Sunday, 2 June 2013

bukti siapakah SITI SALEHA sebenarnya !!!


Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha | Siapa yang tidak kenal dengan 
gadis comel yang bakal membintangi Filem Pecah Panggung Kerat 14 yang 
bakal ditayangkan pada 14 Februari 2013 ini.

Siti Saleha adalah pelakon utama yang semakin popular dengan drama 
Nora Elena ni baru berusia 20 tahun, dia jugak merupakan adik kepada 
penyanyi Sam kumpulan Bunkface. Meh kita tengok profil / biodata 
Siti Saleha ni

Biodata Siti Saleha pelakon Nora Elena

Nama penuh: Siti Saleha Mohd Baharum
# Panggilan: Siti Saleha atau Saleha
# Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
# Umur: 23
# Tinggi: 165 sentimeter
# Berat: 50 kilogram
# Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 
5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim, 
Nora Elena tv3
# Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), 
Raya Mona (2009), 
Kau Laksana Bulan (2009).
# Teater: Stage Therapy (2009)
# Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), 
Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), 
F&N (2005) dan Nescafe (2009).

Cerita pasal Siti Saleha

Siti Saleha ialah berdarah campuran Melayu/British , dia kini nekad 
untuk menumpukan secara serius profesion lakonan yang diceburinya 
berlandaskan bakat yang ada.

“Sejak kecil saya meminati bidang seni, namun tidak mampu untuk 
menumpukan secara serius kerana masih belajar. Adakalanya tawaran 
diterima untuk menjadi model dalam beberapa produk televisyen, 
itupun secara sampingan.

“Bagi saya menceburi industri seni ini adalah satu bidang yang sangat 
mencabar. Kekuatan mental dan fizikal harus kuat dan sebab itu saya 
mahu betul-betul bersedia sebelum berani menceburi bidang ini secara 
serius.

“Sejak tiga tahun yang lalu, saya mula mengambilnya secara serius 
dengan mendekatkan diri dalam bidang ini dan sepanjang itu persediaan 
dilakukan dengan mengambil inisiatif sendiri mengikuti mana-mana kelas 
lakonan sekitar ibu negara,” katanya yang sering mengikuti kelas lakonan 
di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac).

Bermula dengan membintangi beberapa iklan televisyen menjadi langkah 
yang bijak bagi Saleha memulakan kariernya. Wajahnya yang kini boleh 
dilihat menerusi drama bersiri Awan Dania musim kedua yang disiarkan 
Astro Ria tidak mahu terlalu terburu-buru menerima watak besar.

“Saya bermula buat pertama kali semasa usia 13 tahun iaitu menerusi iklan 
Maxis, Pantene, Honey Soft dan banyak lagi. Antara iklan yang masih 
disiarkan di televisyen seperti Wrigley’s DoubleMint. Manakala drama 
pertama saya iaitu 5 Jingga (2008), Kasut Tumit Tinggi, Kapten Boleh 
dan banyak lagi.

“Bagi saya membintangi drama dan iklan adalah sangat berbeza. Drama 
lebih mencabar dengan permainan emosinya. Pertama kali muncul dalam 
drama lagi saya sudah diberi cabaran bukan saya wataknya malah harus 
menyanyi dan menari.

“Sebab itu juga sebelum masuk ke mana-mana lokasi penggambaran 
drama saya akan mengambil kelas lakonan, dari situ saya belajar untuk 
menangis dan pelbagai emosi lain.

“Saya sedar dalam dunia hiburan ini banyak cabaran dan saya ingin 
buktikan bukannya cabaran yang perlu saya fikirkan tetapi menumpukan 
100 peratus kepada kerjaya. Selain itu kesungguhan, komitmen, disiplin 
harus kuat” katanya.

Adik kepada Sam, vokalis kumpulan Bunkface ini juga tidak lupa mem
persiapkan diri dengan ilmu akademik bagi bekalan di masa depan.

“Saya kini sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta di sini dalam 
bidang Komunikasi Media. Di harap dengan ilmu yang ada ini dapat 
saya mempersiapkan diri.

“Kerjaya dan pendidikan harus selari, apa saja bidang yang kita buat 
ilmu itu penting. Dengan adanya ilmu orang akan pandang kita lebih tinggi. 
Tidak kira apa saja yang kita buat setiap hari, itu adalah pembelajaran bagi 
kita,” katanya.

Jom Layan Gambar Terkini Siti Saleha ni pulak

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Biodata Dan Gambar Terkini Siti Saleha

Bukti Sebenar Siapakah WAWA ZAINAL !!

Biodata Profil Wawa Zainal

Nama sebenar: Nur Hawa Zainal Abidin
Tarikh Lahir: March 12, 1991
Asal: Lahad Datu, Sabah
Kacukan: Brunei (ayah) dan Filipina (ibu)
Keluarga: Anak kelapan dari 11 adik-beradik
Sekolah: St. Dominic
Drama Lakonan: Cinta Qaseh, Ana Lu'lu, Klik
Pelakon Idola: Erra Fazira, Nurkiriah dan aktor, Que Haidar
Filem: Hantu Dalam Botol Kicap, 3 Temu Janji, 99 Kali rindu, 

Aji Noh Moto dan Cinta VLog

Wawa Zainal

Trivia Wawa Zainal
MENDAPAT anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Pertandingan 

Drama Bahasa Inggeris ketika di tingkatan dua

MENGGEMARI minyak wangi Fantasy, produk Britney Spears

MULA menggunakan Lipice ketika usia 14 tahun

Bukti Siapakah ROZITA CHE WAN sebenarnya..!!(5 gambar)


Gambar Panas Rozita Che Wan, Biodata Rozita Che Wan, Gosip Panas Rozita Che Wan, Kisah Hubungan Rozita Che Wan.

Biodata Rozita Che Wan Dan Gambar Panas Beliau |
Rozita Che Wan, Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang merupakan
Janda pingitan di Malaysia ini. Sebut sahaja nama beliau pasti bergetar
lutut jejaka-jejaka kesepian..kah kah kah! Jom kita baca sedikit latar
belakang / biodata beliau!

Rozita Abu Bakar @ Che Wan, dilahirkan pada 9 Mac 1974 dan berasal
dari Alor SetarKedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai
Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas
kira-kira tiga tahun. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan
modeling selama enam bulan.

Tidak lama kemudian, dia bertemu jodoh dengan juruterbang MAS,
Azuar Effendy Zulkaply, 36, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995.
Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada
8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata -
Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10.

Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya,
Ayu Raudhah. Namun sebelum itu dia pernah bertugas di sebuah firma
arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah Cinta Terhalang.
Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 50 judul drama TV. Bagi
2007, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan
beliau ialah Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2. Selain itu, beliau
juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999,
iklan Rorine dan sebagainya.

Jom kita tengok pula gambar-gambar hot beliau 


Gambar Panas Rozita Che Wan, Biodata Rozita Che Wan, Gosip Panas Rozita Che Wan, Kisah Hubungan Rozita Che Wan.

Gambar Panas Rozita Che Wan, Biodata Rozita Che Wan, Gosip Panas Rozita Che Wan, Kisah Hubungan Rozita Che Wan.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More