Friday, 12 July 2013

Biar Betul! Tahanan Penjara Dipaksa Makan Ketika Bulan Ramadhan


Memberi makan  kepada orang yang berpuasa itu banyak ganjarannya. Tetapi menahan orang daripada berpuasa besar dosanya. Itulah yang dikatakan oleh pihak media tentang sebuah penjara yang dianggap ngeri di dunia iaitu Penjara Teluk Guantanamo. Mereka dipercayai tidak akan membenarkan tahanannya berpuasa, apatah lagi akanmemaksa tahanan untuk makan ketika bulan ramadhan. Bagaimanapun, dakwaan ini dinafikan oleh mereka. Persoalannya, siapa yang betul ini?

penjara
Pihak berkuasa di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan pada bulan Ramadan.
Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial, CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak asasi manusia.
“Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan,” jelasnya lagi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.
Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok lapar sejak kira-kira lima bulan lalu. – Sinar Harian

Menakjubkan! Saat Siput Babi Melepasi Seekor Katak (6 Foto)


Melihat saat siput babi bergerak memang memenatkan. Ini kerana pergerakan siput dikatakan di antara paling lambat di dunia. Namun begitu, siput juga mampu bergerak ke satu tempat-tempat sama ada dalam keadaan menegak mahupun senget. Gambar di bawah ini pula merupakan satu gelagat seekor siput babi yang sedang cuba merentasi seekor katak yang sedang tidur. Tidak pasti berapa lamakah yang diambil olehnya untuk berjaya melepasi kataktersebut. Jom kita saksikan di bawah ini.

katak1
katak2
katak3
katak4
katak5
katak6

Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Guiness



Ngeri! Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Guiness (Video) | Entah di mana silapnya. Memang berisiko tinggi dalam melakukan aksi berbahaya terutama dalam mengejar rekod dunia. Ini kerana aksi berbahaya sememangnya boleh mengundang kepada kemalangan sehingga membawa maut. Namun kejadian yang berlaku ini adalah melibatkan seorang lelaki yang juga pemegang rekod dunia Guiness. Ia bukanlah disebabkan jatuh atau sebagainya, tetapi ketika melakukan aksi, dirinya secara tiba-tiba telah diserang sakit jantung. Boleh tonton video di atas.
mati
INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.
Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.
Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.
Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.
mati2
Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.
Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.
Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.
Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.
Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More