Saturday, 15 June 2013

Cola-Cola Memperkenalkan Tin Boleh Kongsi Dua (4 Gambar)


Coca-Cola telah memperkenalkan tin 330ml yang boleh dikongsi. Tin Coca-Cola ini bersaiz biasa tapi ianya dapat dipusing dan menjadi dua tin kecil yang dapat diminum oleh dua orang. Walaupun airnya menjadi sikit, tapi ianya sangat bermakna untuk pasangan atau kawan yang ingin berkongsi kegembiraan bersama. "Sharing the happiness" .




Kemalangan Ngeri Terbaru 8 Kenderaan di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebuah kereta telah meluncur terbang selepas dilanggar oleh kereta Mercedes Benz yang dipandu laju. Kereta terbang itu telah menghempap beberapa buah kenderaan lain dalam kemalangan ngeri di Seremban. Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tetapi agak teruk juga kemalangan 8 buah kenderaan ni. Gambar dan perincian berita tentang kemalangan jalanraya ini ada di bawah.P/S: Mati itu pasti dan perjalanan menuju kematian itu bermula sejak kita dilahirkan. Fikir-fikirkan.



SEREMBAN: “Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara ‘terbang’ menghempap bumbung kereta lain,” kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.

Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.

“Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.

Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.

Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.

Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.

Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum ‘terbang’ ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.

Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

“Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara,” katanya.

Gambar Dramatik Semasa Perang Dunia Kedua ( 10 Gambar ).


Konflik ketenteraan global yang terjadi pada September 1939 sehingga September 1945 yang melibatkan sebahagian besar negara di dunia, termasuk semua kuasa-kuasa besar yang dibagi menjadi dua perikatan tentera yang berlawanan.

Perang ini merupakan perang terbesar dalam sejarah dengan lebih daripada 100 juta anggota. Dalam keadaan "perang total," pihak yang terlibat mengerahkan seluruh bidang ekonomi, industri, dan kemampuan ilmiah untuk tujuan perang, menghapuskan perbezaan antara sivil dan sumber-sumber tentera. 

Lebih dari tujuh puluh juta orang, majoriti orang awam, terbunuh. Hal ini menjadikan Perang Dunia Kedua sebagai konflik paling hitam dalam sejarah manusia.

Secara umumnya dapat dikatakan peperangan bermula apabila Jerman menyerang Poland pada 1939, dan berakhir pada tarikh 14 Ogos 1945 ketika Jepun menyerah kalah kepada tentera Amerika Syarikat. Perang Dunia Kedua berakhir ketika Jepun menandatangani dokumen Japanese Device of Surrender di atas kapal USS Missouri pada tarikh September 1945, 6 tahun selepas perang bermula.
Perang Dunia II berlaku di tiga benua tua; iaitu Afrika, Asia dan Eropah. Berikut adalah gambar-gambar ketika Perang Dunia Kedua.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More