Thursday, 20 June 2013

Demi Cinta Gadis Ini Rela Wajahnya Di TATO


Usia muda memang sangat terdedah dengan penipuan cinta dan keputusan sesaat yang boleh jadi penyesalan seumur hidup. Gadis 18 tahun ini contohnya,kerana mabuk cinta, ia rela wajahnya dipenuhi tatu bertuliskan nama kekasih yang baru di kenalinya.
Lesya dari Saransk, Russia jatuh hati pada seniman tato bernama Rouslan Toumaniantz. Cinta yang begitu kuat kepada seniman tato, membuat dirinya rela ditato di wajahnya dengan huruf Gothic Script besar bertuliskan nama Rouslan, seperti dipetik dari The Sun.

Walaupun baru sahaja saling dikenali kurang dari 24 jam, Rouslan berjaya mencuri hatinya dan membuat ia melakukan keputusan besar itu pada wajah cantiknya. Mereka bertemu secara dalam talian melalui Facebook dan jatuh cinta tidak lama selepas bertemu.

"Semua untuk Rouslan," ia menuliskan di akaun Facebooknya. Ia juga menganggap pekara ini adalah simbol dari kestiaan yang utuh dan inginkan kekasihnya mentato sekujur tubuhnya, tambah mahasiswi jurusan seni tersebut.

Kini, mereka berdua telah bertunang walaupun Rouslan mempunyai sejarah yang kelam yakni mentato wajah bekas kekasihnya dan kemudian dituntut ke mahkamah. Namun dirinya merasa tidak bersalah kerana itu memang kemahuan bekas kekasihnya yang bernama Kimberley.sumber


KERETAPI ATAS JALAN YANG BADASS (21 GAMBAR)


Pada tahun 1958 Tentera Darat Amerika Syarikat memerlukan trak tahan lasak dan off road yang boleh digunakan bagi membawa keperluan ketenteraan mereka di kawasan tanah lasak. Syarikat LeTourneau diberikan tanggung jawab membina prototaip "keretapi jalanan" ini. TC-497 Overland Train Mark II siap dibina pada tahun 1962 dan ianya terdiri dari sebuah lori gergasi 6 tayar setinggi 9 meter dengan 10 "gerabak" kargo. Ia juga dilengkapi 2 gerabak berenjin yang membantu TC 497 bergerak dikawasan tidak berturap. TC 497 diperkasakan dengan 3 enjin 1170 kuasa kuda dan mampu membawa berat kargo maksimum sebanyak 150 tan dengan jarak operasi maksimum 640 kilometer. Apabila kesemua gerabak TC 497 disambungkan ianya sepanjang 150 meter. Kesemua tayar pada kenderaan utama dan gerabak boleh dikawal sepenuhnya dari kepala lori. 


Kepala lori TC 497 mempunyai kabin, dapur dan bilik mandi untuk 6 orang anak kapal. Ianya juga dilengkapi dengan sistem radar ketika menjalani ujian ketenteraan. Walaubagaimanapun pihak tentera mendapati keretapi jalanan ini tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ia hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 48 kilometer sejam. Tambahan lagi pada waktu ini helikopter Sikorsky S-64 Skycrane yang mampu membawa 20 tan kargo pada satu-satu masa didapati lebih praktikal digunakan dari sebuah keretapi daratan. Projek dihentikan dan kepala TC 497 dijual. Hari ini anda masih boleh melihat kepala TC 497 di Yuma Arizona. Hanya bahagian kepala sahaja masih wujud kerana bahagian pengangkut kargo dan enjin tambahan dijual sebagai sekerap selepas projek dibatalkan 


Roberto Cavalli (72 Tahun) Dengan Teman Wanita Beliau (20 Tahun) [10 Gambar]


Roberto Cavalli sebenarnya adalah fashion designer dari Florence. Beliau sangat dikenali kerana menghasilkan seluar jean yang mana telah menjadi stail yang digunakan oleh majoriti masyarakat kita. Baru-baru ini dia ditemui telah bersama-sama dengan teman wanitanya yang baru berusia 20 tahun. Ini baru namanya cinta SEJATI~ LOL!



My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More