Thursday, 20 June 2013

Gambar Panas Melyssa Grace Punca Fizo Omar Di Kritik Peminat



Kalau ada antara anda yang mengikuti perkembangan Fizo Omar di Facebook, 
Instagram dan Twitter, anda mesti perasan dengan sekeping foto Fizo 
bersama seorang gadis yang seksi, kan?

Gambar yang dimuat naik ke laman Facebook dan Instagram itu telah mengundang kontroversi apabila salah seorang pengikut Fizo di laman sosialnya mengkritik gaya pemakaian wanita di dalam gambar tersebut.
Menerusi kenyataan Fizo, difahamkan selebriti itu turut dilabel sebagai bodoh dan 
kritikan itu juga dipercayai ada menyentuh isu kubur arwah ayah Fizo.
Teguran yang diberikan memang sedikit pedas dan keterlaluan. Disebabkan itu juga, 
Fizo telah melahirkan kekecewaannya di laman Facebook.
Menurut Fizo lagi, gambarnya bersama duta produk Drive M7 bernama Melyssa 
Grace itu tidak sepatutnya dijadikan isu. Berikut adalah respon Fizo terhadap teguran 
yang diberikan oleh peminatnya:
Untuk pengetahuan semua, gambar itu diambil ketika Fizo berada di litar Sepang 
sempena Japan GT bagi mempromosikan minuman tenaga Drive M7.

Pierre Andre, Nurhidayah Sah Bakal Bernikah 23 Jun Ini


Sekitar Mac 2013 yang lalu, Pierre Andre ada memberitahu yang beliau memang merancang untuk berkahwin sekitar bulan Jun & maklumat baru mengesahkan hajat pelakon itu bakal tercapai.


Berdasarkan gambar undangan perkahwinan Pierre Andre & Nurhidayah, pasangan ini bakal bernikah pada hujung minggu ini iaitu 23 Jun 2013 sekitar 1.00 petang di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati Selayang.


Pierre Andre dan Nurhidayah sebelum ini telah bertunang pada 9 Februari 2013 yang lalu di Johor dan pasangan ini akan menjemput pihak media juga rakan artis untuk memeriahkan majlis pernikahan mereka.


Tahniah didahulukan dari kami buat Pierre Andre & Nurhidayah serta seisi keluarga atas penyatuan dua hati ini.


Pertunangan Sah Putus, Hubungan Tidak Mungkin Dipulihkan – Abang Redzwani Puteri





Semalam, akhbar Berita Harian telah melaporkan yang seorang wakil keluarga Redzwani Puteri yang enggan dinamakan telah mengesahkan yang pertunangan Redzwani dengan pelakon Shahz Jaszle telah diputuskan oleh keluarga Redzwani pada 10 Jun.
Namun mStar Online yang menghubungi ibu Shahz, wanita yang dikenali dengan nama Zaleha, 68 mendakwa berita itu tidak benar, sebaliknya kedua-dua keluarga sepakat yang keputusan sama ada pertunangan mereka akan diteruskan bergantung kepada keputusan perbicaraan kes khalwat Shahz dengan seorang wanita bernama Farah Nurizzati Salleh pada November.
Hari ini pula, Berita Harian melaporkan yang abang sulung Redzwani yang bernama Redzwan Najib telah menyangkal dakwaan ibu Shahz, sekaligus mengesahkan yang pertunangan tersebut sememangnya telah putus pada 10 Jun lepas.
Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dengan pelakon itu telah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dengan keluarga Shahz.
Pada malam berkenaan, keluarga saya telah memulangkan dua bentuk cincin. Keluarga mereka ada merayu kepada kedua ibu bapa saya supaya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi.
Menurut Najib, bapanya telah ke pejabat JAIS dan membaca kenyataan Shahz berhubung penangkapan tersebut. Najib turut ada semasa Shahz bersemuka dengan Farah di tempat kerja Farah, dan memberitahu yang Shahz ada merayu kepadanya agar kisah putus tunang beliau dan Puteri tidak dihebahkan kepada media.
Seterusnya beliau menambah bahawa sebarang usaha untuk memulihkan hubungan adiknya dan Shahz tidak akan terjadi dan keluarga Puteri sepakat bahawa mereka tidak mahu hubungan tersebut terjalin semula.
Menurut Najib lagi, dia ada bertanya pada Redzwani tentang status Twitter adiknya itu yang membayangkan seolah-olah mereka masih bersama, dan Puteri memberitahu bahawa status itu ditulis oleh Shahz yang menceroboh ke Twitternya kerana dia mengetahui kata laluan kepada akaun Twitter Redzwani.
Apa pun, inilah Qadar yang harus diterima sebagai kesan kepada perbuatan sendiri. Bersamalah kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Untuk berita penuh, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More