Friday, 21 June 2013

HOT ! PUNCA JEREBU DIKENAL PASTI, LADANG MILIK MALAYSIA TERBAKAR !!!



Ladang milik Malaysia terbakar di Riau

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.


PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.

“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

76 titik panas di Malaysia

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura. Kebakaran hutan di Sarawak dan Kelantan ini menambah masalah yang dihadapi negara kerana ketika ini berdepan dengan kabut asap yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera.

Kabut asap Sumatera mulai menyelimuti Johor dan Melaka minggu lalu.

Malaysia menyatakan kabut asap kian hari semakin menebal menyebabkan terpaksa menutup 200 sekolah di kawasan berkenaan. Malaysia juga mengirim surat ke Indonesia meminta Jakarta segera mengatasi kebakaran hutan di Sumatera.

Jerebu di Singapura kian 'tebal'

SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahapberbahaya iaitu 400, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100,sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.

"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di Sumatera.Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.

Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia usaha menyeluruh di peringkat nasional.Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera, bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.Mesyuarat itu diatur Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang dikeluarkan NEA.

Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.

Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.

Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.

JAKARTA - Indonesia hari ini menghantar helikopternya bagi tujuan mencipta hujan tiruan dalam usaha mengatasi masalah jerebu teruk di Singapura.

Pada satu mesyuarat yang diadakan tengah malam tadi, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan para petugas segera memadamkan kebakaran di pulau Sumatera yang menyebabkan jerebu teruk sehingga menjejaskan negara jiran.

Agensi bencana negara berkata, dua buah helikopter dengan peralatan pembenihan awan dihantar awal pagi tadi dari Jakarta dan Pulau Borneo bagi mengekang masalah jerebu.

“Mudah-mudahan, kita mendapat hujan tiruan hari ini,” kata jurucakap agensi, Sutopo Murwo Nughoro lapor AFP.

Sehingga jam 11 pagi tadi, indeks udara di Singapura berada di tahap paling bahaya apabila mencecah 400 sehingga boleh mengancam nyawa kepada pesakit dan warga tua.

SPEAKER PALING CUN DI MALAYSIA




Hannah Yeoh angkat sumpah Speaker DUN Selangor

SHAH ALAM, 21 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini secara rasminnya mengangkat sumpah sebagai Speaker di Dewan Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada jam 9.40 pagi tadi.

Speaker wanita pertama dalam sejarah Malaysia itu berikrar untuk memenuhi segala tanggungjawab dengan jujur dan setia kepada negeri.

Beliau juga berjanji untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan negeri Selangor.

Dalam majlis yang sama, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker.


 


Harga Petrol naik esok



Pemuda Indonesia mengecat muka dan badan sambil membawa tong plastik ketika mengadakan tunjuk perasaan membantah rancangan menaikkan harga minyak di Jakarta kelmarin.

Jakarta: Indonesia akan menaikkan harga bahan api secara besar-besaran mulai esok (Sabtu), bagi menyelesaikan isu yang menjadi punca perpecahan sejak beberapa bulan sehingga mengurangkan keyakinan pelabur terhadap kuasa ekonomi terbesar Asia Tenggara itu selain menjejaskan kewangan negara.

Subsidi minyak yang dipertikaikan kerajaan lebih memberi manfaat kepada golongan kaya, menelan belanja $20 bilion (RM63.97 bilion) tahun lalu dan menyebabkan akaun semasa bekas anggota Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) itu dilanda defisit berikutan meningkatnya import minyak bagi memenuhi permintaan bahan api yang murah. 


“Kenaikan harga minyak akan diumumkan Jumaat tengah malam dan berkuatkuasa selepas ia diumumkan,” kata Menteri Perindustrian, MS Hidayat, semalam. 

Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Indonesia akan tetap memiliki harga minyak paling murah di rantau ini.

Langkah itu berikutan kelulusan kerajaan minggu ini terhadap langkah memberikan wang tunai kepada golongan miskin selama empat bulan bagi membantu mereka berikutan kenaikan harga minyak yang tinggi dan kesan terhadap kenaikan harga secara keseluruhan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menegaskan bahawa, bantuan diberikan kepada golongan miskin sebelum beliau menandatangani kenaikan harga minyak.

Bantahan dilakukan 


Bagaimanapun bantahan tetap diadakan di seluruh negara minggu ini menentang kenaikan harga minyak berkenaan.

Yudhoyono dilanda masalah sejak beberapa bulan berikutan persoalan kenaikan harga minyak, bimbang bakal menjejaskan politik beliau menjelang pilihan raya umum dan presiden tahun depan.

Beliau bagaimanapun terpaksa akur dengan amaran pelabur dan pegawainya yang 
gagal menangani kos subsidi yang sudah sedia menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan, Chatib Basri memberitahu parlimen minggu ini bajet defisit boleh mencapai sehingga 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar jika subsidi bahan bakar tidak dipotong. Belanjawan awal meletakkan defisit pada kadar 1.6 peratus daripada KDNK.


 - REUTERS (BH)

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More