
di mata peminat mereka.

Sumber: murai (SITI dan YUNA tidak dikenali di Korea berbanding SHILA AMZAH).

Siapa Penyanyi Asal Gwiyomi dan Maksud Sebenar Lagu Gwiyomi



Penyanyi Asal : Penyanyi Korea bernama Hari 






Pergerakan Jari Di Cipta Oleh
Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB 



Maksud Lagu Gwiyomi Dalam Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi

Contoh budaya BERBARIS di India tertib dan teratur


Contoh budaya BERBARIS di India tertib dan teratur gan. Tidak serabut. Sepertinya patut dicontoh nih..

linesinindia1
linesinindia2 
India Economy
linesinindia4
linesinindia5
 sumber

(9 Gambar) Wajah Artis Hollywood Sebelum Dan Selepas Popular



Ini lah wajah artis hollywood sebelum dan selepas popular....bertuanya mereka kan!
Ryan Seacrest


Jennifer Aniston

George Clooney

Matt Damon

Angelina Jolie

Brad Pitt

Tom Hanks

Ryan Reynolds

Wanita Buta Mengaku Menjual Anak Sendiri



Du Xiurong mengaku menjual empat daripada anaknya

Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada 
anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan. Di 
antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki 
kepada pasangan lain.





Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika 
ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing se
orang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan 
kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan 
wang.
“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan 
mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak 
menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan men
dapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang 
tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak
-kanak.

“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, 
etapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga 
lain untuk anak-anak,” katanya.Mendakwa tidak melakukan ke
salahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak 
mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.
“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. 
Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan,manakala keluarga pertengahan 
mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. 
“Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat 
wang,” katanya. Januari lalu. 
Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan 
tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. 
Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia 
terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun. Sembilan 
tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas 
keluarga melihat dia sebagai beban.
“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.“Sebaik 
saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu 
lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.
Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan 
tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.
Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan
sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), 
Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan 
Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang 
mahukan anak angkat.Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) 
pada 2005.-mymetro

Kopi Najis Gajah RM153 Secawan



Kopi najis gajah

Pernahkah anda terlintas untuk menikmati kopi najis gajah? Artikel kali ini mungkin mampu 
menyebabkan anda akan terbayangkan kopi semahal itu mampu menjadi tarikan

Kopi najis gajah menjadi tarikan baru di utara Thailand kerana ia menjadi minuman kafein 
termahal di dunia pada masa ini selepas ia dijual  AS$1,100 (RM3,361) sekilogram dan 
AS$50 (RM153) secawan.

Kopi Black Ivory itu menjadi minuman eksotik baru dihasilkan daripada biji kopi yang 
dikeluarkan menerusi najis haiwan mamalia tersebut.

Ia telah mula dipasarkan di beberapa hotel mewah di seluruh dunia termasuk di Maldives 
dan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Difahamkan, ia melalui proses sama seperti penghasilan kopi luwak dan rasanya tidak 
sepahit kopi biasa. -  AP.

[Kisah Benar] Kisah Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat


Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal 
dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! 
Subhanallah! Kami ingin mengingatkan para pembaca agar sentiasa 
mendahulukan Allah dalam apa kerja yang sedang dilakukan. Semoga 
kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari 
kita susuri kisah yang hebat ini.

 Gambar hiasan:

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada 
wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan 
dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar 
azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal.

Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan 
solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk 
melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! 
Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari 
sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak 
ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha 
Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis 
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau 
tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang 
kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha 
Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, 
saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi 
dia tidak peduli.

Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan 
solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar 
bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar 
bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai 
antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang 
pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang 
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya 
pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik 
pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa 
yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau 
Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan 
hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa 
tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu 
malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati 
Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More