Thursday, 8 August 2013

9 MAKANAN YANG MIRIP ORGAN BADAN DAN FUNGSINYA (9 GAMBAR)


Cendawan - Telinga
Cendawan dikatakan baik untuk fungsi pendengaran kerana ia mengandungi vitamin D yang mampu menguatkan tulang kecil pada telinga.

Anggur - Paru-paru
Alveoli pada paru-paru amat mirip dengan buah anggur bukan? Buah ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru selain dapat menjauhkan penyakit asma akibat daripada alergi.


Tomato - Jantung
Tomato mengandungi lycopene yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung selain beberapa penyakit kanser yang lain. Satu penyelidikan di Amerika mendapati wanita dengan lycopene yang tinggi dalam darah mempunyai risiko serangan jantung 30 peratus lebih kecil berbanding dengan wanita yang memiliki kadar lycopene yang rendah.

Kacang Walnut - Otak
Kacang walnut mengandungi lemak omega 3 yang mengurangi risiko penyakit dementia selain dapat mencegah penyakit Alzheimer.


Lobak - Mata
Betacarotene yang terdapat di dalam lobak dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak mata.

Keju - Tulang
Kandungan tinggi kalsium dalam keju, ditambah pula dengan kandungan mineral lain dapat menguatkan tulang. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan kira-kira 800mg - 1200mg sehari mampu menambah kepadatan tulang sehingga 6 peratus.


Halia - Perut
Di China, halia telah digunakan sebagai ubat sakit perut dan mual selama kira-kira lebih daripada 2000 tahun. Satu penyelidikan di Universiti of Minnesota mendapati pengambilan halia mampu mencegah kanser usus.

Brokoli - Kanser
Pada 2009, US National Cancer Ins. mendapati bahawa memakan brokoli selama seminggu secara teratur dapat mengurangkan risiko kanser sebanyak 45 peratus.


Pisang - Senyum (mood yang baik)

Wednesday, 7 August 2013

Taman Tegak "Supertree Grove" Di Singapura Yang BADASS (15 Gambar)


Supertree Grove merupakan salah satu tarikan di Gardens By The Bay di Singapura. 18 struktur rangka besi itu adalah taman dalam keadaan tegak setinggi 25 sehingga 50 meter. Diatas menara utama, terdapat sebuah restoran. Ini sungguh futuristik!



Gadis Kembar - Siang Kerja Sebagai Guru, Malam Sebagai Ahli Gusti Pro (10 Gambar)

Gadis Kembar - Siang Kerja Sebagai Guru, Malam Sebagai Ahli Gusti Pro.
Pada usia 24 tahun, kembar ini di UK, Lucy dan Kelly Knott merupakan guru ganti di sebuah sekolah rendah. Tetapi pada waktu petang atau malam, mereka adalah ahli gusti professional di TNA. Mereka mulai menjadi atlit gusti sejak berusia 16 tahun dan pernah menjadi juara dunia di Ohio Valley Wrestling. Mereka kini bersaing dalam TNA British Boot Camp seperti sebuah liga dalam gusti. Apa yang mengejutkan lagi adalah pihak sekolah rendah yang mereka ajar langsung tak kisah tentang kisah hidup pada waktu malam mereka. Pihak sekolah sendiri yang berusaha bersungguh-sungguh nak mengambil kembar ini sebagai guru. 










My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More