Friday, 7 June 2013

DINDING GEREJA DI HIASI RIBUAN TENGKORAK




Kononnya ada seseorang yang mempunyai kekuatan magig sangat tinggi. 
Ia mengutuk banyak wanita dan kanak-kanak hingga mati. Anehnya, mayat
-mayat tersebut menolak untuk dimakamkan di pekuburan lokal. Hingga a
khirnya diletakkan di gereja tengkorak ini dan bersemayam di tempat tersebut 
hingga kini. 

Mungkin kisah di atas hanya khabar agin atau cerita dongeng setempat, kerana 
tidak ada yang tahu peristiwa sebenarnya, yang jelas banyak tengkorak wanita 
dan kanak-kanak tergantung di gereja yang disebut: (Capela dos Ossos) - yang 
bererti: gereja Tengkorak!
Capella dos Ossos berlokasi di Evora, Portugal. Sebuah gereja yang sudah wujud 
sejak abad ke-16. Tempat ini menjadi unik bin aneh kerana semua dinding berhias
kan tengkorak dan rangka manusia.





Menurut riwayat, di abad 16 terdapat 43 buah pemakaman di Evora. Ketika ada 
keputusan untuk mehancurkan beberapa pemakaman, 5000 tengkorak biarawan dipindahkan ke Kapel dos Ossos.


Entah bagaimana, timbul idea dari para biarawan digerja dos Ossos untuk menjadikan 
5000 tengkorak tadi menjadi bahagian dari dekorasi interior di gereja tersebut. Maksud
nya agar menjadi tempat untuk menyepi, agar orang yang datang menyedari suatu 
ketika kita pasti mati sehingga jangan terlalu sibuk dengan kehidupa duniawi.

Di pintu masuk gereja terpapar tulisan "Nos ossos que aqui estamos, pelos 
vossos esperamos," yang ertinya kira-kira "Tengkorak kami (sudah) ada di sini, 
(dan) tengkorak mu yang kami nantikan" menjadi pengingat semua orang suatu 
ketika akan mati.


Selain di Portugal, ada lagi sebuah gereja di Cekoslowakia yang juga interiornya 
berhiaskan tengkorak, yaitu Sedlec Ossuary (Kostnice Sedlec). Di tempat ini 
jumlah tengkoraknya lebih banyak, antara 40.000 - 70.000 tengkorak.

Gereja ini didekorasi di tahun 1870 oleh keluarga Schwarzenberg. Keluarga ini 
sungguh berminat menghias gereja dengan tengkorak, kerana seorang tukang di
sewa agar hasilnya memuaskan.
Lihat foto-foto di bawah, tengkorak-tengkorak disusun rapi menjadi hiasan bernilai 
seni. Walau mungkin ada di antara kita yang tetapmenggigil kerana dikelilingi ribuan tengkorak...sumber













(15 Gambar) Kapal Mewah Dalam Macam Rumah


Kapal mewah sepanjang 298 kaki. Kapal ini dibina oleh Corsair Kapal Layar dan dijual sebanyak $ 7,8300,000. Walau pun bentuk kapal ini kurang menarik dari segi luarannya, tetapi di dalam kapal ini sungguh menakjubkan.


Di dalam kapal ini penuh dengan alat teknologi dan penuh dengan peralatan yang selesa seperti berada di rumah yang mewah. Siapa berminat nak beli??? Kapal ini dikenali sebagai Nero…













Kumpulan Nelayan Tangkap Ikan Jerung Gergasi



Sekumpulan nelayan Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menangkap seekor ikan jerung Mako yang dipercayai telah memecahkan rekod tangkapan di luar Pantai Huntington di California dikritik oleh sebuah kumpulan perlindungan haiwan kelmarin.Pengarah kumpulan Shark Stewards yang berpangkalan di California, David McGuire berkata, ikan jerung itu sepatutnya dilepaskan kembali ke laut selepas ditangkap.


"Orang ramai sepatutnya melihat ikan jerung itu sebagai haiwan yang mengagumkan yang penting untuk lautan dan menghargainya," kata McGuire kepada akhbar Times.Kumpulan nelayan diketuai Jason Johnston itu berjaya memperoleh ikan jerung Mako seberat 600 kilogram (kg) pada Isnin lalu selepas mereka berusaha selama lebih dua jam untuk menangkap ikan sepanjang 3.6 meter itu.


Ia dipercayai ikan jerung Mako yang terbesar pernah ditangkap.Rekod terdahulu menunjukkan ikan jerung Mako yang pernah ditangkap pada Julai 2001 di luar pantai Massachusetts, AS hanya seberat sekitar 500kg.Bangkai ikan jerung Mako itu akan didermakan kepada Persatuan Kebangsaan Kelautan dan Atmosfera untuk tujuan penyelidikan.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More