Monday, 10 June 2013

Kecantikan Burung Setanding Keistimewaannya

Kita kenali dan nikmati kecantikan makhluk Allah yang menarik ini. Relaks Minda 
anda dan nikmati kecantikan burung-burung yang pelbagai warna dan rupa... 
Haiwan yang boleh terbang ini mempunyai kecantikan bulu yang cukup menawan. 
Disamping kita menikmati keindahannya, ketahuilah jua keistimewaan haiwan 
yang bernama burung ini.

kecantikan burung
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur 
dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata 
dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan 
Amazon, dan Greenland.

kecantikan burung 
kecantikan burungkecantikan burung 
kecantikan burung
 Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun di kenalpasti yang 
dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika 
dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.

kecantikan burungkecantikan burung
 Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C.
Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan 
ketumpatan dan beratnya.

kecantikan burungkecantikan burung
  Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh 
mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak 
mempunyai bulu pelepah. Warna-warna bulu pelepah inilah yang menyerlahkan 
kecantikan burung ini

kecantikan burung
Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 
180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang 
lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. 
Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

kecantikan burung
 Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
Mempunyai sisik pada kakinya.
Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
Bernafas melalui peparu.
Berdarah panas.

kecantikan burungkecantikan burung
 Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang 
tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak 
boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang 
tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna.

kecantikan burung 
kecantikan burungkecantikan burung 
kecantikan burung
 Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan 
mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah 
spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut.
kecantikan burungkecantikan burung
 Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan 
oleh keluarga burung angkat. 

kecantikan burung
Kecantikan burung merupakan pelengkap bagi hidupan di alam ini kerana ianya 
satu-satunya spesis yang menguasai ruang udara. Begitulah kuasa dan kebesaran ilahi 
yang mencipta burung yang berkarekter unik dan istimewa lalu melengkapkan keseluruhan
alam ini....  Subhanallah...

Kreativiti DIY

Mari Kita Buat Bunga-Bungaan

kreativiti DIY

Assalamualaikum... Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya. 

Kreativiti kali ini khas untuk mereka yang ingin membuat sendiri bunga 
hiasan yang sangat mudah. Ianya lebih di kenali sebagai kreativiti DIY.

Apa itu DIY? Ia adalah singkatan dari perkataan "Do It Yourself". Kalau 
dalam bahasa melayu..."Anda Lakukan Sendiri".  

Oleh kerana blog ini majoriti pembacanya adalah wanita... Entri ini khas untuk 
anda. Macam mana saya tahu? Selain dari komen, anda juga boleh 
mengetahuinya melalui Alexa.Com

Tapi yang menariknya...pembaca blog ni kaya-raya rupanya! Jadi...rasanya 
oleh kerana kaya maka selalulah ada masa terluang melayari intenet...hehehe. 
Selain daripada mengetahui Alexa Ranking blog anda, pelbagai maklumat lain 
mengenai blog boleh anda dapat dari Alexa.com. dan anda juga boleh tahu 
mengenai prestasi dan maklumat blog orang lain juga, berminat?..register lah 
Alexa.com.

Berbalik pada kreativiti DIY ini...Ianya tidak sesuai untuk orang kaya, ada duit
tak perlu susah payah nak buat kan, beli jer... lagi mudah. Oleh demikian, 
ini hanyalah aktiviti untuk anda meluangkan masa terluang dikala kebosanan. 
Boleh juga dijadikan aktiviti bersama anak-anak di hujung minggu. 

Anda nikmati dan ringankanlah tangan untuk mencuba. Berikut adalah tutorial 
bergambar yang rasanya amat mudah untuk anda ikuti. Saya tidak akan 
memberi ulasan kepada setiap gambar...Anda pilihlah yang mana satu 
yang anda berkenan... 

Selamat mencuba! Do It Youself!

kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
kreativiti DIY
Jika anda berjaya menghasilkan kreativiti DIY ini...kongsikanlah bersama hasilnya dan 
pengalaman anda. Terima kasih

Haiwan Berwarna Warni, Kecantikkan Ciptaan Ilahi

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Assalamualaikum... Hari ini hari yang indah. Tidak kira sama ada panas, mendung mahu pun hujan...ianya tetap hari yang indah. Bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat menikmatinya. Alam yang indah ini bukan sahaja di huni oleh kita tapi juga pelbagai makhluk lain sama ada dapat di lihat mahu pun tidak.
Setiap makhluk itu di cipta ada fungsi dan tanggungjawabnya tersendiri. Salah satu darinya adalah binatang atau haiwan. Ianya juga merupakan ciptaan Ilahi yang cantik dan menawan. Ada diantaranya sungguh mempersonakan dengan keindahannya yang berwarna-warni. Anda pasti teruja melihatnya...Marilah bersama-sama kita menikmatinya...

Sungguh unik dan menawan di pandangan mata. Pelbagai warna bak pelangi 
menghiasi setiap permukaan badan haiwan-haiwan ini. Terpukau di kala memandangnya. 
Terpaku kagum dengan keanggunan warna-warni yang memikat hati dan nurani.
Teruskan bersantai...berikan santapan mata anda dengan keindahan ini. 
Bukankah sesuatu yang cantik itu untuk di pandang. Nikmatilah ia...

Dalam menikmatinya jangan lupa akan penciptanya. Dalam kekaguman 
jangan lupa keagungannya. Hanya Dia yang berkuasa mampu memberikan 
keindahan dan kecantikan ini. Hanya Dia yang satu... Dia yang berkuasa... 
ALLAH SWT

Inilah tanda-tanda keagungan ciptaan Ilahi. Allah swt yang maha Esa. 
Menciptakan sesuatu yang cukup menawan buat tatapan mata. 
Yakin dan percayalah...tiada yang lain dan tiada duanya.

Bukti tanda kekuasaan Allah SWT
Surah Al-Baqarah : Ayat 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Surah Al Hajj : Ayat 18
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Diciptakan semua dilangit dan bumi termasuklah semua makhluk...tidak lain hanyalah untuk bersujud kepadaNya. Hanya kita... manusia yang sebahagian sahaja yang menurut perintahnya. 
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang ingkar....Amiin

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More