Tuesday, 9 July 2013

Siti Nordiana nafi bercinta dengan Nubhan

Siti Nordiana nafi bercinta dengan Nubhan


Penyanyi berstatus janda anak satu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menafikan sedang menjalin hubungan dengan bekas pelajar "Akademi Fantasia" musim ke-6 iaitu Nubhan.
"Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip itu kepada saya. Sebenarnya, dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih. Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana selalu bersama.
"Cuma sekarang ini jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip itu tak munasabah," katanya seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.
Sementara itu, Nana memberitahu sejak dia bergelar ibu tunggal, ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekatinya, tetapi dia menolak secara baik kerana dia masih belum jumpa calon yang sesuai dan juga tidak bersedia untuk bergelar isteri lagi.
"Ada juga yang mendekati. Ada yang nak lamar saya. Tapi saya tolak sebab tak rasa lelaki itu sesuai dengan saya. Dulu ada juga keluarga cuba jodoh-jodohkan, tapi saya tak mahu. Saya rasa biarlah saya yang pilih sendiri.
"Sebolehnya kalau saya berkahwin semula nanti, saya mahu suami saya itu menyayangi Rayyan. Saya mahu Rayyan dapat kasih sayang seorang ayah seperti mana kasih sayang ayahnya. Saya hanya berserah sajalah," ujarnya lagi.
Sebelum ini Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah pelakon Mohd Faizal Yusup pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia lima tahun.

Monday, 8 July 2013

Elfira Loy selesa menjadi adik kepada Zoey Rahman



KEJAYAAN yang dikecapi oleh pelakon genit Elfira Loy kian meningkat oleh kerana bakat semula jadinya. 

Namun, ia seiring dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi yang perlu dilaluinya sepanjang berada dalam dunia seni.

Terbaharu, pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy ini dikatakan rapat dengan hos Gerak Geri Gasing, Zoey Rahman yang juga seorang pelakon.

Mereka mula rapat selepas bersama-sama menyertai program Fear Factor Selebriti, selain bergandingan dalam drama terbaharu arahan Aziz M. Osman, Demi Dia.

Gosip yang mengaitkan mereka mulai tercetus selepas foto-foto kemesraan mereka boleh dlihat menerusi laman Instagram. 

Malah, Elfira juga dikatakan memanggil Zoey dengan panggilan Abang.
Elfira yang kelihatan manis dalam busana labuh hitam dan merah jambu ditemui pada majlis sempena sidang akhbar Seindah Ramadhan baru-baru ini, bagaimanapun menafikan gosip cintanya bersama Zoey itu.

"Saya panggil Zoey abang, sebab dia sangat rapat dengan saya serta kenal seluruh keluarga saya. Saya hanya anggap dia sebagai abang dan tidak mungkin bercinta dengannya.

"Saya kenal Zoey sejak usia saya 11 tahun lagi. Dia pun rapat dengan famili saya. Kami memang tak boleh bersama (bercinta). Sebab saya sudah anggap dia macam abang saya. Kalau saya bercinta dengan dia pun, saya rasa macam sumbang mahram pula," tuturnya sambil ketawa. 

Melalui akaun Instagram pelakon comel ini, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan kemesraan terjalin antara mereka berdua ketika penggambaran drama Demi Dia di Munich, Jerman membuatkan peminat mereka benar-benar setuju dengan perkhabaran tersebut.

"Sebelum ini semua orang tidak tahu yang saya rapat dengan Zoey, oleh sebab beberapa gambar semasa penggambaran drama Demi Dia, peminat menyangka saya dan Zoey bercinta."




                                ELFIRA (kiri) dalam satu babak drama Demi Dia.


"Setiap kali saya berlakon dalam mana-mana drama dan digandingkan dengan beberapa aktor lelaki yang terkenal, mereka mesti cakap saya bercinta. Padahal, saya hanya bekerja dan berkawan dengan mereka."

"Saya sudah biasa apabila mereka gosipkan saya dengan mana-mana hero yang pernah bergandingan dengan saya dalam drama ataupun filem. Kalau sebelum ini, saya rapat dengan Dafi, Hairul Azreen dan Zoey. Kesemuanya pernah digosipkan, jadi saya sudah biasa," ujarnya.

Apabila ditanya tentang keserasiannya berlakon dengan Zoey sebagai suami isteri dalam drama Demi Dia, ujar Elfira, pada mulanya dia berasa agak kekok dan kelakar.
Namun, atas dasar kerja mereka terpaksa menjarakkan diri antara satu sama lain demi mendapat mood yang baik.

"Pada mulanya, sangat susah. Apabila ada babak yang perlu kami berlakon untuk jadi romantik mesti salah seorang akan gelak. 
"Tidak boleh serius langsung. Jadi jalan penyelesaiannya, saya dan Zoey terpaksa menjarakkan diri buat sementara waktu bagi menimbulkan perasaan romantik antara kami berdua," katanya.

Demi Dia mengisahkan Zack (Zoey) yang berkahwin dengan Azura (Elfira) namun perkahwinan mereka ditentang oleh bapa Zack. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang.

Pelakon Indonesia

Gadis genit berusia 19 tahun ini sering kali mendapat peluang berlakon bersama beberapa aktor terkenal Indonesia antaranya, Randy Pangalila dan Baim Wong.

Ada antara peminat-peminat tegar aktor Indonesia sangat marah dan tidak boleh menerima kenyataan apabila mereka digandingkan bersama.

Malah, terdapat beberapa cerita mengenai pencintaan timbul oleh kerana sering berlakon bersama.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Elfira membidas dengan menjelaskan mereka hanya kawan rapat dan sama sekali tidak bercinta.

"Saya masih lagi baik dengan Randy dan berhubung melalui telefon, tetapi saya hanya rapat dengan Randy atas urusan kerja dan kawan artis."



                     ELFIRA mengakui senang memanggil Zoey dengan gelaran abang.


Terbaharu, Elfira dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dari seberang Baim Wong. Lebih-lebih lagi susulan kemunculan mereka bersama dalam program MeleTOP baru-baru ini dan Baim seperti memberikan gambaran yang mereka sedang berpacaran.

"Sebenarnya, saya selesa berlakon dengan mereka dan tiada niat untuk bercinta kerana saya terlalu muda untuk bercinta. Saya juga belum habis belajar dan masih banyak yang perlu diuruskan."

Elfira juga turut menyatakan dia selesa berlakon dengan pelakon dari seberang oleh kerana bahasa tuturan yang sangat senang didengar dan mereka dikatakan lebih romantik jika dibandingkan dengan pelakon lelaki Malaysia.

"Saya suka dengar orang Indonesia bercakap, bahasa yang digunakan sangat dalam maksudnya dan romantik. Jadi bila berlakon, mood itu sampai. Saya tidak kisah pun berlakon dengan pelakon Malaysia atau Indonesia. Perasaan itu tetap sama," ujarnya.sumber:kosmo

Siapa Nak Berkahwin Dengan Aweks Ini


Siapa yang menonton siri televisyen “American Horror Story” Amerika cerita seram: Hospital Psikiatri, mungkin korang tak perna tengok!! Untuk pengetahun korang dia ini memang seorang wanita, salah seorang pelakon dalam filem “American Horror Story”.


Nama beliau Naomi Grossman. Jom tengok wajahnya sebenar….





Dan ini wajah sebenarnya...tanpa make up......berminat??






My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More