Thursday, 20 June 2013

Shila Amzah Buka Mulut Isu Baju Sendat



KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.

"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.

"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.

"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya.




Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.

Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.

"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.


"Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.

Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.

"Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.

Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.

Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat.

Sumber

ISLAM ITU INDAH

Walau apa jua keadaan, dimana saja berada perintah Allah 
tetap dilaksanakan bila dah sampai waktunya

SUBHANALLAH..... ALLAHUAKHBAR.....

Mari Kita Tengok Gambar-Gambar Di Bawah ini









Gambar Sejarah Perkembangan Masjidil Haram Dan Ka'bah

1
Ka'bah Pada Tahun 1880

1937.
Ka'abah Pada Tahun 1937

Gambar Ka'bah pada tahun 1941....hujan lebat membanjiri kawasan Masjidil Haram....
paras air mencecah Hajar Aswad.... kelihatan jemaah haji / umrah sedang berenang 
untuk tawaf disekeliling Ka'bah.


1953
Ka'bah 1953

Ka'bah 1371 H


1

Pintu Multazam Lama
Pintu Lama Moltazam
ka'bah

islam4m15

3 (3)
Hajar Aswad tanpa penutup

877c588c05
Penutup Hajar Aswad di Era pemerintahan Uthmanniyyah Murad Khan


bdf7db26d094273f6998fd3857827883

ZAMZAM1
Telaga Zam Zam

42a7744618
Kunci Pintu Ka'bah

k
Kunci pintu Ka'bah awal kurun ke 6 H.... Dizaman pemerintahan Abasiyyah

mamalik
Kunci pintu Ka'bah kurun ke 19 H... dizaman pemerintahan Mamluk

1
Kunci pintu Ka'bah tshun 1056 H/ 1645M... dizaman pemerintahan 
Sultan Ibrahim Dinasti Uthamniyyah

tgga
Tangga Ka'bah yang diperbuat dari kayu pada tahun 1240 H

68907f0d9c
Peti besi yang menutupi Makam Nabi Ibrahim

Nota : Makam Ibrahim adalah batu yang digunakan oleh Nabi Ibrahim
berpijak pada waktu beliau membangunkan Ka'bah di batu ini ada bekas
telapak kaki Nabi Ibrahim a.s. kerana pada ketika Nabi Ibrahim menginjaknya
kedua kaki beliau masuk sedalam 9cm...

4573961490

058

46842_525451930810818_1488303922_n
Semoga pada suatu hari Allah dapat merezekikan kita menjadi tetamunya
dan menerima amal-amal soleh kita disana serta mendapat
Haji yang Mabrur.. Aminnnn...

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More