Saturday, 29 June 2013
Topi Keledar Kelapa lebih kukuh
Topi keledar yang diubah suai menggunakan tempurung sedia untuk dijual di Purwokerto, Jawa Tengah. - AGENSI
PURWOKERTO, Jawa Tengah - Seorang belia di sini menemukan cara untuk menghasilkan topi keledar yang lebih kuat berbanding produk sama di pasaran.
Pemuda tersebut, Kartam, 30, yang dibantu sekumpulan belia, hanya menggunakan serpihan tempurung kelapa untuk ditampal pada bahagian luar topi keledar lama.
Kartam berkata, proses menghasilkan topi keledar itu melibatkan penggunaan bahan kayu, cat dan serpihan tempurung kelapa yang halus.
"Tempoh menghasilkan sebuah topi keledar mengambil masa dua hari dan memberi pulangan sehingga 300,000 rupiah (RM96.00) sebuah.
"Topi keledar yang telah diubahsuai ini lebih kuat berbanding produk keluaran tempatan," jelasnya kepada detik.com.
Hasil kreativiti Kartam itu mendapat sambutan meluas sehingga di wilayah Jakarta, Bandung, Kudus, Bali dan beberapa daerah lain di Jawa Tengah.
Selain memperbaiki dan menghasilkan topi keledar yang diperbuat daripada kelapa, Kartam turut menghasilkan meja, gelas, kotak pensil, kotak tisu dan beberapa produk lain daripada bahan yang sama dan dijual pada harga antara 5,000 rupiah (RM1.60) sehingga sejuta rupiah (RM320).
Kartam kini giat mempromosikan produknya melalui pameran dan mengedar risalah di beberapa bandar tumpuan.
Hidup Anak-Anak Michael Jackson Terganngu Oleh Paparazzi
LOS ANGELES - Gangguan jurugambar paparazzi membuatkan lebih sukar untuk anak-anak Michael Jackson mengharungi keperitan ekoran kematian bapa mereka, kata seorang saudara-mara keluarga dalam kes perbicaraan kematian bekas raja pop itu kelmarin.
TJ Jackson berkata, ketiga-tiga anak Jackson tidak sukakan perhatian dan dia menyokong sebarang usaha perundangan untuk membendung paparazzi daripada merakam gambar anak-anak selebriti.
"Pada pendapat saya (tumpuan paparazzi) membuatkan lebih sukar buat anak-anak Jackson untuk berkabung, pulih dan meneruskan kehidupan selepas kematian bapa mereka," kata TJ.
Dia membuat komen tersebut semasa memberi keterangan tentang hubungannya dengan Jackson dan cara bekas penyanyi tersohor itu membesarkan anak-anak.
TJ turut memetik kenyataan yang dibuat oleh aktres Halle Berry di Sacramento semalam selepas para wakil rakyat negeri California menimbang rang undang-undang yang akan mengubah definisi gangguan ke atas kanak-kanak.
Rang undang-undang itu mengusulkan agar definisi gangguan turut melibatkan perbuatan merakam imej kanak-kanak tanpa kebenaran ibu-bapa atau penjaga yang sah. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh dipenjara antara 10 hari hingga setahun.
Menurut TJ, dia perlu menimbang dengan teliti sama ada untuk membenarkan anak bongsu Jackson, Blanket menyertai kelas seni mempertahankan diri pada Selasa lalu kerana bimbangkan gangguan paparazzi.
TJ Jackson ialah anak Tito Jackson dan ahli 3T kumpulan muzik 3Tmuzik bersama dua saudara lelakinya. - AP